Selasa, 26 Oktober 2010



Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerna masih lagi di beri kesempatan menjejaki kaki di ardul kinanah ini,masih menjadi salah satu nadi yang menghidupkan bumi Mansurah,..menyambung lagi pengajian yang masih menjadi tanggungjawabku buat masa ini.

Bumi Mesir,bumi Mansurah tidak banyak berubah sepanjang peninggalanku. Masih sentiasa sibuk jalan-jalannya..terutama di waktu malam..kerana sudah lama tidak biasa melintas jalan yang sibuk di mesir,aku menjadi takut untuk berbuat demikian..memerlukan masa untuk berbuat demikian dan aku pernah beberapa kali hampir dilanggar..dan yang paling mencemaskan sewaktu pulang dari maahad kelmarin dulu,nyaris –nyaris di rempuh oleh motorsikal..memang menggadai nyawa untuk melintas jalan di mesir ini..tapi alah bias tegal biasa..^_^

Menghadiri maahad Qiraat Fatayat Mansurah adalah tugas harian kecuali jumaat,bersama banat-banat I’dadi..seperti biasa,kanak-kanak kecil ramah menyapa kami pelajar Malaysia dengan soalan yang sudah mangli di telinga kami..ismakeh? (siapa nama)..kadang-kadang jenuh dan naik jemu nak menjawabnya disebabkan kami perlu melalui soalan itu setiap hari malah beberapa kali setiap hari..sambil tersenyum kami menjawab seadanya dengan nama yang pelbagai..kadang-kadang kami menjawab dengan nama buah-buahan, seperti betik,rambutan dan pelbagai lagi yang pelik-pelik..dengan niat supaya mereka susah nak menyebut nama kami dan mereka tidak akan bertanya lagi buat kesekian kalinya…huhu..macam-macam.

Memasuki pasar yang tetap meriah seperti sebelum ini..Cuma sedikit terkejut tatkala ingin membeli tomato, 8 geneh sekilo!..sebelum ini segeneh dan kalau paling mahal pun dalam 2,3 geneh..huhu..hajat untuk membeli tomato terpaksa dibatalkan..terlalu mahal kerana bukan musim dia..ammu yang menjual ikan kegemaran baitku masih tetap di gerai ikannya,ammu im yang menjual barang runcit masih murah dengan senyumannya..tidak ada perubahan..Cuma kedai yang menjual bekas polisterin dan plastik sudah tidak kelihatan,mungkin sudah berpindah..harga buah macam biasa..buah musim sejuk belum lagi kelihatan..

Kembali ke Mansurah dengan bahu yang hampir senget dek tanggunggjawab yang menanti..kembali ku dalam keadaan kurang bersedia, mental masih belum sepenuhnya bersedia..sedar-sedar diri ini sudah berada di Mansurah..masih belum bersedia meninggalkan Malaysia, terutama ummi dan ayah tersayang..tapi,insyaAllah dengan semangat yang masih ada dalam diri ini,semangat dari sahabiah ,dari rahmat DIA, hidup ini akan dapat dilalui dengan jayanya..dapat melunaskan tanggungjawab yang terpundak di bahuku ini..hidup ini sudah diatur oleh ALLAH ,tinggal kita sahaja untuk melakonkannya sambil kita terus berusaha melakonkan/melakukan yang terbaik..

Pelbagai cerita dan informasi,pengalaman serta ilmu yang aku tertinggal sepanjang aku di Malaysia.Berbagai cerita,ada yang patut dan ada yang menyesakkan dadaku..cerita yang tak perlu terlakar di bumi Mesir ini..noktah!..masalah kumpulan minoriti yang suka membuat hal..memaksa majoriti mengikut kehendak minoriti..sampai bila istilah berlapang dada dijadikan sandaran..suatu hal yang membazirkan masa, tenaga dan fulus..sekalung penghargaan dan tabik hormat kepada sahabat dan sahabiah yang bersengkang mata, berpenat lelah ,berhabis wang melalui skrip kehidupan yang sedemikian..

Moga penggal hidup kali ini adalah yang terbaik buat diriku..menjadi hamba DIA yang terbaik..menjadi anak yang meyejukkan perut ummi menenangkan jiwa ayah mengembirakan mereka..nadi penggerak agama Allah..dapat memasyikan serta menghadamkan AL-QURAN..