Rabu, 23 Disember 2009

BINGKISAN DARI MANSOURAH

pintu pagar maahad kami

kawasan sekolah@ maahad.....padang skali

ni kelas kami......

assalamualaikum...
post kali ni ana kongsi sedikit gambar kelas dan kawasan maahad kami..
cuma gambar us je x de lagi(macam mana si purple..dah puas hati bleh tengok gamba kelas kami?)...macam mana pandangan sahabiah sekalian mengenai biah
pembelajaran kami...
alhamdulillah kami seronk sangat belajar kat cini...cuma debu banyak sangat...dimana-mana ada debu...ye la kan padang pasir..bak kata kawan ana, klu tak kena kena debu, tak nak susah jangan belajar kat mesir.....:)
yang penting kita nak dapat ILMU...sesiapa yang ada hajat nak datang mesir tk belajar amat dialu-alukan....insyaAllah kat sini semua kuwais (baik..bahasa ammi)
cuma sekarang ana ada satu penyakit yang amat menggangui kehidupan ana,,,,penyakit mengantuk masa muhadarah dan kelas...mengantuknya tahap melampau,,,orang kata tahap gaban...macam2 cara dibuat tuk elak mengantuk..minum air, makan biskut, gula2...
tidur awal malam..berjalan ke kelas untuk kasi badan cergas..minum susu,makan madum=, makan habatus sauda....tapi ngantuk tetap mengantuk,,,,
sekarang ana ambik part kat belakang or tepi tiang...klu mengantuk ana kalih tempat duduk @ berdiri...alhamdulillah kurang cikit mengantuk tapi tak sepenuhnya dapat elak dari mengantuk..
jika sahabiah ada ape2 ubat @ cara tuk ana elak mengantuk ana harap sangat-sangat dapat bagi kat ana.....
sampai ana dah tertekan ngan masalah ini....huhu
ana tak nak terlepas wlu sedikitpun ILMU yang disampaikan oleh sheikh dan ustaz2 disebabkan oleh masalah mengantuk ana...
terlalu banyak Ilmu pada mereka semua dan biah kat cini...
setiap hari sangat banyak ilmu yang ana dapat.
setiap hari banyak persoalan dan perasaaan ingin tahu timbul dalam diri ana dan kawan2..
doakan kami agar dapat mengutip sebanyak2 ilmu yang ada kat MESIR ni.

Ahad, 20 Disember 2009

salam maal Hijrah 1431

ni sekadar gambar pencuci mata : )
sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru....moga-moga ianya menjadi satu titik perubahan untuk kita dan semoga kehidupan kita sebelum ni dalam keredhaaNya...



sudah lama ana tak update blog ni..sibuk dan sedikit malas tuk menulis (ana rasa penyakit ni sentiasa menghantui blogger : )...tak tau btul 2 tak)



musim sejuk makin hampir kpd kemuncaknya..kadang2 tak tahan nak merasai sejuk ni..

lagi2 nak turun p klas kul 6.30 pg..tapi Allah masih kuatkan diri ini tuk lawan kesejukan...trrrrrrr



x ada ape yang nak dicoretkan kali ini...hanya ana memohon doa dan semangat dari sahabat dan keluarga...semoga segala urusan berjlan lancar dan sihat sokmo...

Rabu, 9 Disember 2009

Tafaqquh Fid Din Last

11.Ayuh kita tingkatkan kefahaman kita di dalam kehidupan beragama. Selalulah memohon kepada Allah agar dikurniakan Tafaqquh fid Din sebagaimana yang telah dikurniakan-Nya kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia.

12.Hanya dengan Tafaqquh fid Din, barulah Allah s.w.t akan memberi nilai yang tinggi pada ibadah dan taqarub yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w bersabda:'Sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, dan sebaik-baik ibadah ialah al-Fiqh (memahami agama)". riwayat Imam Bukhari

Daripada Saidina Ali bin Abi Talib r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Mahukah kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih." Jawab para sahabat, "baiklah," Sabda Nabi:"Iaitu orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan dia tidak benci kepada al-Quran. Ketahuilah olehmi, tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh , dan tidak ada kebaikan pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada(kebaikan) pada bacaan al-Quran tanpa tadabbur (penghayatan)." (dari saidina Ali)

rujuk: us.Abdullah yasin-aN-Nida'
majalah anis oktber 09

p/s: ana menyeru diri sendiri dan sahabiah semua untuk kita rebut peluang tafaqquh yang kita ada sekarang ini..moga diri ini dikuatkan semangat tuk thabt dalam menuntut ILMU..

Jumaat, 4 Disember 2009

Tafaqquh Fid Din part 3

9.Ilmu akan terangkat,langit dan bumi akan menangis saat kematian insan yang tafaqquh terhadap agamanya. Saidina Umar r.a juga pernah berkata:"kematian seribu orang yang banyak beribadah malam dan berpuasa siang harinya adalah lebih ringan daripada kematian seorang yang berakal lagi memahami tentang hukum Allahbhalalnya dan haramnta".

10. Di dudut yang berbeza, iblis sangat suka dan ketawa ria apabila meninggalnyabseorang yang faqih dan alim berkenaan syariat dan hukum-hakam Allah. Ibnu Abbas berkata: Para syaitan berkata kepada iblis," Wahai tuan kami,mengapa kelihatan tuan sangat gembira dengan kematian seorang alim,tetapi tidak begitu gembira dengan kematian seorang abid?"

bersambung lagi............

Sabtu, 28 November 2009

10 Zulhijjah


"pengorbanan yang dihadapi oleh
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
mencabar diri ummat ISLAM hari ini...
sekiranya NYAWA mampu
menjadi taruhan demi
TUHAN,
apakah sukar untuk kita
berkorban MASA dan TENAGA demi
meneruskan perjuangan kita sekarang..."

Khamis, 26 November 2009

Salam EID ADHA dari Mansurah


SALAM EID ADHA KULLU 'AM WAANTUM BIKHAIR

assalamualikum semua.....






pertama dan selama-lamanya kami mengucapkan syukur kepadaNya,kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menhirup oksigen yang percuma ini...





dikesempatan ini kami berdua (Abdul Fattah & Fatanah Hamzah) ingin mengucapkan salam eid ADHA buat yang teristimewa iaitu ummi dan ayah tercinta....maafkan segala kesilapan kami selama nie..doakan kami di Mansurah ni...agar dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmatNya..kami sentiasa doakan ummi cepat sembuh...kami kat sini sentiasa ingat dan memikirkan kesihatan ummi...ingat sekali macam nak balik je...huhu..dan semoga ayah sentiasa sihat...





seterusnya untuk adik beradik,abe lah,abeman,kak jah,kak,kakak,mad,widad,kak long kak ayu,abe mey dan anak-anak saudara semua....dan seluruh sanak saudara..guru-guru dan rakan-rakan dari sek rendah keb panggong,maahad saniah,maahad p,maahad L, darul quran,matrik arau serta kawan2 mahad qiraat Mansurah dan universiti Mansurah...





teringatnye kat Malaysia...lagi-lagi ni taun pertama ku beraya di perantaun tanpa ummi ayah dan keluarga...rindu suasana kurban keluarga kat umah tok ji...huhu





akhir kalam, maafkan segala kesilapan kami dan doakan kami disini...





SALAM EID ADHA,,,,kullu 'am waantum bikhair

Selasa, 10 November 2009

Langkah Tercipta

matan toyyibah....dulu matan syatibi
dulu bajar 7 imam...skrg 10 imam

ni mukhtasor dari kitab Hadi...belajar ngn sheikh Hussin

nilah kitab Qiraat kami,jilid satu..kitab Hadi namanya..


sejukkkkk



bersama sahabiah Qiraat tahun satu




bersama juadah makan malam di kejora


azyan n sofiah bersama musyrifah mereka
p/s:k.mila,contactlah kami kat mansourah ni..


melawan sejuk pagi di kaherah

makin tembam atau tak?.....hehe atau makin cantik


sewaktu program kejora yang dianjurkan oleh PMRAM
program utk pelajar baru

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,langkah kami mula tercipta....hingga saat ini dah sebulan lebih kami menghirup udara Mansourah....
telinga dah sebati dengan bunyi hon kenderaan yang membingitkan.....tapi kadang-kadang tensen jgak........huhu
hidung dah sebati dengan debu dan bau himar di sini...
roti dah jadi makanan ruji kami.......huhu
dan sekarang........dah bermula musim sejukkkkkkkkkkkk....ni br permulaan...dah tak tahan..



