Isnin, 19 Oktober 2009

Tafaqquh fid Din part 2

5.Persoalannya, apakah rahsianya SaidinaUmar Ibnu al-Khattab r.a boleh mencapai tahap kemulian tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar Tafaqquh fid Din. Dengan Tafaqquh fid Din itulah beliau mentadbir penuh adil dan saksama. Dengan Tafaqquh fid Din itulah syaitan lari menjauhinya.

6.Amat banyak sekali teladan dan iktibar Tafaqquh fid Din yang tercatat lewat sirah hidupnya yang mewangi.Maka ambillah ia sebagai pengajaran di dalam hidup kita.Antaranya:
a.Kisah tentang beliau berkata denhan hajarul al-Aswad.
b.Kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir.
c.Kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama ALLAH.
d.Kisah beliau merubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju.
e.Kisah tentang beliau hijrah dan lain-lain.

7.Tanpa Tafaqquh fid Din, ibadah dan taqarrub yang dipersembahkan menjadi tiada makna,tiada nilai dan tiada kesan. Syaitan tidak takut dengan orang yang jahil dan dungu terhadap agamanya.

8.Mukmin yang Tafaqquh fid Din memang lebih ditakuti oleh syaitan dibandingkan dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang selok belok agama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:"Seorang faqih(orang yang faqih fid din) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang abid(orang yang banyak beribadah)."
riwayat Tirmidzi,Ibnu Majah dan al-Baihaqi