Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan......sebuah kenangan terindah 2

menonton siaran langsung solat sunat taraweh dari masjidil haram menggamit kenangan menjalani Ramadhan di Tanah Haram......

antara aktiviti yang sempat dilakukan sepanjang Ramadhan di tanah haram...

selepas sahur,solat subuh di masjid.......
disebabkan selalu mengantuk selepas solat subuh,aku dan kembar mengambil inisiatif untuk menunaikan umrah setiap kali lepas solat subuh...
dan bermula misi kami..seusai solat subuh setiap hari..kami berdua menaiki bus dengan tambang sebanyak 2riyal ke Tan'em untuk niat UMRAH di masjid Saidatina Aishah...baliknya kami biasanya menaiki van dan tambangnya adalah sama....sesampai di masjidilharam kami terus tawaf..biasanya semasa tawaf kami masih lagi bersama...dan hanya ketika sair aku dan kembar biasanya bawa haluan masing2..dia biasanya tak akn terus siapkan sairnya..sair 2,3 round dia tido...aku bersendirian meneruskan sair hingga selesai,bertahallul dan seterusnya pulang berseorangan ke tempat penginapan...mula2 tak biasa dan takut jgak jalan berseorangan,tapi lama-lama dah jadi biasa..

rehat sekejap sebelum ke masjid semula untuk solat zohor dan asar...selepas solat asar,klu berkesempatan ku mengikut abang2ku membeli bahan masakan untuk iftor...dan selepas tu memasak bersama umi dan menyiapkan air milo susu satu termos untuk dibawa kemasjid dan diagihkan kepada jemaah sewaktu iftor nanti...

setiap hari aku dan ummi membawa 1 termos air milo susu,sedikit roti dan 2 bekas tamar rutob untuk diagihkan kepada jemaah untuk iftor....
untuk membawa masuk air dan makanan,terlebih dahulu diperiksa oleh askar di pintu masjid..
hanya air dan kurma yang dibenarkan..termosku juga dicheck,ape yang ada dalam termosku..kerana biasanya tok2 arab bawa syai dan gahwah je...maka aku nagn ummi terpaksa bersoal jawab dulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid...baru lepas satu step...lepas tu aku akn berulang alik memunggah masuk roti plak..nasib bek pakai telekung sembahyang,boleh sorok roti2...hehe..then,bermula tugasku mengagihkan air,rutob dan roti kepada jemaah berdekatan kami...aku pernah ditegur oleh jemaah dari malaysia.."dah berapa lama kerja kat sini?"aku tersenyum..makcik tu sangka aku ni orang Indon yang kebanyakan jadi BIBIK pada tok2 arab....huhu..ada rupa kut aku jadi bibik ek..

selepas iftor dan solat mgrib,kami pulang untuk makan makanan berat...then ke masjid semula untuk solat insyak n teraweh...
pada sepuluh akhir ramadhan diadakan solat tahajud berjemaah di massjidilharam...alhamdulillah aku sempat merasainya...tapi macam2 ragam manusia ada time 2...jemaah semakin ramai membanjiri tanah haram untuk bersama-sama khatam QURAN dalam solat sunat taraweh..time tahajjud aku terpaksa bersindirian ke masjid...biasanya ummiku qiam di rumah sahaja...

dikesempatan masa dan peluang yang ada kami sempat menziarahi tempat2 bersejarah..antaranya Hudaibiyah,mina,gua Hira' dan banyak lagi..aku juga diberi peluang oleh Allah untuk menjejaki kaki di THOIF,negeri yang mana penduduknya pernah mencerca NABI MUHAMMAD serta menghalau dan menyakiti nabi sehingga badan nabi cedera....di Thoif kami sempat ke tanah tinggi,melawat pasar borong dan berkunjung ke masjid salah seorang perawi hadis terkenal..lupa dh namanya..

alhamdulillah kami dapat sama-sama mengaminkan doa khatam yang didoakan oleh imam AS-SUDAIS...dapat menyambut 1 syawal di tanah haram..di sana hari raya hanya sehari..2 syawal terus puasa enam..alhmdulillah kami raya puasa enam di MAKKAH..disebabkan kami balik selepas raya,kami berempat balik sindirian..jemaah travel dah pulang sebelum raya lagi..hanya kami berempat orang melayu dalam pesawat dari jeddah ke DOHA...dari DOHA ada kami ditemani orang INDON...