Alhamdulillah kami dah mula belajar kat Maahad Qiraat Fatayat Mansoura......
skrng dah mula sibuk blajar...
pagi...7-11.00 pg muhadarah ngn sheikh Hussin
ptg...1.15-3.oo ptg kelas kat maahad ngn sheikh Toha
pas asar 3-4.45 kelas Tafaqquh kat markas
malam....study n iadah..
amacam jadual kami?.....
ada lagi yang ambik klas ngn sheikhah luar.....fuhh
memang full la seharian jadual seharian...x sempat nk pk benda lain..
tu yang tak sempat nak update blog.....
tapi kami seronok sangat blajar......sheikh baik sangat
skrg kami mengetahui betapa BERUNTUNGNYA kami kerana dipilih oleh ALLAH untuk belajar ilmu QIRAAT dan ILMU QURAN.....
DOAKAN KAMI KAT SINI AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN............

agar kami dapat mengutip seBERAPA BANYAK ilmu disini..
serta kami dapat mempraktikannya dalam diri kami....
DAN KAMI DAPAT SEBARKAN KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA KELAK


Isnin, 19 Oktober 2009

Tafaqquh fid Din part 2

5.Persoalannya, apakah rahsianya SaidinaUmar Ibnu al-Khattab r.a boleh mencapai tahap kemulian tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar Tafaqquh fid Din. Dengan Tafaqquh fid Din itulah beliau mentadbir penuh adil dan saksama. Dengan Tafaqquh fid Din itulah syaitan lari menjauhinya.

6.Amat banyak sekali teladan dan iktibar Tafaqquh fid Din yang tercatat lewat sirah hidupnya yang mewangi.Maka ambillah ia sebagai pengajaran di dalam hidup kita.Antaranya:
a.Kisah tentang beliau berkata denhan hajarul al-Aswad.
b.Kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir.
c.Kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama ALLAH.
d.Kisah beliau merubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju.
e.Kisah tentang beliau hijrah dan lain-lain.

7.Tanpa Tafaqquh fid Din, ibadah dan taqarrub yang dipersembahkan menjadi tiada makna,tiada nilai dan tiada kesan. Syaitan tidak takut dengan orang yang jahil dan dungu terhadap agamanya.

8.Mukmin yang Tafaqquh fid Din memang lebih ditakuti oleh syaitan dibandingkan dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang selok belok agama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:"Seorang faqih(orang yang faqih fid din) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang abid(orang yang banyak beribadah)."
riwayat Tirmidzi,Ibnu Majah dan al-Baihaqi

Ahad, 11 Oktober 2009

Sedikit coretan dari Mansoura

delima


sandwich + to'miah

ni la to'miahnye,,,,


di maqam imam Muhammad mutawalli as-Sya'rawi


bersama musyrifah yang banyak membantu untukku
memulakan musafir ilmu di mansurah...terima kasih banyak2 Ayong...
jadi tempatku meminjam duit,masakkan bekalan ntuk ke program,bawakku
ke tempat yang aku nak pergi n macam2 lagi......

di hadapan maahad Qiraat....tempat belajar kami...

di hadapan pintu untuk naik ke baitku......baitku di
tingkat 3...bait Azkiya'

sekadar ini dulu coretan untuk kali ini.......doakan diri ini kuat untuk menuntut ilmu di ardhul kinanah ini

Khamis, 8 Oktober 2009

TAFAQQUH FID DIN part 1

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang Allah inginkan agar ia
menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan
dia dalam (urusan) agama."
hadis sahih Muttafaq Alaihi

1.
Berdasarkan hadis di atas, nabi SAW memberikan penjelasan bahawa orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang tafaqquh dalam agamanya.

2.Maksud Tafaqquh fid Din ialah Allah SWT menganugerahkan kefahaman agama yang mendalam dan meluas kepadanya.

3.Lihat jawapan Nabi SAW kepada para sahabat yang bertanyakan berkenaan insan yang mulia. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW pernah bertanya: siapakah orang yang paling mulia?" Jawab baginda, "Orang yang paling bertakwa." Kata mereka,"Bukan tentang itu yang kami tanyakan. "Baginda menjawab, "manusia yang paling mulia ialah Nabi Allah bin Allah, Nabi Allah bin Khalil Allah iaitu Yusuf bin Yakqub bin Ishak bin Ibrahim SAA."kata mereka, "Bukan tentang ini yang kami tanyakan." Jawab Nabi SAW, "Oh! kalau begitu, tentang siapakah orang arab yang paling mulia yang kamu ingin tanyakan kepadaku? Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu pada masa jahiliyah, dia jugalah yang paling mulia di antara kamu di dalam Islam sekiranya dia Tafaqquh fid DIN." (Riwayat Bukhari)

4.Sepanjang pembacaan sirah para khulafa mahupun sekalian sahabat Nabi SAW, agak kita siapakah yang tampakketara kemuliannya sebelum dan selepas keIslamannya? Siapa lagi susuk tubuh itu kalau bukan Syidina Umar Ibnu al-Khattab r.a. Beliau adalah orang yang paling digeruni semasa jhiliyahnya. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan.




















'









Selasa, 6 Oktober 2009

Bingkisan dari Mansoura

Alhamdulillah akhirnya kedua belah kaki ana berpijak jua di ardul kinanah Mesir pada 30 september 2009 lebih kurang kul 2 ptg lebih waktu Mesir.......
seterusnya Mansoura......

secara keseluruhannya ana dapat katakan disini....alhamdulillah seronok berada di Mansoura ini....
ketakutan dan kesedihan dapat dikurangkan dengan bantuan oleh kakak2 dan sahabat2 PMRAM dan DPM yang banyak membantu ana dan rakan-rakan lain sepanjang kami berada di sini..

dan berbanyak terima kasih pada kakak musyrifah yang terlalu banyak membantu kami dan menjadi pengiring kami kemana saja kami pergi....dan menjadi tempat kami pinjam duit dan sebagainya....huhu

sepatutnya kelas kami dah bermula pada sabtu lepas,3 okt.....tapi atas masalah dan urusan yang belum selesai kami akan memulakan kelas pada 10 okt ni insyaAllah....
semalam kami sempat jaulah ke maqam2 auliya'i sekitar mansoura.....

banyak cerita nak dikongsikan.....tapi len kali la ek....

doakan ana dan sahabat len dikuatkan semangat sepanjang berada di sini dan dipermudahkan segala urusan dan dipermudahkan pembelajaran...

sesiapa nak berhubung dengan ana,boleh guna no ni....

+20113591782

Selasa, 29 September 2009

salam

salam untuk semua....
sekian lama ana tak update post baru...

sibuk ramadhan....

syawal......

kenduri....

persiapan tk ke Mesir...

dan line internet yg meragam...

membuatku rehat dari memblog...

insyaAllah pada jam 11.30 pg ini ana akan berangkat musafir ke Mesir dalam misi untuk mendalami,
mengaut sebanyak mana ilmu yang boleh....

dan dalam misi nencari dan mencapai redha Allah...

doakan ana dan sahabat2 len di kuatkan semangat di ard kinanah nanti...
di permudahkn segala urusan...
berjaya dunia akhirat...

di kesempatan ini...ana ingin memohon maaf pd semua atas salah silap ana selama nie..
doakan ana...

syukran 'ala kullihal

Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan......sebuah kenangan terindah 2

menonton siaran langsung solat sunat taraweh dari masjidil haram menggamit kenangan menjalani Ramadhan di Tanah Haram......

antara aktiviti yang sempat dilakukan sepanjang Ramadhan di tanah haram...

selepas sahur,solat subuh di masjid.......
disebabkan selalu mengantuk selepas solat subuh,aku dan kembar mengambil inisiatif untuk menunaikan umrah setiap kali lepas solat subuh...
dan bermula misi kami..seusai solat subuh setiap hari..kami berdua menaiki bus dengan tambang sebanyak 2riyal ke Tan'em untuk niat UMRAH di masjid Saidatina Aishah...baliknya kami biasanya menaiki van dan tambangnya adalah sama....sesampai di masjidilharam kami terus tawaf..biasanya semasa tawaf kami masih lagi bersama...dan hanya ketika sair aku dan kembar biasanya bawa haluan masing2..dia biasanya tak akn terus siapkan sairnya..sair 2,3 round dia tido...aku bersendirian meneruskan sair hingga selesai,bertahallul dan seterusnya pulang berseorangan ke tempat penginapan...mula2 tak biasa dan takut jgak jalan berseorangan,tapi lama-lama dah jadi biasa..

