Rabu, 9 Disember 2009

Tafaqquh Fid Din Last

11.Ayuh kita tingkatkan kefahaman kita di dalam kehidupan beragama. Selalulah memohon kepada Allah agar dikurniakan Tafaqquh fid Din sebagaimana yang telah dikurniakan-Nya kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia.

12.Hanya dengan Tafaqquh fid Din, barulah Allah s.w.t akan memberi nilai yang tinggi pada ibadah dan taqarub yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w bersabda:'Sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, dan sebaik-baik ibadah ialah al-Fiqh (memahami agama)". riwayat Imam Bukhari

Daripada Saidina Ali bin Abi Talib r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Mahukah kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih." Jawab para sahabat, "baiklah," Sabda Nabi:"Iaitu orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan dia tidak benci kepada al-Quran. Ketahuilah olehmi, tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh , dan tidak ada kebaikan pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada(kebaikan) pada bacaan al-Quran tanpa tadabbur (penghayatan)." (dari saidina Ali)

rujuk: us.Abdullah yasin-aN-Nida'
majalah anis oktber 09

p/s: ana menyeru diri sendiri dan sahabiah semua untuk kita rebut peluang tafaqquh yang kita ada sekarang ini..moga diri ini dikuatkan semangat tuk thabt dalam menuntut ILMU..