Khamis, 11 November 2010

Bingkisan buat adik-adikku yang tersayang fillah

Muhammad bin Hamzah

ayah mad bersama Qosim, anak saudaranya yang paling kecil

MUHAMMAD
pertamanya sekalung tahniah diucapkan kepada satu-satunya adik lelakiku kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR...Alhamdulillah,alfun mabruk..
terima kasih Muhammad kerana dapat memberi hadiah pada kemenangan pada ISLAM, pada guru-guru dan terutamanya pada ummi dan ayah kita...
walaupun kadang-kadang kenakalanmu agak memeningkan kami semua,tetapi alhamdulillah kejayaan bersamamu...ye la,ada orang kata, bukan nama budak lelaki kalau bukan nakal, suka main bola sepak, terlampau aktif (sejak dari bayi lagi), suka kacau orang...huhu
tetapi kami BANGGA dengan MUHAMMAD ^_^
Muhammad dahulukan agama, dengarlah kata-kata ummi dan ayah..agamalah akan membimbing kita pada masa akan datang..sesungguhnya kami,kakak-kakak dan abang-abangmu pernah melalui saat ini...keliru untuk memilih, lagi-lagi bila mendapat tawaran SBP atau MRSM....tetapi, ketahuilah pilihan ummi dan ayah kita tidak pernah silap...
semoga dapat meneruskan perjuangan kakak a.k.a khadijah di MTS.
KHADIJAH HAMZAH a.k.a kakak


bittaufik wannajah 4 SPM



KHADIJAH
ini pula alkisah kakak kepada Muhammad, beza umur mereka berdua agak jauh...cuba kira, SPM dan UPSR..berapa tahun beza umur mereka....hmmmm...dalam 4 tahun bezanya..
beliau akan menduduki SPM di Mahad Tahfiz Sains (MTS) bermula 23 nov ini. Semoga kakak di permudahkan urusan dan di beri petunjuk serta hidayah untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti...semoga keberkatan 30 juz bersama mu...
kakak,buktikan bahawa pelajar agama,pelajar tahfiz + sains tulen boleh berjaya jugak...buktikan al-Quran adalah segala-galanya..semoga yang terbaik untuk kakak!
" ingatlah adik-adikku, kita hidup di dunia ini adalah sebentar cuma,
maka, agama adalah pilihan yang terbaik, cubalah sedaya upaya
membalas jasa-jasa ummi dan ayah kita yang telah banyak
berkorban pada kita semua............."