rehat sekejap sebelum ke masjid semula untuk solat zohor dan asar...selepas solat asar,klu berkesempatan ku mengikut abang2ku membeli bahan masakan untuk iftor...dan selepas tu memasak bersama umi dan menyiapkan air milo susu satu termos untuk dibawa kemasjid dan diagihkan kepada jemaah sewaktu iftor nanti...

setiap hari aku dan ummi membawa 1 termos air milo susu,sedikit roti dan 2 bekas tamar rutob untuk diagihkan kepada jemaah untuk iftor....
untuk membawa masuk air dan makanan,terlebih dahulu diperiksa oleh askar di pintu masjid..
hanya air dan kurma yang dibenarkan..termosku juga dicheck,ape yang ada dalam termosku..kerana biasanya tok2 arab bawa syai dan gahwah je...maka aku nagn ummi terpaksa bersoal jawab dulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid...baru lepas satu step...lepas tu aku akn berulang alik memunggah masuk roti plak..nasib bek pakai telekung sembahyang,boleh sorok roti2...hehe..then,bermula tugasku mengagihkan air,rutob dan roti kepada jemaah berdekatan kami...aku pernah ditegur oleh jemaah dari malaysia.."dah berapa lama kerja kat sini?"aku tersenyum..makcik tu sangka aku ni orang Indon yang kebanyakan jadi BIBIK pada tok2 arab....huhu..ada rupa kut aku jadi bibik ek..

selepas iftor dan solat mgrib,kami pulang untuk makan makanan berat...then ke masjid semula untuk solat insyak n teraweh...
pada sepuluh akhir ramadhan diadakan solat tahajud berjemaah di massjidilharam...alhamdulillah aku sempat merasainya...tapi macam2 ragam manusia ada time 2...jemaah semakin ramai membanjiri tanah haram untuk bersama-sama khatam QURAN dalam solat sunat taraweh..time tahajjud aku terpaksa bersindirian ke masjid...biasanya ummiku qiam di rumah sahaja...

dikesempatan masa dan peluang yang ada kami sempat menziarahi tempat2 bersejarah..antaranya Hudaibiyah,mina,gua Hira' dan banyak lagi..aku juga diberi peluang oleh Allah untuk menjejaki kaki di THOIF,negeri yang mana penduduknya pernah mencerca NABI MUHAMMAD serta menghalau dan menyakiti nabi sehingga badan nabi cedera....di Thoif kami sempat ke tanah tinggi,melawat pasar borong dan berkunjung ke masjid salah seorang perawi hadis terkenal..lupa dh namanya..

alhamdulillah kami dapat sama-sama mengaminkan doa khatam yang didoakan oleh imam AS-SUDAIS...dapat menyambut 1 syawal di tanah haram..di sana hari raya hanya sehari..2 syawal terus puasa enam..alhmdulillah kami raya puasa enam di MAKKAH..disebabkan kami balik selepas raya,kami berempat balik sindirian..jemaah travel dah pulang sebelum raya lagi..hanya kami berempat orang melayu dalam pesawat dari jeddah ke DOHA...dari DOHA ada kami ditemani orang INDON...

SEMOGA IBADAH UMRAH DAN IBADAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN ITU DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

MOGA KAMI MASIH LAGI BERPELUANG MENJADI TETAMU MU YA ALLAH

secebis kenangan dari tanah haram..banyak lagi kenangan di bumi barakah itu
ku sentiasa merindui saat2 beribadah disana

Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan......sebuah kenangan terindah 1

alhamdulillah pada tahun 2003, seminggu selepas exam PMR, aku telah diberi peluang serta menyahut seruan Allah untuk menunaikan ibadah UMRAH...pemergianku bersama ayah ummi dan kembarku adalah untuk menunaikan umrah serta menyambut RAMADHAN padatahun itu di TANAH HARAM...

bermula perjalan cinta Allah.....
dari airpot pengkalan chepa menuju KLIA dengan pesawat MAS...
dari KLIA dengan QATAR airways transit di DOHA selama lebih kurang 8 jam..
then dari DOHA terus ke JEDDAH..
sampai di JEDDAH awal pagi,kami disambut oleh abangku yang sedang menuntut di U.UMMUL Qura,MAKKAH..
dari JEDDAH rombongan kami menaiki bas ke MADINAH..

kami sampai di MADINAH AL-MUNAWWARAH x clap kul 3 pg...kami sekeluarga tidak tinggal bersama rombongan...kami hanya membayar kos pengankutan pd travel...penginapan kami uruskan sendiri...untuk mencari penginapan kami terpaksa menaiki teksi...dan buat pertama kali aku naik CAMRY...teksi CAMRY..
Selepas mengemas barang2,kami makan ala kadar...then rehat sekejap...
kul 4 pg lebih,kami bertolak ke MASJID ANANABAWI untuk solat subuh...disebabkab kami lambat...walupun sebenarnya kami pergi sebelum azan berkumandang lagi...aku dan ummi terpaksa bersesak2 untuk mendapat ruang untuk solat...tupun dapat tempat yang tak berkarpet...orang lain datang lebih awal...aku yang masih termanggu2 mengikut sahaja gerak langkah ummi...selesai solat subuh,baruku merasai aura Masjid NABI ini..aura MADINAH...kenangan selama 3 hari di MADINAH amat manis,bernilai...
selama 3 hari itu kami sempat berdoa RAUDHAH,solat di masjid QIBLATAINI dan banyak lagi...

kami bertolak ke Makkah selepas solat Zuhur diambang 1 RAMADHAN..
singgah di BIR ALI untuk niat UMRAH dan berihram...
perasaan bercampur baur untuk sampai di MAKKAH...untuk melihat KAABAH...dan untuk pertama kalinya menunaikan UMRAH...
Semasa singgah untuk makan,,,aku sempat menonton siaran langsung solat sunat taraweh yang diimamkan oleh Abdulrahman AS-SUDAISY...
perasaan untuk sampai ke Makkah makin melonjak...

AKHIRNYA....
sampai juga kami di MAKKAH AL-MUKARRAMAH...
dikejauhan ku melihat MASJIDILHARAM.....tak sabar nak melihat dengan dekat
sebelum berUMRAH kami mengankat bagasi kerumah yang kami sewa....
untuk pengetahuan kami sewa sebuah bilik la lebih kurang..dilengkapi dapur,peti ais..
rumah yang kami sewa terletak di atas bukit..pertama kali nak mendakinya terasa jugak penat...lama-lama dah jadi perkara biasa...

selepas mengemas barang2 aku bersama umi ayah dan 2 orang abangku mengisi perut dahulu sebelum menunaikan UMRAH..kami makan roti cecah kari kambing..

then bermulalah...
kami masuk melalui BABUSSALAM...kami terpaksa merentasi orang ramai yang melakukan sair...
LASTLY...
TERSERGAM GAH KAABAH di depan mataku...lain seperti yang dilihat didalam gambar2...
manusia berpusu2 tawaf..
dengan bimbingan abang dan ayah ku memulakan tawaf...mula2 terasa kaku tapi akirnya2 ok..seusai solat sunat selepas tawaf kami menuju ke tempat sair...selepas 7 pusingan dan bertahallul selesailah UMRAH pertamaku...

aku melalui sebulan RAMDHAN pada tahun itu di MAKKAH...
SUNGGUH BERMAKNA RAMADHAN ITU...
kami beribadah tanpa ganguan tanpa rintangan...
iftor,teraweh,tadarus,umrah,ziarah,tawaf sunat,dan sebagainya....
aku dan ummiku selesa masuk ke masjidilharam melalui bab MADINAH..kebanyakannya jemaah di ruang solat itu adalah orang malaysia...bukan tak nak bergaul dengan jemaah dari negara lain...tapi kami tak nak ibadah tergangu dengan pelbagai karenah mereka..

suasana RAMADHAN di MAKKAH berbeza...penduduk meraikan kedatangan ramadhan dengan penuh meriah...mereka tidak tidur sepanjang malam...suasana malam,suasana ramadhan penuh meriah,warna warni..mereka berlumba-lumba bersedekah....tapi ada juga yang tak berpuasa...

bersambung................

