Sabtu, 6 Jun 2009

Safar ke Kedah

semalam kami sekeluarga telah musafir ke kedah..

dalam misi untuk menghadiri walimah saudara dan menziarahi saudara mara di sana.

pasir puteh,jeli,tasik banding...singgah di masjid kat kupang Baling..trus masuk tol gurun dan keluar ke Alor Star(u).

dah lama tak berpeluang datang ke kedah...stakat PAS menjadi pemerintah di negeri ni,ni la baru berkesampatan...walaupun keluarga sentiasa je safar ke sini..

dh lama rindu kat ayaq kopi cecah roti empat sagi...huhu

hari ini kami akan teruskan misi kami..

moga-moga safar kami diberkati Allah...

p/s:pak de,bila nak update blog...nanti kami cite pasal umah kita..
do da best for xam...

Rabu, 3 Jun 2009

SETAHUN TELAH BERLALU

Sedar tak sedar hari ini dah cukup setahun tragedi kebakaran rumah kami sekeluarga


pada tanggal 3 jun 2008........dalam lingkungan jam 12.00 tengah hari


bermula dari saat itu kami memulakan pasca kehidupan yang baru


pagi tadi aku berkesempatan menziarahi dan menjenguk tapak rumah yang terbakar.

Rangka rumah yang masih bersisa masih kelihatan....garaj kereta yang sempat diselamatkan

oleh ahli bomba masih teguh berdiri..menjadi satu-satunya tempat yang boleh dibuat berteduh.

Selain itu yang masih dapat dilihat...tangga dan bilik air.


Masih segar diingatan,keadaan rumah sebelum terbakar..jelas..satu persatu..dalam kenangan..


keadaan persekitaran rumah jauh berbeza dari setahun yang lepas...semak samun tumbuh meliar..pokok buah-buahan seakan merajuk dan masih berkabung..tak berbunga apatah lagi untuk berbuah.Yang berbuah pun hanya pokok cempedak ….tu pun tak sempat dimakan oleh tuannya..semuanya menjadi rezeki tupai yang bermaharajalela.


Hati kita boleh diumpamakan seperti keadaan persekitaran rumah yang terbakar tersebut....kalau tidak dijaga..tidak diisi dengan tarbiah dan perkara yang sepatutnya....sama-sama kita renungkan....


Alhamdulillah saat ini kami sekeluarga masih lagi diberi peluang untuk bermusafir dimuka bumi ini untuk mengumpulkan bekalan dihari kemudian...YA ALLAH bantulah kami..bimbinglah kami..tunjukkanlah jalan yang lurus..


Alhamdulillah rumah kami telah siap dibina..cuma belum siap 100% lagi...sekarang dalam proses untuk menyempurnakan rumah tersebut...mengecat,membuat pagar,dan banyak lagi yang masih belum siap.


Dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan setinggi kesyukuran dan terima kasih terutamanya kepada TUAN kami yang banyak membantu kami memulakan pasca kehidupan serba baru ini..


tak lupa juga kepada saudara-mara,jiran tetangga serta semua masyarakat yang membantu kami untuk bertatih semula memulakan hidup baru...makanan,pakaian,tempat berteduh,wang ringgit serta tazkirahdan kata-kata semangat kami terima dengan banyaknya..


dan kepada para sahabat dan adik beradikku yang menjadi penguat semangat dan membantuku untuk terus kuat meneruskan kehidupan ini...



Selasa, 2 Jun 2009

sebiji epal....kalau dah rosak............


m
inggu lepas aku berkesempatan menonton sebuah drama cina dari Singapore kat ntv7.....
tu pun dah dekat nak abis...dalam setengah jam terakhir....tak tau pun ape tajuk drama tu...

tapi aku amat tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan melalui drama tersebut.

drama tersebut berkisar mengenai kehidupan 2 remaja lelaki disebuah sekolah menegah.
(sekadar yang aku faham dalam tempoh setengah jam 2 la........)
seingat aku remaja tersebut bernama cheng chai dan ah fu.cheng chai adalah pelajar yang bermasalah di sekolahnya..selalu buat hal dan bukan pelajar yang pandai..pengetua sekolah mengumpamakan cheng chai seperti sebiji epal yang telah rosak.bagi pengetua tersebut,sebiji epal kalau dah rosak maka epal itu tak berguna lagi dan epal itu tidak dapat tidak mesti di buang........
akhirnya cheng chai telah di buang dari sekolah....

manakala ah fu pula adalah seorang pelajar yang asalnya tidak bermasalah......tapi lama kelamaan dissebabkan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa, dia menjadi remaja yang bermasalah..berkawan dengan cheng chai dan mula melakukan kegiatan mencuri bersama cheng chai....ah fu mempunyai seorang adik lelaki di sekolah rendah...

diringkaskan cerita.......

peleraian drama ini bermula dengan kisah adik ah fu dituduh mencuri duit mak cik kantin di sekolahnya..ibu dan ayah ah fu mengamuk dan merotan adik ah fu..ayah ah fu bertanya pada budak itu "tidak cukup lagi ke kemewahan yang kami beri pada kamu?".........dalam keadaan menagis teresak-esak adik ah fu menjawab..saya kumpul duit tu untuk membeli masa ayah dan ibu supaya dapat menonton persembahan saya di sekolah ....barulah mereka sedar akan kesilapan mereka selama ini........

