Isnin, 14 Mac 2011

Wellcome back to School!

dihadapan pintu pagar maahad yang bercat baru..cuba perhati tulisan kat atat tu..sudah boleh dibaca dengan jelas ...tak seperti sebelum ni



Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...
welicome back to school bermakna welcome back to Egypt!
akhirnya saya kembali bersekolah selepas cuti winter+cuti revolusi Mesir...
kali ini saya kembali ke MESIR menggunakan Kuwait Airways sebagai wasilah..so far alhamdulillah la,walaupun kapal sedikit bergoyang dari kapal-kapal yang saya pernah naiki sebelum ni...huhu..kesian kat siti yang 'morning sickness' setiap kali kapal nak mendarat..nak buat macam mana da murah tiketnya begitulah implikasinya..


anyway, semua perjalanan saya dan dua orang lagi budak kecik^^, siti dan aishah berjalan lancar..selamat sampai dan berjaya masuk ke Mesir dengan jayanya walaupun kitaorang tak de visa sebenarnya..

us.Toha tengah semanagt menerangkan surah at-Taubah..walaupun 5 orang je us tetap semangat!



hari pertama kembali ke sekolah ustaz toha tanye "bila sampai?" saya jawab"ghadan(esok)"...haha...baru sebulan tak guna bahasa arab...da terbelit lidah..hari pertama jugak tiba-tiba us.syaima' tebuk quran...haru...nasib baik surah al-Kahfi..saya ketinggalan 3 tajuk dengan sahabiah kedah..nasib baik tak jauh sangat kena tinggal..lepas ni kena pulun..buat masa sekarang kami berlima je yang menanggotai kelas Qiraat tahun 2..tak best rupenye belajar dengan keadaan kawan tak ramai ni..baru terasa...cepatla korang balikkkkkkkkkkkkkkk!



melayan kanak-kanak 'idadi^^


macam kebiasannya, kanak-kanak 'idadi sentiasa teruja menanyakan nama kami..nk buat macam mana tu je yang diorang pandai speaking.."whats your name?"..tu satu-satunye ayat yang diorang pandai..hilang sikit keboringan dengan melayan kanak-kanak ini berbual..






posing sakan dia^^


tu cite yang 'idadi...kalau sanawi plak...lagi power soalan diorang..huhu..layan je la..diorang teruja menceritakan muzaharat(demonstrasi) yang lepas..saya cakapla,..aku takut la tengok muzaharat haritu..diorang jawab..."kenapa kamu nak takut?...selepas revolusi ni kami merdeka..tiada dah rasuah, tiada dah kezaliman tiada dah pencuri"..sungguh bersemangat mereka menerangkan kepada saya dan sahabiah lain..kagum jugak dengan tahap keperihatinan diorang dengan masalah yang berlaku di negara mereka..mereka tahu siapa yang betul dan siapa yang salah..bukan sekadar pak turut kepada pemerintah yang zalim!..malaysia bila nak sedar!!



salah satu yang di kemaskini tulisannya

eh, lupa nak cite...maahad dah sedikit berubah sekarang...makin berseri la..banyak dinding yang di cat baru...tulisan di dinding-dinding dah bertambah ataupun sudah di kemaskini tulisannya..pagar maahad pun dah makin cantik..kesan revolusi mesir!



perkarangan maahad


bersama us.Syaima'



buat masa sekarang mansurah dalam keadaan terkawal, ok. cuma langkah berjaga-jaga diambil untuk keselamatan semua. keluar hanya untuk ke kelas dan tempat-tempat yang penting sahaja. lepas asar dah tak di galakkan keluar rumah kalau tiada kepentingan dan urusan. sekarang hanya askar yang berkuasa, polis sudah tidak ada kuasa. kereta kebal masih berkawal di jalan-jalan raya, menjaga keselamatan. bila-bila masa je muzaharat akan berlaku jika rakyat tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, so berhati-hati dan cuba elakkan berada di tempat orang berkumpul..doakan kami rakyat malaysia di bumi mesir ini selamat yek! insyaAllah , Allah telah menjanjikan dalam firmanNya...sesiapa yang masuk mesir mereka akan AMAN!.peganglah ayat tersebut!
p/s 1: jazakumullah tuk semua yang terlibat meguruskan kepulangan saya ke mesir...terutama family dan alumnai kelantan, al-quds travel..sorry memeningkan korang pasal visa kami.
p/s2:kawan-kawan cepat balikkkkkkkk...kita da x lama nk xam...25/4 ni da...doakan kita semua najah sofi dalam permusafiran kalian nanti ek!