Isnin, 24 Ogos 2009

HATI

Kita Kena Mulakan Dari Hati

Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda jug. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif.

Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.



Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan Karem!



dikesempatan 1 Ramadhan ini..ana ingin mengucapkan ramadhan Karem kepada semua kaum muslimin dimina jua berada....

alangkah bertuahnya kita, kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Tuan punya Dunia ini untuk menikmati bulan yang penuh Barakah ini....kalu nak dikira dengan amal perbuatan kita sebelum ni dan amal kita pada bulan2 ramadhan sebelum ini...tak berbaloi DIA masih lagi memberi peluang untuk kita melalui lagi bulan ini......

tapiiiiii.....kerana Rahman dan RahimNya....kita masih lagi di beri peluang untuk melalui bulan ini...masih lagi diberi peluang untuk beramal dan bertaubat pada bulan yang penuh Barakah ini...
alangkah Baiknya DIA....tak pernah menzalimi hambanya....
sama-samalah kita merebut peluang ini!

sama-sama kita menjaga ibadah kita dan puasa kita....


Ya ALLAH,
aku datang padaMU menyerah diri
melukis katahati
membicara yang tersembunyi
andaitaubat dihujung dunia
kau titiskanlah ia samudera
andai dihujunglangit
Kau sisipkanlah di pangkalbumi
tiupkan kedalam naluriku
agar tangan ini terus menadah
ku harap Ramadhan kali ini tidak roboh lagi janjiku padaMU.....


Isnin, 10 Ogos 2009

Akhirnya saat itu dilalui....kONVOKESYEn

bersama ayah dan ummi seusai graduasi

Alhamdulillah akhirnya saat itu dilalui juga dengan perasaan bercampur baur......antara seronok
dan sedih...teringat ucapan dari Dato' Wan yang menyentuh perasaanku..."tahniah kepada ibubapa graduan,kerana kalianlah anak-anak ini melalui majlis konvokesyen tuk DIPLOMA TAHFIZ WAL QIRAAT"...(lebih kurang,tak ingat sangat ucapan Dato').....dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AYAH & UMMI kerana telah berjaya membimbingku hingga ke tahap ini...terlalu amat besar pengorbanan dan jasa kalian padaku.

tak lupa juga buat ustazah2 tasmik yang tanpa jemu membantu dan membimbing ku serta menjadi murabbiah kepada diri ini...1.ustazah Aizah Zameelah Abdullah Tahir(10 juz)
2.ustazah Nur Asiah Ramli(20 juz).

dan kepada sahabat2 seperjuangan yang bersama-sama berjuang untuk menamatkan pengajian
di DQ.... bersama-sama bermujahadah menghafal kalam Allah...yang memberi dorongan dan bimbingan pda diriku sehingga akhirnya dapat melalui saat ini....


bersama sahabat seperjuangan

moga-moga diri ini dan sahabat sekalian dapat menjaga serta mengadaptasi KALAM ALLAH dalam kehidupan....amat berat amanah yang kita pegang ini...sebagaimana yang kita mafhum,banyak peringatan yang telah diungkapkan dalam KALAMNYA tentang hamalatul quran...kita manusia yang bodoh lagi sombong sanggup memegang amanah ini...sedangkan semua makhluk lain di atas muka bumi ini tak sanggup memikul amanah ini...
jangan kita leka berseronok kerana telah selesai menghafal dan telah berjaya mendapat sijil DIPLOMA TAHFIZ....maka kita merasa tugas kita dengan AL-QURAN telah selesai............
TIDAK SAMA SEKALI....!

SALAM I'ADAH DAN SALAM ADAPTASI




Ahad, 2 Ogos 2009

Sanah Helwah Ummi!





SANAH HELWAH UMMI YANG KE 55 PADA 30 JULAI 2009

semoga ummi sentiasa dalam rahmatNYA......
dikesempatan ini anakmu ingin mengucap ribuan terima kasih kerana ummi telah mendidik kami dan menjaga kami seramai 9 orang yang penuh dengan pelbagai kerenah ini dengan sehingga kami menjadi manusia..

tak lupa juga buat ayahnda tercinta yang membanting tulang untuk menyara kami semua hingga berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kami...SANAH HELWA juga buat AYAH!...
sudah menjadi kebiasaan kami menyambut ulang tahun umi dan ayah sekali....(jimat kos)hehe...x la...sebab ayah kata tarikh lahir dlm ic tu sebenarnya salah....so x pe la sambut bila2 pun...kami pun apa lagi.....hu

sempena ulang tahun ni,ana ingin berkongsi sedikit mengenai cara kami dididik oleh ayah ummi...

kami seramai 9 orang dididik dengan penuh kasih sayang tapi disiplin...
seawal usia 4 tahun kami telah diajar muqaddam dan belajar membaca dan mengira...
tadika kami 9 beradik adalah dirumah...alhamdulillah kami masuk tahun 1 dah pndai membaca dan mengira...dan bermula tahun 1 jgak kami dah kena mula solat lima waktu berjamaah dengan keluarga..x bleh ponteng2..

kami semua diajar untuk sentiasa menjaga masa...mesti sentiasa kena tengok jam.
waktu solat kena jaga,waktu bermain pun sama...makan bersama...waktu mengaji quran...dan banyak lagi..kami tak digalakkan sangat keluar berkawan dengan orang ramai..kalau nak keluar pun kena mnta izin,,,dan balik kena pada masanya,,,jangan langgar waktu solat semestinya...kerana kami solat diawal waktu..setiap pagi selepas subuh sebelum ke sekolah atau apa sahaja,kami diwajibkan membaca Quran...ummi ayah cakap makana rohani amat penting sebelum memulakan kehidupan setiap hari...

Alhamdulillah kami semua cemerlang dalam UPSR dan kami adik beradik ditawarkan masuk SBP dan MRSM....tapi tak dibenarkan masuk sekolah tersebut melain kan sekolah AGAMA,sek ARAB....alhamdulillah kami semua berjaya...

1.ABDULLAH sekarang sedang menyambung master di UM dalam bidang Bahasa dan
Linguistik.
2.ABDULRAHMAN -lepasan u.Ummul QURA,Makkah..Usuluddin
3.FAIZAH -tahun akhir di UPSI dalam bidang Geografi
4.ABDULFATTAH - Tahun 2 U.Mansoura..medic
5.FATANAH - isyaAllah bakal sambung di Mansoura dalam bidang Qiraat.
6.SYAKIRAH - tahun 1 di UM,dalam bidang pendidikan ISLAM
7.KHADIJAH - ting 4 di Maahad Tahfiz Sains
8.MUHAMMAD - TAHUN 5, sek rendah
9.WIDAD - tahun 3, sek rendah

Semoga Allah merahmati Umur ummi dan ayah kami...
dan dapat merasai hasil didikan mereka..dapat rasa titik peluh kami..
SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA MEREKA BERDUA..

Jumaat, 17 Julai 2009

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.

Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.

Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.

Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.
Pasti anda merasai kehebatannya...percayalah

Isnin, 13 Julai 2009

Haram Jatuhkan Kerajaan Kelantan

Haram Jatuhkan Kerajaan Kelantan

Kenyataan Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat”

Sabtu, 11 Julai 2009

TARBIYAH

JENIS2 TARBIYAH

Baru-baru ni ada seorang adik seperjuanganku meminta aku meneragkan serba sedikit mengenai jenis-jenis tarbiyah yang berikut….
Aku yang bukan fakih sangat mengenai ilmu tarbiyah tersebut sekadar dapat memberi penerangan serba sedikit…

Ape yang akan aku kongsi pada post kali ini moga-moga dapat menambah lagi sedikit kefahaman dan pengetahuan kepada adikku khususnya dan kepada kita semua amnya..

Tarbiyah merupakan aspek terpenting dalam sesebuah gerakan Islam di seluruh dunia.
Tanpa tarbiyah ahli gerakan Islam tidak terarah ke satu matlamat yang telah menjadi dasar dalam perjuangan.ALLAH matlamat hidup, RASUL contoh teladan dan ikutan,
AL-QURAN sebagai perlembagaan, JIHAD adalah cara hidup dan mati pada jalan Allah….dan kita semua adalah ahli gerakan Islam,pejuang agama Islam….

