
YAKINI BILLAHI YAKINI
Isnin, 12 Mac 2012
Hidup ini memang PAYAH!

Jumaat, 25 November 2011
salam Hijrah 1433h
selamat menyambut tahun baru hijrah semua...alhamdulillah sampai jugak kita pada tahun 1433H...
walaupun kami dimesir sedikit fening dan keliru bila sebenarnya tarikh bermula tahun baru,esok atau lusa..mesir kata esok bersamaan dengan 26 nov..malaysia pulak kata lusa bersamaan 27 nov...konfius2...jalan terbaik,baca je doa akhir tahun dan awal yahun hari ni dan esok^^
semoga tahun baru ini memberi anjakan paradigma dan semangat yang baru pda diri kita untuk kearah lebih terbaik insyaAllah..
SEMANGAT BARU, AZAM BARU!
Jumaat, 2 September 2011
Sabtu, 18 Jun 2011
HATI..terlalu SATU untuk banyak perkara

Khamis, 9 Jun 2011
kembali
Isnin, 25 April 2011
30 hari berlalu...

~hadis dari Abdullah bin Abbas r.a~
“Tiadalah seseorang yang menziarahi kubur saudaranya seraya duduk di dekat kuburnya itu, melainkan penghuni kubur akan merasa senang kepadanya sehingga orang itu beranjak pergi dari kuburnya.” (H. R. Imam Abu Dawud, lihat kitab Al-Manasik jilid 2 halaman 224).
Riwayat ini menunjukkan bahwa ziarah kubur itu menyenangkan hati para ahli kubur!
24 march 2011 mesir bersamaan 25 march 2011 malaysia.
Tengah bersiap-siap untuk keluar..jam menunjukkan dalam pukul 7 lebih…sudah solat isyak..
Tiba-tiba frogy saya berbunyi(handset)…
+6014-XXXXXxX
Salam..ap khbr?blh x tepon segera
Saya berfikir nak balas ke tak..siapa la yang mesej malam-malam buta ni..ye la kan kat Malaysia sudah pukul 12 lebih..
Saya balas..
Wslm..sape ni?urgent ke?
Sejeda kemudian..
Kak..urgent
..no adik saya yang kat um tu rupanya..
Jiwa saya terus terdetik…tak sedap hati..kenapa malam-malam begini suruh telefon..
Sepupu yang kebetulan bersama turut gundah.
Ketika itu saya di rumah kawan,najmin…terus mintak nak guna internet untuk call adik saya
Sambil berdebar…buka smartvoip..mendail no adik saya..
Sekali deringan terus di angkat…
Abang sulung saya pulak yang angkat call saya..dahla tu no adik saya yang perempuan..
Bertambah cuak…
Abang saya biasa je bertanya khabar…
Sihat ke?
Bila exam?
Belajar macam mana?
Saya jawab sekadarnya sambil menahan debar…
Abang saya berhenti sekejap..
Nak bagitau ni..
Nah kena sabar eak..
Cuak tahap gaban..
“….ayah dah tak de..baru sekejap tadi…dalamkul 12 lbih waktu mesia..”
Pengakhiran ayat abang saya diakhiri dengan suara menahan tangis…
Terjeda….terkesima
Innalillah..hanya itu yang mampu di ucapkan..
Baru semalam saya bercakap dengan ayah…suara ayah ceria je..sekarang..
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
25 april 2011
Hari ini genap 30 hari ayah saya di sana..
Saat ini Saya masih tidak mampu mengekang air mata dari menitis dikala teringatkan ayah..
Masih belajar menerima hakikat
Ayah pergi dikala saya masih perlukan ayah…
Masih belajar untuk membalas jasa ayah…
Dikala saya jauh diperantauan..
Tidak dapat memberi kucupan dan lambaian terakhir..
Amat perit
Bukan tidak redha dengan takdir
Tapi masih perlukan masa untuk menerima hakikat ini..
Tempoh 30 hari saya lalui penuh payah dan pasrah..
30 hari dari hari tersebut exam final tahun 2 akan menjelang…
Cabaran ..
Mengaji je akan menangis..buka biasa-biasa tangisnye…
Tidak boleh melihat gambar ayah..sebak
Tidak boleh melihat ammu-ammu yang sebaya ayah saya…tiba-tiba jadi sebak
Tidak boleh tidur..susah untuk lelapkan mata..teringatkan ayah
Sampai tahap siang pun tak boleh tidur jugak
Tak boleh focus tuk iadah quran dan study…exam makin dekat!
Emosi turut tak stabil..
Tak lalu makan..
Lawan perasaan teruskan iadah dan study group…jazakumullah buat ahli sg saya, kalian terpaksa berkorban untuk saya…kalian banyak mengajar saya…walaupun kadang-kadang saya tak dapat focus sangat..
Ayah,
Perancangan untuk menghadiahkan 30 juz sebulan untuk ayah sedikit tergangu untuk bulan pertama ni…target saya lari ayah..maaf kalau ayah menunggu bekal khas dari anak ayah tu..pada permulaan saya tak dapat baca quran ayah…terpaksa mengalah pada tangis saya..tapi saya tetap bagi bekal setiap hari…sebab saya wajib iadah setiap hari,dan pahala iadah tu sampai secara langsung pada ayah sebab ayah yang ajar saya mengenal al-Quran…mengajar saya membaca al-Quran hingga lancar..insyaAllah bulan depan dan seterusnya saya akan ikut target.saya janji ayah!
.”Orang yang telah meninggal dunia mengetahui orang yang menziarahi kuburnya. Nabi SAW bersabda:
(ما من أحد يمربقبر أخيه المؤمن كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا عَرَفَهُ ورد عليه السلام)
“Tidak seorang pun melewati kuburan saudaranya yang mukmin yang dia kenal selama hidup di dunia, lalu orang yang lewat itu mengucapkan salam untuknya, kecuali dia mengetahuinya dan menjawab salamnya itu.” (Hadis Shahih riwayat Ibnu Abdul Bar dari Ibnu Abbas di dalam kitab Al-Istidzkar dan At-Tamhid).”
Ayah,
Sekarang kita masih berhubung…Cuma tak macam dulu-dulu je…kita tak dapat dengar suara masing-masing kan..
Ayah,saya ada baca beberapa hadis…sekarang hubungan kita ada dua jenis..pertama hubungan dengan doa..dua,hubungan dengan menziarah rumah baru ayah(kubur).Alhamdulillah sekarang kita sentiasa berhubung dengan doa dan al-Quran.
Ayah,
Saya tak sabar nak nak lakukan hubungan yang satu lagi…ziarah rumah baru ayah..dalam hadis tersebut ada menyebut..kalau seseorang menziarahi kubur seseorang…simati dapat melihat si penziarahnya..
Saya tak sabar nak ziarah ayah…walaupun saya tak akan Nampak ayah..cukuplah ayah Nampak saya..
Cukuplah setakat ini untuk kali ini..
Ayah,saya akan cuba dan lakukan yang terbaik untuk exam final ini..
Tak sabar nak balik Malaysia
Nak ziarah ayah!
Al-fatihah
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu
Yang akan terus mencintaimu!
Fatanah binti Hamzah
Mansourah,Egypt
25 april 2011
p/s:jazakumullah ahli beit saya, yang banyak memahami diri ini..di saat serabut dan emosi tak stabil
buat ahli sg saya semua…
buat sahabiah semua…terutama Qiraat tahun 2
buat seluruh sahabiah saya…seluruh pelusuk tempat…atas semangat dan doa dari kalian
buat para syeikh dan mudirah mahad..atas doa,semangat dan perhatian kalian
Jumaat, 1 April 2011
Selamat berehat ayah!