SEMOGA IBADAH UMRAH DAN IBADAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN ITU DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

MOGA KAMI MASIH LAGI BERPELUANG MENJADI TETAMU MU YA ALLAH

secebis kenangan dari tanah haram..banyak lagi kenangan di bumi barakah itu
ku sentiasa merindui saat2 beribadah disana

Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan......sebuah kenangan terindah 1

alhamdulillah pada tahun 2003, seminggu selepas exam PMR, aku telah diberi peluang serta menyahut seruan Allah untuk menunaikan ibadah UMRAH...pemergianku bersama ayah ummi dan kembarku adalah untuk menunaikan umrah serta menyambut RAMADHAN padatahun itu di TANAH HARAM...

bermula perjalan cinta Allah.....
dari airpot pengkalan chepa menuju KLIA dengan pesawat MAS...
dari KLIA dengan QATAR airways transit di DOHA selama lebih kurang 8 jam..
then dari DOHA terus ke JEDDAH..
sampai di JEDDAH awal pagi,kami disambut oleh abangku yang sedang menuntut di U.UMMUL Qura,MAKKAH..
dari JEDDAH rombongan kami menaiki bas ke MADINAH..

kami sampai di MADINAH AL-MUNAWWARAH x clap kul 3 pg...kami sekeluarga tidak tinggal bersama rombongan...kami hanya membayar kos pengankutan pd travel...penginapan kami uruskan sendiri...untuk mencari penginapan kami terpaksa menaiki teksi...dan buat pertama kali aku naik CAMRY...teksi CAMRY..
Selepas mengemas barang2,kami makan ala kadar...then rehat sekejap...
kul 4 pg lebih,kami bertolak ke MASJID ANANABAWI untuk solat subuh...disebabkab kami lambat...walupun sebenarnya kami pergi sebelum azan berkumandang lagi...aku dan ummi terpaksa bersesak2 untuk mendapat ruang untuk solat...tupun dapat tempat yang tak berkarpet...orang lain datang lebih awal...aku yang masih termanggu2 mengikut sahaja gerak langkah ummi...selesai solat subuh,baruku merasai aura Masjid NABI ini..aura MADINAH...kenangan selama 3 hari di MADINAH amat manis,bernilai...
selama 3 hari itu kami sempat berdoa RAUDHAH,solat di masjid QIBLATAINI dan banyak lagi...

kami bertolak ke Makkah selepas solat Zuhur diambang 1 RAMADHAN..
singgah di BIR ALI untuk niat UMRAH dan berihram...
perasaan bercampur baur untuk sampai di MAKKAH...untuk melihat KAABAH...dan untuk pertama kalinya menunaikan UMRAH...
Semasa singgah untuk makan,,,aku sempat menonton siaran langsung solat sunat taraweh yang diimamkan oleh Abdulrahman AS-SUDAISY...
perasaan untuk sampai ke Makkah makin melonjak...

AKHIRNYA....
sampai juga kami di MAKKAH AL-MUKARRAMAH...
dikejauhan ku melihat MASJIDILHARAM.....tak sabar nak melihat dengan dekat
sebelum berUMRAH kami mengankat bagasi kerumah yang kami sewa....
untuk pengetahuan kami sewa sebuah bilik la lebih kurang..dilengkapi dapur,peti ais..
rumah yang kami sewa terletak di atas bukit..pertama kali nak mendakinya terasa jugak penat...lama-lama dah jadi perkara biasa...

selepas mengemas barang2 aku bersama umi ayah dan 2 orang abangku mengisi perut dahulu sebelum menunaikan UMRAH..kami makan roti cecah kari kambing..

then bermulalah...
kami masuk melalui BABUSSALAM...kami terpaksa merentasi orang ramai yang melakukan sair...
LASTLY...
TERSERGAM GAH KAABAH di depan mataku...lain seperti yang dilihat didalam gambar2...
manusia berpusu2 tawaf..
dengan bimbingan abang dan ayah ku memulakan tawaf...mula2 terasa kaku tapi akirnya2 ok..seusai solat sunat selepas tawaf kami menuju ke tempat sair...selepas 7 pusingan dan bertahallul selesailah UMRAH pertamaku...

aku melalui sebulan RAMDHAN pada tahun itu di MAKKAH...
SUNGGUH BERMAKNA RAMADHAN ITU...
kami beribadah tanpa ganguan tanpa rintangan...
iftor,teraweh,tadarus,umrah,ziarah,tawaf sunat,dan sebagainya....
aku dan ummiku selesa masuk ke masjidilharam melalui bab MADINAH..kebanyakannya jemaah di ruang solat itu adalah orang malaysia...bukan tak nak bergaul dengan jemaah dari negara lain...tapi kami tak nak ibadah tergangu dengan pelbagai karenah mereka..

suasana RAMADHAN di MAKKAH berbeza...penduduk meraikan kedatangan ramadhan dengan penuh meriah...mereka tidak tidur sepanjang malam...suasana malam,suasana ramadhan penuh meriah,warna warni..mereka berlumba-lumba bersedekah....tapi ada juga yang tak berpuasa...

bersambung................

Isnin, 24 Ogos 2009

HATI

Kita Kena Mulakan Dari Hati

Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda jug. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif.

Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.