Tarbiyah-tarbiyah berikut……….yang diperlukan bagi setiap ahli gerakan Islam

1.Tarbiyah Ruhiyyah
Iaitu menjana satu program berbentuk kerohanian seperti Qiamullai sesama ahli
Yang dilakukan di masjid, surau, rumah-rumah ahli secara bergilir, ia bartujuan
Bagi melahirkan keseimbangan jasmani dan rohani ahli dalam menghadapi kepel-
Bagaian tekanan dan tribulasi hidup.

2.Tarbiyah Jasadiyyah
Mengadakan sukan bersama dengan memelihara akhlak seperti berseluar panjang
Dan pada waktu-waktu yang sesuai hingga tidak menghalang ahli untuk bersolat
Jemaah di masjid atau surau, kemudian mengadakan sesi tazkirah ringkas yang
berhubung dengan konsep sukan menurut kaca mata Islam dan sebagainya. Ia
pernah diemplementasikan oleh Imam Hasan al-Banna sendiri.

3.Tarbiyah 'Aqliyyah/Fikriyyah
Ia lebih kepada kemampuan cara berfikir ahli yang dilatih tubi untuk menyelesaikan masalah umat Islam dan manusia sejagat, seperti penyelesaian atau punca kepada penularan virus A H1N1 kesan dan risiko kepada manusia, pandangan Islam mengenainya.

4.Tarbiyah Jihadiyyah
Iaitu satu bentuk tarbiyah yang memahamkan ahli kepada kesungguhan dalam beramal, berdakwah, menjadi rujukan masyarakat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan, kerana setiap ahli itu menjadi role model kepada masyarakat yang sentiasa diberi kepercayaan dalam sesuatu kehidupan bermasyarakat.

5.Tarbiyah Imaniyyah
Iaitu mendidik ahli agar memiliki keimanan yang padu dan jitu dengan dengan menjauhi segala perkara yang melibatkan bidaah, khurafat, tahayul, syirik dan penentangan terhadap hukum-hakam Allah SWT secara terang. Ahli perlu tahu bahawa iman boleh naik dan turun. Justeru, keadaan sentiasa berjemaah akan menjauhkannya daripada terjebak dalam iman yang sentiasa menurun. Pada masa yang sama memelihara rukun-rukun iman yang enam disamping memperkukuh kefahaman 'Aqidah Ahlus Sunnah wal jamaah.

6.Tarbiyah Akhlakiyyah
Setiap ahli adalah disaran agar memelihara akhlak terutama akhlak terhadap Allah, Rasul, al-Quran, Sunnah baginda Rasulullah s.a.w, terhadap kedua ibubapa dan mereka yang lebih tua selagi mana tidak mengarah kepada maksiat dengan menentang syariat Islam.

7.Tarbiyah 'Ilmiyyah
Iaitu merekrutkan ahli dengan segala bentuk bahan ilmu yang diperlukan, terutamanya ilmu-ilmu alat.Ilmu-ilmu syariah Islam dan Usuluddin.

SUMBER DARI US.ZAINUDIN HASHIM

Selasa, 7 Julai 2009

Sejenak.............

salam buat semuat sahabat-sahabat....
tak tau nak tulis pasal ape tuk post kali ini....
aku nak coret2 cerita 2,3 hari ni...

sekarang kat klate,baru sampai kemarin DULU dari KL. So x de internet kat umah..ni pun singgah kejap kat cc..banyak benda nak diPOSTkan tapi pendrive tinggal kat umah..:)tak berhajat pun nak singgah kat cc ni..

alkisah bermula jumaat lepas..dari melaka bertolak ke seremban dan dari seremban terus ke kota Damansara..sampai kt kota damansara jam 6.00 ptg...fuh penat

tgh hari hari sabtu p sg.congkak jap,ada program sekolah kakak iparku kat sana..blk dr sg.congkak sampai kt k.damansara jam 8.00 mlm...kelam kabut kemas barang,usai solat dan makan terus ke hentian putra...bas ke klate jam 10.00 mlm...nseb bek sempat sampai 10 mnit sblm bas bertolak...

sampai kat umah area 5.20 pg ahad...
lps solat subuh kakak msg suruh ambik dia kat airport...dia akn smpai kul 8.35 am..
terpaksa gagahkan diri bangun wlupun mengantuk sangat...disebabkan ayah tak berapa sihat kerana letih berulang alik dari MANEK urai dan demam chikugunya belum berapa baik lagi terpaksalah aku drive jgak p airport...kakak dah ugut klu x ambik.dia akan nangis kat tengah2 airpot tu...huhu

lps makan sebiji kueh sardin gulung dan secawan susu datuk(teh susu sebenarnye,tp anak2 sdare ku panggil mcm tu coz datuk mereka yang buat susu tu setiap pagi tuk kami sekeluarga..klu orang lain buat anak2 buah ku akan komen tak sedap, kena datuk jugak yang buancuhkan....)dan tanye sedikit cerita pasal manek urai ku bertolak..sejam lebih jugak nak sampai kat airport..

aku dah lambat...bertolak jam 7.55 pg...berbekalkan mata separuh terbuka dan sekeping repot polis aku drive keta sorang2...ini kerana purse aku hilang minggu lepas...so aku drive ari tu dengan takde ic dan lesen la...TAWAKAL jela...
sampai kat airpot,dah 15 mnit kakak aku tunggu...sorry ek k.nudra..
terus bertolak balik...otw balik sesekali aku hanyut masa drive..nyaris2 nak bergeser ngan keta lain...kakak ku di sebelah tdo,ngantuk katanya..mlm td bermlm kat airpot tak bleh tido...

sampai umah jam 10.00 am..terus sarapan nasi goreng bersama ayah dan umi..then kakak ku suh jd driver dia plak p tangkap gambar pasport..aku rancang smbil2 2 bleh buat ic skali..kami kluar lagi ke bandar jam 10.45 am..trus ke pjbt pendaftaran n giliran ku sampai lebih kurang kul 12.00 tgh hari...yang terkejutnya kena denda rm110 tuk wak ic baru..dahla purse hilang,nak wak ic kna byr plak...nasib2..pastu p tngkp gamba
pasport kakakku dan dia p shopping barang2 tuk p asrama uitm plak ptg nanti.

sampai umah jam 1.30 ptg...umi dah siap solat n masak TOMYAM kesukaanku..terus makan nasi..tak tahan lapar then solat...jam 3 lebih kemas barang2 kakak ku dan bertolak ke UITM Machang...sampai sana aku hanya menurunkan barang2nya dari kereta je..tak tolong angkat naik ke bilik dia...skali lg sorry kak nudra ek....aku nak kejar masa ke pejabat JPJ Machang tuk buat lesen plak..sampai kat jpj kul 4.00 lebih..nak tunggu turn aku sampai, mataku semakin layu...berat sangat....ngantuknye..PENAT..
turnku sampai jam 5.05 ptg..nseb bek proses buat lesen 2 5 mnit je..

terus bertolak pulang dengan azam sampai umah nak tido puas2...
sampai hampir kul 6.00 ptg...solat then tengok tv ngan adik jap tuk elak tertido sblm smpi magrib..
semasa makan petang jam 6.45 ayah ummi ajak p masjid coz ada kuliah malam tu kat masjid..aku bagi alasan mengantuk kat mereka tp alasan ku tak diterima...huhu
usai solat magrib ku berundur ke belakang ke port adikku(darjah 3)lepak sewaktu kuliah magrib..ku bersandar didindinG sambil baca himpunan hadis tuk elak dari mengantuk...
tup-tup...aku rasa bahu ku disentuh dan digoyang2kan..rupa2nya ada seorang nenek mengajutkan aku supaya tido dan bersandar elok2 ckit...katanye takit sakit leher nanti...malunye...rupanye ruang solat dah penuh dengan makcik2 dan nenek yang mendegar kuliah...aku yang muda ni tido plak sedangkan mereka semua mendengar kuliah..huhu

balik dari masjid makan me goreng semankuk sambil tengok tv dengan adk lelakiku yang darjah 5..rupa2nya rancangan MENTOR...NTAH ape2 rancangan tu..then aku trus masuk tido mata tak tahan sangat dah...

paginya aku tersedar bila umi kejut untuk sahur jam 5.15 pg...aku rasa tido mlm tu adalah yang pling nyenyak...hehe

isnin, penamaan calon di Manek URAI...ummi dan ayahku tak pergi kerana ayah tak berapa sihat lagi...

malam ni aku bertiga je dengan adikku kat umah,coz ayah n ummi akan p bermalam di Manek URAI...HUHU...SEMEMANGNYA aku diarahkan pulang tuk menjadi bdak sitter kepada adik2ku 2 orangtu...coz ayahummi kena turun bekerja kat Manek URAI....
MOGA KEMENAnGAN DI MANEK URAI ADALAH MILIK pejuang2 AGAMA ALLAH...