ayah...sudah seminggu ayah di sana..insyaAllah ayah ok kan,ayah rehat2 dan tenang2 je kan..
ayah,
maaf jika air mata yang masih mengalir hingga ke hari ini dikala teringatkanmu, menyakitkanmu serta tidak disukaimu..sedih itu fitrah ayah..
bagiku ayah, mu tidak pernah mati..orang-orang yang penuh cinta dan kasih sayang tidak akan mati meskipun jasadnya telah tiada didunia ini..dalam agama kita, nabi MUHAMMAD memang wafat pada 14 abad yang lalu. Tetapi baginda tidak pernah meninggalkan ummatnya walau sedetik pun. Baginda bersemayam disetiap hati ummatnya yang mencintai dan merindukannya. Kerana ajaran dan petunjuknya dan kasih sayang kepada ummatnya, maka ummatnya tidak pernah melupakan baginda.
ayah sentiasa tetap di hati ini..
sebuah buku mengungkapkan..."hidup ini melampau keterbatasan usia dan fizikal..mereka yang berjasa akan dikenang sepanjang masa..siapa yang berjasa kepada kita?..ayah dan ibu kita..Itu maksudnya, selama kita mencintai dan mengenang kebaikan2nya, mereka masih hidup dihati kita..ayah! kamu masih hidup di hati ini!
ayah,
walaupun diri ini menghantar bekal yg tak seberapa kpd ayah, insyaAllah anakanda yakin ayah tenang dan ok di sana dgn rahmat Allah dan dgn apa yg ayah lakukan masa kt sini sebelum ni..
ayah,
meskipun anakanda terkilan kerana tak sempat menggembirakan hati ayah dan tak sempat meringankan beban serta tak sempat bagi ayah kerehatan kt sini..tapi anakanda yakin ayah gembira, rehat2 dan ringan2 je kt sana kan..InsyaAllah kami akan jaga umi dengan sebaiknya ayah..
insyaAllah anakanda kan belajar bersungguh2 untuk merialisasikan kejayaan untuk ayah!kerana ape yang anakanda belajar sekarang adalah salah satu permintaan dari ayah untuk pilih bidang ini...baru sekarang anakanda mengerti kenapa ayah beria-ria memujuk diri ini untuk teruskan pengajian dalam bidang ini...jazakillah ayah!
selamat berehat ayah!
al-fatihah
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'anhu
yang sentiasa mencintaimu!
fatanah,mansurah..egypt.