selepas itu ayah ah fu mendapat panggilan telefon mengatakan anaknya ditangkap kerana mencuri bersama cheng chai...dalam masa yang sama dia ada meeting yang amat penting...antara anak dan harta/kerjaya...demi memikirkan sudah banyak dia membuat kesilapan terhadap anak2nya dia sanggup meninggalkan meting tersebut dan dia terus dibuang kerja...sebelum kejadian tersebut ayah ah fu telah membaca luahan hati ah fu mengenai ibu bapanya....ah fu kecewa dengan ayah dan ibunya yang langsung tidak memberi perhatian terhadapnya...sekadar memberi wang tetapi bukan kasih sayang dan perhatian...

cheng chai menjadi pelajar bermasalah kerana dia dididik dalam kondisi tanpa perhatian dan kasih sayang..hanya sekadar keperluan kehidupan yang di berikan oleh ayahnya...


A
khirnya 2 remaja tersebut menyesal dan ibu bapa mereka juga menyesal dan Cheng chai diterima semula untuk belajar...

MESEJ YANG INGIN DIKONGSI DARI DRAMA TERSEBUT.....

1.Sebiji epal kalau dah rosak jangan dibuang...tapi buang sekadar yang rosak cukuplah...SEKALI MELAKUKAN KESILAPAN BUKAN SELAMANYA SILAP,BERILAH PELUANG

2. wang dan harta bukan segala-galanya...

3.perhatian dan kasih sayang adalah amat penting...sewaktu kita mula belajar bertatih, ayah ibu sentiasa memberi dorongan dan semangat...sekali terjatuh, kita di beri kata semangat untuk terus mencuba...jika kita silap melangkah, kita diberi nasihat...tapi bila dewasa....ibuayah membiarkan kita membawa haluan sendiri..tiada lagi kata semangat...jika tersalah langkah,tiada lagi kata nasihat ataupun denda......

4. tidak silap jika kita mengatakan...anak-anak bermasalah disebabkan oleh ibu bapa mereka....ibubapa adalah segala-galanya..segala punca bermula dari ibubapa...hari ini ibu bapa terlalu mengejar harta hingga mengabaikan tugas untuk mendidik anak-anak..hanya mengharap kepada pendidikan di sekolah semata-mata..tidak hairan kes buli menjadi-jadi..merempit sana-sini..pergaulan bebas menjadi perkara biasa..solat entah kemana..aurat terdedah sana-sini

BUKAN NAK MENYALAHKAN IBUBAPA...BUKAN TIDAK MENGENANG BUDI IBU MENGANDUNG,AYAH MEMBERI NAFKAH,MENGHANTAR KESEKOLAH....TAPI HAKIKATNYA BEGITULAH........

KETAHUILAH IBU AYAH SEKALIAN...KAMI SENTIASA MEMERLUKAN KALIAN...BUKAN SEWAKTU KAMI KECIL SAHAJA...TAPI...DIMASA REMAJA DAN DEWASA INI KAMI BUTUHKAN PERHATIAN DAN TUNJUK AJAR DARIMU..KAMI MASIH PERLUKAN NASIHAT,PUJIAN,DENDA DAN LETERAN DARI MU......

sekadar perkongsian pendapat



Isnin, 1 Jun 2009

Satu Misi yang penting

Batu Berendam(Melaka),Seremban,Kota Damansara,Batang kali

Demi satu misi yang penting aku berkelana seorang diri dari bt.brendam sampai batang kali...
Alhamdulillah dipermudahkan segalanya......

perasaan bercampur baur.....tak sabar,gembira,takut......

akhirnya tibalah masa yang di tunggu.....kegembiraan berjumpa dengan adik beradik tak dapat bendung........gembira tak terkata...tapi ada sekelumit perasaan sedih dan terkilan sebab ada adik beradikku yang tak dapat bersama berkumpul...dan dikesemptan ini aku memohon maaf krn sampai ketika majlis dahpun bermula..........asif jiddan

gembira dapat berjumpa dengan adk beradik yang sekian lama tak bersua.....macam-macam cerita nak di kongsikan sampai tak lalu nak makan.......ada yang makin temban,makin kurus pun adaaaaa......yang makin cantik dan hensem pun ada jgak........huhu

akhrnya misi yang paling penting itu selesai dengan baiknya.......harap adik beradikku dapat menerimanya dengan baik dan penuh tanggungjawab.......dan yang 'dalam kenangan' jangan rasa dah boleh lepas tangan......sama-samalah kita teruskan perjuangan kita...

perjuangan dan cabaran yang kita akan hadapi jauh lebih mencabar dari sebelum ini...sama-samalah saling mengingati terutama pada diri yang amat lemah ini....
terima kasih semua adik beradikku yang banyak membantu dan membimbingku selama ini di jalan yang penuh dengan seribu satu kisah...

syukran abang2,kakak2,adik2 ku semua.......