Sampai disini je coretan untuk kali ini...
DOAKAN KITA SEMUA MASIH DIJALANNYA DAN DITETAPKAN IMAN KITA DIJALAN YANG BENAR ...

Jumaat, 3 Julai 2009

PERJUANGAN YANG TAK SUDAH



BUAT ANAK-ANAK MAMA DAN IBU MASIHKAH KAU INGAT KATA-KATA INI........

BUAT SAHABAT-SAHABATKU TERUSKAN PERJUANGAN KITA

Sabtu, 20 Jun 2009

Panas,bergolak,bercelaru atau................

itulah yang dirasai semenjak dua menjak ini....

ape sebabnya?...adakah disebabkan el nino yang dijangka akan mencapai kemuncaknya
ramadhan nanti?

jerebu?

politik malaysia?

Manek Urai?........

atau ape-ape aje..........

cuma nak bagi pandangan pasal politik dalaman yang berlaku sekarang,,,

ana berharap kita semua dapat menilai dengan baik..
jangan buat kesimpulan meluru
jangan pandai-pandai nak bagi pendapat masing-masing
jangan pandai-pandai nak buat ulasan
cuba kaji sebaik mungkin
bertukar pendapat dengan orang lain
berbincang

kita tak merasai pahit maung perjuangan sebenar
perit jerih untuk mentadbir
untuk merancang

jangan kita cuba untuk memburukkan keadaan
jangan membuka pekung
jangan buka aib
jangan selak kain ayah @ keluarga kita sendiri

sama-samalah kita mendoakan agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan lancar.

ingatlah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...

sama-sama kita bersedia untuk menyambut bulan REJAB...

SELAMAT BERIBADAH DAN SALAM I'ADAH..

Ahad, 14 Jun 2009

Gambar Walimah Ku

Atas permintaan sahabat2 ana postkan lagi beberapa gambar semasa walimah ustazah Ku Rohana ari tu....





Sabtu, 13 Jun 2009

FIKIRKAN

Sama-sama kita buka minda dengan artikel yang di ambil dari blog mso ini....

Fikir Kadir Jasin
Mengapa Kita Tidak Meragui Kuan Yew?

PENGAMATAN yang dilontarkan oleh blogger A Kadir Jasin dalam posting terbaru dalam blognya dibawa tajuk: Lee Kuan Yew - fahami yang tersurat dan tersirat, patut dibaca oleh semua waga politik negara ini. Tulisan ringkas itu memberi gambaran kemungkinan-kemungkinan yang wujud di sebalik lawatan bekas Perdana Menteri Singapura itu dan mungkin tidak ‘terkelih’ oleh mata lain.

Kesimpulan kepada tulisan Kadir itu bahawa beliau ada perasaan curiga atas lawatan Kuen Yew itu bukan sebagai satu lawatan biasa hanya untuk berbernostalgia tetapi ada maksud-maksud lain lagi.
Menurut Kadir ada beberapa tujuan Kuan Yew membuat lawatan ke Malaysia. Antara yang digarapnya untuk direnungi bersama ialah;

1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia;

2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas;

3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN; LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura;

4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran;

5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan

6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

Sekiranya apa yang diamati Kadir mengenai perkara 1, 2 dan 3 itu benar maka lawatan Kuan Yew itu tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Lawatan itu seolah mahu menghentikan ombak perubahan dan peralihan politik negara ini yang kini mula meluas dan mengganas.

Kalau kunjungan itu benar untuk memberi semangat dan signal kepada pengundi Cina agar menyokong BN seharusnya kunjungan itu ditentang leh Pakatan Rakyat. Ada juga kemungkinan disebut Kadir itu kerana tidak boleh dinafikan masih ada segelintir komuniti Cina negara ini yang begitu megkagumi stail dan politik Kuan Yew. Malahan uslub politik Kuan Yew boleh mempengaruhi mereka.

Malangnya “maknawi” ini tidak terhidu oleh penyokong Pakatan Rakyat dan melihat sahaja kunjungan Kue Yew seolah ia tidak membawa apa-apa misi melainkan untuk melancung ke Tanah Melayu. Dan bagi Najib Razak dan UBN pula tentulah gembira kalau kunjungan itu seperti mana dibayangkan Kadir Jassin itu kerana mereka akan mendapat lapa politik masa depan.

Dalam pada itu Kadir juga membayangkan rasa terkilannya dengan sambutan yang diberikan kepada Kuan Yew. Padanya sambutan itu berlebih-lebihan yang tidak standing dengan apa yang mungkin Singapura berikan kepada Malaysia.

Kadir yang dikenali sebagai pengkagum Dr Mahathir menyoal apakah kalau negawaran Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Pulau Temasik itu Dr Mahathir akan diberi sambtan negarawa seperti Malaysia berikan kepada Kuan Yew itu?

Mengenai kebimbangan Kadir bahawa kunjungan Kuan Yew ada motif tertentu beliau mengkiaskan bagaimana maharaja Cina tidak mudah untuk menjejak kaki ke tanah asing melainkan ada niat tertentu.

Menurutnya maharaja Cina yang menganggap dunia lain termasuk orang jajahan takluknya sebagai orang liar (barbarians) dan orang tidak beragama (heathens). Ertinya pandangan dan penerimaan mahaja Cina kepada orang lain begitu hina. Jadi bila Kuan Yew yang dianggap sebagai ;maharaja Cina; itu datang ke Tanah Melayu tentulah ada yang tersurat di sebalik yang tersirat.

Memang kita baik dan berbudi tinggi dan lambat dalam menilai sesuatu. Hanya dengan sekali datang sahaja Kuan Yew boleh menerobos masuk semua pejabat pembasar di negara ini dari pejabat Perdana Menteri, Menteri Besar dan Istana Negara. Inilah mungkin dikatakan Kadir sebagai layanan agak berlebihan yang tidak wajar diberikan kepada Kuan Yew.

Akhirnya Kadir menyimpulan lawatan Kuan Yew itu sebagai risikan untuk mencari maklumat. Dalam hal ini tentulah bagi mengukuhkan kedudukan kuasa politik, sosial dan ekonominya.

Sekiranya apa dibimbangi Kadir itu satu kebenaran, soalnya kenapakah kita jadi semudah itu dan setulus itu terhadap pemimpin negara jiran yang banyak menyakiti hati kita itu?

Dimana peranan pakar strategi pertahanan, pakar risik, para diplomatik kita dan bagaimana mereka membuat simpulan atas tujuan lawatan Kuen Yew itu. Iya mungkin sebagai lawatan balas ke atas kunjungan Najib ke republik itu namun ia harus juga diselidiki apakah motif lain di sebalik kunjungan berkenaan.

Hanya Najib Razak yang kini perdana menteri sahaja yang mengetahui apa yang tersurat di sebalik lawatan itu.

Khamis, 11 Jun 2009

Andai Kita Tahu Ajal Kita...........

Andai ku tahu...
Kapan tiba masaku...
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Andai ku tahu...
Malaikatmu kan menjemputku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...
Aku manusia yang takut neraka...
Namun aku juga tak pantas disurga...

Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...
Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...


dimana kita sekarang?
kalau dfikir-fikirkan di mana tahap kita sekarang..

amalan..

QURAN yang kita hafal selama ni macam mana?

adakah bekalan untuk keSANA dah cukup?
bak kata sedara aku semasa aku safar ke Kedah aritu...

"hidup kat dunia ni senang je..tang cari bekalan tuk keSANA susah sikit"

sama-sama kita koreksi DIRI...

Isnin, 8 Jun 2009

walimah ustazah Ku Rohana Tengku Anera Al-Hafizah



Allhamdulillah, kami berkesempatan menghadiri walimah sahabat seAQRAB iaitu ustazah KU ROHANA TENGKU ANERA bersama pasangannya ustaz Fadlullah..

alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..

BARAKALLAHULAKUMA diucapkan kepada pasangan pengantin tersebut.
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amen

insyaAllah cerita selanjutnya akan bersambung pada post yang akan datang.

