Rabu, 29 September 2010

Tulislah Sendiri Sejarah Kamu...

Seorang Muslim umpama seekor lebah. Segala sesuatu yang ada pada dirinya mengandungi faedah, hingga kamu boleh melihat seorang Muslim mendermakan harta yang dimilikinya dengan sepenuh hati, memberikan makanan kepada orang lain, meminjamkan buku-bukunya kepada sesiapa yang memerlukan dan ingin membacanya, menghulurkan bantuan kepada orang yang sedang ditimpa musibah, membantu orang fakir, menjenguk orang yang sedang sakit, menghormati orang tua, memuliakan orang alim, membenci orang yang berbuat anianya, ramah kepada semua orang, berperilaku baik terhadap kaum muslimin dan kerap memberikan pertolongan dengan kedudukan yang dimiliki.

pada intinya, seorang Muslim memanfaatkan umur yang dimilikinya untuk kebaikan. Segala bentuk kebaikan dan keluhuran yang mampu dilakukannya tidak akan sia-siakan. Tidak hanya itu, seorang Muslim sentiasa berusaha untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain selepas dia meninggalkan dunia, seperti mewakafkan buku-buku yang bermanfaat, menuklis buku, membina masjid, meninggalkan anak soleh yang menggantikannya, menanam pokok yang boleh berbuah dan melibatkan diri dalam mendirikan yayasan amal.

dengan demikian sama-samalah kita tulis dan cipta sejarah yang paling terbaik dalam kehidupan kita...dengan berlandaskan IMAN dan Islam...Berjuang dan ciptalah sejarah selagi termampu..

*tulisan ini dipetik dari buku 'Demikianlah masa menceritakan kepada kita' karya Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni...dan ada sedikit penambahan pada akhirnya...semoga bermanfaat untuk kita bersama