Jumaat, 21 Januari 2011

Kita(MALAYSIA) dan TUNISIA...apa bezanya ek??

sempena isu hangat Dunia sekarang, saya terpanggil untuk memberi komentar terhadap isu Tunisia. Tapi ini sekadar komentar peribadi saya yang tidak hebat ilmunnya berbanding orang lain.

saya telah membaca pelbagai berita dan pendapat dari pelbagai sumber mengenai kajatuhan pemerintahan BEN Ali.

dan beberapa hari lepas saya ada mengikuti segmen ISU SEMASA yang disiarkan oleh radio ikim.fm.

so,apa yang saya dapat simpulkan dari sisi pandangan saya adalah seperti berikut,

kejatuhan pemerintahan itu berlaku di sebabkan:

  • penduduk tidak puas hati apabila seorang pemuda yang merupakan penjual bertindak membakar diri disebabkan memprotes pihak penguat kuasa yang menyita gerai beliau, dan tindakan penguat kuasa itu lebih kepada kepentingan mereka.
  • penduduk tidak puas hati apabila pemerintah gagal mengekang kenaikan mendadak harga barang keperluan asas.
  • Tunisia merupakan antara negara terkaya di benua Afrika, tetapi kekayaannya tidak di agihkan secara seimbang, yang kaya terus kaya yang miskin terus melarat.
  • pemerintahan BEN Ali bagus untuk segi pendidikan tetapi mereka gagal menyediakan keperluan pekerjaan yang secukupnya.
  • kita nampak dari luar TUNISIA adalah negara yang stabil, tetapi hakikatnya sebaliknya.
  • selepas Ben Ali dilantik menjadi presiden, beliau menjadikan jawatan beliau adalah jawatan seumur hidup.
  • beliau mencipta undang-undang untuk melindungi diri beliau.
  • menjadikan negara Tunisia sebagai negara POLIS, dengan memperuntukkan sebanyak 2 % dari seluruh bilangan penduduk Tunisia yang bekerja sebagai polis, padahal Tunisia adalah sebuah negara yang kecil. ini untuk membolehkan beliau menguasai rakyat dengan kuasa polis.
  • terlalu banyak penyelewang kuasa pada zaman pemerintahan beliau.
  • tidak membenarkan menyimpan janggut, Wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat awam, untuk solat di masjid setiap jemaah perlu memiliki kad untuk solat.
  • beliau memerintah selama 23 tahun secara kuku besi, tiada pelapis.
  • tiada kebebasan untuk bersuara
  • pemerintahan beliau disokong oleh Amerika dan Perancis.

cuba renung dan fikir-fikirkan balik, apa bezanya Tunisia dan Malaysia.

macam banyak je persamaan kan!

p/s:walaupun pemerintahan Ben Ali sebelum ni disokong oleh Perancis, tapi beliau dihalang untuk melarikan diri kesana...huhu

p/s:sampai bila kerajaan sekarang nak berubah ek! ke nak tunggu rakyat memberontak dulu!