Sabtu, 6 Jun 2009

Safar ke Kedah

semalam kami sekeluarga telah musafir ke kedah..

dalam misi untuk menghadiri walimah saudara dan menziarahi saudara mara di sana.

pasir puteh,jeli,tasik banding...singgah di masjid kat kupang Baling..trus masuk tol gurun dan keluar ke Alor Star(u).

dah lama tak berpeluang datang ke kedah...stakat PAS menjadi pemerintah di negeri ni,ni la baru berkesampatan...walaupun keluarga sentiasa je safar ke sini..

dh lama rindu kat ayaq kopi cecah roti empat sagi...huhu

hari ini kami akan teruskan misi kami..

moga-moga safar kami diberkati Allah...

p/s:pak de,bila nak update blog...nanti kami cite pasal umah kita..
do da best for xam...

Rabu, 3 Jun 2009

SETAHUN TELAH BERLALU

Sedar tak sedar hari ini dah cukup setahun tragedi kebakaran rumah kami sekeluarga


pada tanggal 3 jun 2008........dalam lingkungan jam 12.00 tengah hari


bermula dari saat itu kami memulakan pasca kehidupan yang baru


pagi tadi aku berkesempatan menziarahi dan menjenguk tapak rumah yang terbakar.

Rangka rumah yang masih bersisa masih kelihatan....garaj kereta yang sempat diselamatkan

oleh ahli bomba masih teguh berdiri..menjadi satu-satunya tempat yang boleh dibuat berteduh.

Selain itu yang masih dapat dilihat...tangga dan bilik air.


Masih segar diingatan,keadaan rumah sebelum terbakar..jelas..satu persatu..dalam kenangan..


keadaan persekitaran rumah jauh berbeza dari setahun yang lepas...semak samun tumbuh meliar..pokok buah-buahan seakan merajuk dan masih berkabung..tak berbunga apatah lagi untuk berbuah.Yang berbuah pun hanya pokok cempedak ….tu pun tak sempat dimakan oleh tuannya..semuanya menjadi rezeki tupai yang bermaharajalela.


Hati kita boleh diumpamakan seperti keadaan persekitaran rumah yang terbakar tersebut....kalau tidak dijaga..tidak diisi dengan tarbiah dan perkara yang sepatutnya....sama-sama kita renungkan....


Alhamdulillah saat ini kami sekeluarga masih lagi diberi peluang untuk bermusafir dimuka bumi ini untuk mengumpulkan bekalan dihari kemudian...YA ALLAH bantulah kami..bimbinglah kami..tunjukkanlah jalan yang lurus..


Alhamdulillah rumah kami telah siap dibina..cuma belum siap 100% lagi...sekarang dalam proses untuk menyempurnakan rumah tersebut...mengecat,membuat pagar,dan banyak lagi yang masih belum siap.


Dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan setinggi kesyukuran dan terima kasih terutamanya kepada TUAN kami yang banyak membantu kami memulakan pasca kehidupan serba baru ini..


tak lupa juga kepada saudara-mara,jiran tetangga serta semua masyarakat yang membantu kami untuk bertatih semula memulakan hidup baru...makanan,pakaian,tempat berteduh,wang ringgit serta tazkirahdan kata-kata semangat kami terima dengan banyaknya..


dan kepada para sahabat dan adik beradikku yang menjadi penguat semangat dan membantuku untuk terus kuat meneruskan kehidupan ini...



Selasa, 2 Jun 2009

sebiji epal....kalau dah rosak............


m
inggu lepas aku berkesempatan menonton sebuah drama cina dari Singapore kat ntv7.....
tu pun dah dekat nak abis...dalam setengah jam terakhir....tak tau pun ape tajuk drama tu...

tapi aku amat tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan melalui drama tersebut.

drama tersebut berkisar mengenai kehidupan 2 remaja lelaki disebuah sekolah menegah.
(sekadar yang aku faham dalam tempoh setengah jam 2 la........)
seingat aku remaja tersebut bernama cheng chai dan ah fu.cheng chai adalah pelajar yang bermasalah di sekolahnya..selalu buat hal dan bukan pelajar yang pandai..pengetua sekolah mengumpamakan cheng chai seperti sebiji epal yang telah rosak.bagi pengetua tersebut,sebiji epal kalau dah rosak maka epal itu tak berguna lagi dan epal itu tidak dapat tidak mesti di buang........
akhirnya cheng chai telah di buang dari sekolah....

manakala ah fu pula adalah seorang pelajar yang asalnya tidak bermasalah......tapi lama kelamaan dissebabkan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa, dia menjadi remaja yang bermasalah..berkawan dengan cheng chai dan mula melakukan kegiatan mencuri bersama cheng chai....ah fu mempunyai seorang adik lelaki di sekolah rendah...

diringkaskan cerita.......

peleraian drama ini bermula dengan kisah adik ah fu dituduh mencuri duit mak cik kantin di sekolahnya..ibu dan ayah ah fu mengamuk dan merotan adik ah fu..ayah ah fu bertanya pada budak itu "tidak cukup lagi ke kemewahan yang kami beri pada kamu?".........dalam keadaan menagis teresak-esak adik ah fu menjawab..saya kumpul duit tu untuk membeli masa ayah dan ibu supaya dapat menonton persembahan saya di sekolah ....barulah mereka sedar akan kesilapan mereka selama ini........

selepas itu ayah ah fu mendapat panggilan telefon mengatakan anaknya ditangkap kerana mencuri bersama cheng chai...dalam masa yang sama dia ada meeting yang amat penting...antara anak dan harta/kerjaya...demi memikirkan sudah banyak dia membuat kesilapan terhadap anak2nya dia sanggup meninggalkan meting tersebut dan dia terus dibuang kerja...sebelum kejadian tersebut ayah ah fu telah membaca luahan hati ah fu mengenai ibu bapanya....ah fu kecewa dengan ayah dan ibunya yang langsung tidak memberi perhatian terhadapnya...sekadar memberi wang tetapi bukan kasih sayang dan perhatian...

cheng chai menjadi pelajar bermasalah kerana dia dididik dalam kondisi tanpa perhatian dan kasih sayang..hanya sekadar keperluan kehidupan yang di berikan oleh ayahnya...


A
khirnya 2 remaja tersebut menyesal dan ibu bapa mereka juga menyesal dan Cheng chai diterima semula untuk belajar...

MESEJ YANG INGIN DIKONGSI DARI DRAMA TERSEBUT.....

1.Sebiji epal kalau dah rosak jangan dibuang...tapi buang sekadar yang rosak cukuplah...SEKALI MELAKUKAN KESILAPAN BUKAN SELAMANYA SILAP,BERILAH PELUANG

2. wang dan harta bukan segala-galanya...

3.perhatian dan kasih sayang adalah amat penting...sewaktu kita mula belajar bertatih, ayah ibu sentiasa memberi dorongan dan semangat...sekali terjatuh, kita di beri kata semangat untuk terus mencuba...jika kita silap melangkah, kita diberi nasihat...tapi bila dewasa....ibuayah membiarkan kita membawa haluan sendiri..tiada lagi kata semangat...jika tersalah langkah,tiada lagi kata nasihat ataupun denda......

4. tidak silap jika kita mengatakan...anak-anak bermasalah disebabkan oleh ibu bapa mereka....ibubapa adalah segala-galanya..segala punca bermula dari ibubapa...hari ini ibu bapa terlalu mengejar harta hingga mengabaikan tugas untuk mendidik anak-anak..hanya mengharap kepada pendidikan di sekolah semata-mata..tidak hairan kes buli menjadi-jadi..merempit sana-sini..pergaulan bebas menjadi perkara biasa..solat entah kemana..aurat terdedah sana-sini

BUKAN NAK MENYALAHKAN IBUBAPA...BUKAN TIDAK MENGENANG BUDI IBU MENGANDUNG,AYAH MEMBERI NAFKAH,MENGHANTAR KESEKOLAH....TAPI HAKIKATNYA BEGITULAH........

KETAHUILAH IBU AYAH SEKALIAN...KAMI SENTIASA MEMERLUKAN KALIAN...BUKAN SEWAKTU KAMI KECIL SAHAJA...TAPI...DIMASA REMAJA DAN DEWASA INI KAMI BUTUHKAN PERHATIAN DAN TUNJUK AJAR DARIMU..KAMI MASIH PERLUKAN NASIHAT,PUJIAN,DENDA DAN LETERAN DARI MU......

sekadar perkongsian pendapat



Isnin, 1 Jun 2009

Satu Misi yang penting

Batu Berendam(Melaka),Seremban,Kota Damansara,Batang kali

Demi satu misi yang penting aku berkelana seorang diri dari bt.brendam sampai batang kali...
Alhamdulillah dipermudahkan segalanya......

perasaan bercampur baur.....tak sabar,gembira,takut......

akhirnya tibalah masa yang di tunggu.....kegembiraan berjumpa dengan adik beradik tak dapat bendung........gembira tak terkata...tapi ada sekelumit perasaan sedih dan terkilan sebab ada adik beradikku yang tak dapat bersama berkumpul...dan dikesemptan ini aku memohon maaf krn sampai ketika majlis dahpun bermula..........asif jiddan

gembira dapat berjumpa dengan adk beradik yang sekian lama tak bersua.....macam-macam cerita nak di kongsikan sampai tak lalu nak makan.......ada yang makin temban,makin kurus pun adaaaaa......yang makin cantik dan hensem pun ada jgak........huhu

akhrnya misi yang paling penting itu selesai dengan baiknya.......harap adik beradikku dapat menerimanya dengan baik dan penuh tanggungjawab.......dan yang 'dalam kenangan' jangan rasa dah boleh lepas tangan......sama-samalah kita teruskan perjuangan kita...

perjuangan dan cabaran yang kita akan hadapi jauh lebih mencabar dari sebelum ini...sama-samalah saling mengingati terutama pada diri yang amat lemah ini....
terima kasih semua adik beradikku yang banyak membantu dan membimbingku selama ini di jalan yang penuh dengan seribu satu kisah...

syukran abang2,kakak2,adik2 ku semua.......

Jumaat, 15 Mei 2009

Muktamar,AGM,Mesyuarat Agung......

salam......

semenjak dua menjak ni kebanyakan orang sibuk dengan 3 perkara tersebut..

macam-macam cerita dan isu yang timbul dari 3 perkara itu...

seribu satu kisah yang berlaku...ada yang gembira,ada yang kecewa,sedih dan ada juga yang tak rela...kenapa? ada yang main kotor,ada yang mengambil kesempatan dan ada yang di ambil kesempatan,ada yang betul2 ikhlas.......macam-macam

marilah sama-sama kita merenung satu mafhum hadis daripada rasulullah s.a.w

daripada abdul Rahman bin Samurah:
"Rasulullah s.a.w berkata kepadaku : Hai, Abdul Rahman! Janganlah kamu meminta kedudukan imarah(amanah), kerana klu kamu diberikannya padahal kamu tidak minta, maka kamu akan diberi pertolongan, tetapi jika kamu diberikan lantaran kamu meminta, maka kamu akan di bebani."
Bukhari, Muslim

ada yang gembira untuk lepaskan jawatan dan ada yang sebaliknya......
tak kurang juga ada yang tak yakin untuk menyerahkan jawatan pada generasi yang baru.....

hakikatnya yang lama perlu digantikan.........
berilah kepercayaan kepada generasi baru untuk memimpin......
insyaAllah berbekalkan kefahaman dan kekuatan tarbiah rohaniah mereka akan berjaya memikul amanah tersebut.
mereka akan matang bersama masa yang semakin bertambah........

sama-sama kita meneruskan perjuangan yang tiada penghujung ini....
sama-samalah saling mengingati antara satu sama lain......

Rabu, 18 Mac 2009

kata-kata motivasi

“A person who has a dream knows what he is willing to give up in order to go up”. Maksudnya, seseorang impikan kejayaan akan sanggup mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu. Dia akan sanggup mengorbankan perkara-perkara yang pada fikirannya tak penting lalu menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Blog iMotivasi dibina untuk merealisasikan impian seorang anak muda mahu melihat adanya panduan-panduan motivasi percuma di ruang internet. Apa pula impian Anda?
Mungkin, Anda nak jadi pelajar cemerlang, pekerja cemerlang dan berjaya atau usahawan cemerlang. Bukan sekadar usahawan cemerlang yang biasa, tapi mungkin yang paling cemerlang di kalangan usahawan-usahawan cemerlang. Walau apapun impian Anda, bersedialah mengorbankan satu perkara untuk memberi laluan kepada perkara yang lain.
Kejayaan yang membuat kita berasa benar-benar puas adalah kejayaan yang dicapai hasil titik peluh sendiri juga hasil pengorbanan-pengorbanan kita. Seorang usahawan berjaya terpaksa mengorbankan masa untuk menguruskan perniagaan, menjalankan aktiviti pemasaran dan memenuhi kehendak pelanggan. Kekadang, dia kekurangan masa untuk bersama keluarga.
Kesibukan sebegitu membuat dia terpaksa melupakan perkara menyeronokkan misalnya bersuka ria di tepi pantai atau bersantai-santai menonton DVD di ruang tamu rumah setiap kali selepas makan tengahari. Dia terpaksa lupakan tu semua buat sementara waktu, selagi dia masih belum jadi usahawan berjaya.
Seorang ibu yang mahu melihat anak-anaknya berjaya sudah tentu sanggup berkorban bangun awal pagi setiap hari, menyiapkan sarapan dan ada sesetengah ibu tunggal, keluar mencari rezeki demi sesuap nasi. Impian si ibu nak melihat anak-anaknya berjaya mendorong dia bersemangat kuat mengharungi kepayahan hidup. Itulah hebatnya sebuah impian.
Tanpa impian, kita tak akan tahu ke mana nak dituju dan arah mana untuk kita berjalan. Anda mesti set impian Anda, kerana selain kejayaan, penghormatan dan sanjungan menanti Anda di hujung sana. Biar kita susah sedikit sekarang ini, supaya kita senang banyak di masa akan datang.
Moga Anda beroleh kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan sama ada dalam kerjaya, pelajaran, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan Anda. Masa untuk bersantai-santai dah tamat. Sibukkan diri memburu impian!

salam bicara

assalamualaikum.........



bertemu kembali setelah beberapa hari tak update post baru...sebenarnya ana tak berapa rajin dalam bab2 ni dan yang berkaitan ngn komputer ni...



ana masih kat area selangor tak berkesempatan lagi untuk blk ke kelantan..minggu ni semua family ana turun ke kl trmasuk ayah n ummi utk melihat ahli baru keluarga kami..anak kepada abg sulung ana...Arwa bt Abdullah bt Hamzah..semua adik bradik ana berkumpul seramai 8 org kecuali seorang kembar ana yang berada di Mansoura Mesir...bla kami semua dpt berkumpul semua skali 9 bradik...

sa

salam

Sabtu, 14 Mac 2009

antara ujian atau musibah



salam......


ana mulakan bicara kali ini dengan mengimbas kembali kenangan yang mungkin ana sekeluarga tak dapat deletekan dalam memori kami semua..tanggal 3 jun 2008 dalam lingkungan jam 12 tgh hari......kami semua tinggal sehelai sepinggang...memang pahit untuk melalui semua itu malah untuk mengenangnya...


Allhamdulillah berkat ketabahan ayah dan ummi serta adik beradik ana kami dapat lalui satu pengajaran dalam sekolah hidup ini dengan baik..dan yang paling utama kami semua diberi kekuatan oleh DIA untuk menghadapi semua itu...dan tak lupa juga segala pertolongan dan sokongan daripada keluarga,saudara mara,jiran tetangga sahabat handai dan orang perseorangan...jasa kalian semua tak dapat kami balas..jazakallah


selepas kami semua merasai tinggal dalam khemah selama 5,6 hari alhamdulillah...malah abang ana sempat lagi berseloroh.."macam dalam tamrin plak,sambil ketawa"...alhamdulillah kami semua dah biasa dalam keadaan tamrin dan dpat melalui semua itu...selepas itu kami menyewa sebuah rumah kecil tapi agak selesa untuk kami beribadah makan dan sebagainya...memang payah untuk memulakan pasca kehidupan yang baru...dalam keadaan serba baru, masih dalam trauma bagi adik-adik ana yang melihat kejadian tersebut secara live..ummi yang kehilangan pejabat jahitannya dan seumpamanya...namun semuanya kami dapat lalui dengan bantuan kalian semua,..pakaian tak terpakai terlampau banyak,makanan pun tak termakan dan tak ketinggalan tazkirah daripada









Rabu, 11 Mac 2009

salam ukhuwah..........


ana mulakan muqadimah bicara blog ini dengan story anak buah baru ana....