Khamis, 8 Oktober 2009

TAFAQQUH FID DIN part 1

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang Allah inginkan agar ia
menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan
dia dalam (urusan) agama."
hadis sahih Muttafaq Alaihi

1.
Berdasarkan hadis di atas, nabi SAW memberikan penjelasan bahawa orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang tafaqquh dalam agamanya.

2.Maksud Tafaqquh fid Din ialah Allah SWT menganugerahkan kefahaman agama yang mendalam dan meluas kepadanya.

3.Lihat jawapan Nabi SAW kepada para sahabat yang bertanyakan berkenaan insan yang mulia. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW pernah bertanya: siapakah orang yang paling mulia?" Jawab baginda, "Orang yang paling bertakwa." Kata mereka,"Bukan tentang itu yang kami tanyakan. "Baginda menjawab, "manusia yang paling mulia ialah Nabi Allah bin Allah, Nabi Allah bin Khalil Allah iaitu Yusuf bin Yakqub bin Ishak bin Ibrahim SAA."kata mereka, "Bukan tentang ini yang kami tanyakan." Jawab Nabi SAW, "Oh! kalau begitu, tentang siapakah orang arab yang paling mulia yang kamu ingin tanyakan kepadaku? Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu pada masa jahiliyah, dia jugalah yang paling mulia di antara kamu di dalam Islam sekiranya dia Tafaqquh fid DIN." (Riwayat Bukhari)

4.Sepanjang pembacaan sirah para khulafa mahupun sekalian sahabat Nabi SAW, agak kita siapakah yang tampakketara kemuliannya sebelum dan selepas keIslamannya? Siapa lagi susuk tubuh itu kalau bukan Syidina Umar Ibnu al-Khattab r.a. Beliau adalah orang yang paling digeruni semasa jhiliyahnya. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan.




















'









Selasa, 6 Oktober 2009

Bingkisan dari Mansoura

Alhamdulillah akhirnya kedua belah kaki ana berpijak jua di ardul kinanah Mesir pada 30 september 2009 lebih kurang kul 2 ptg lebih waktu Mesir.......
seterusnya Mansoura......

secara keseluruhannya ana dapat katakan disini....alhamdulillah seronok berada di Mansoura ini....
ketakutan dan kesedihan dapat dikurangkan dengan bantuan oleh kakak2 dan sahabat2 PMRAM dan DPM yang banyak membantu ana dan rakan-rakan lain sepanjang kami berada di sini..

dan berbanyak terima kasih pada kakak musyrifah yang terlalu banyak membantu kami dan menjadi pengiring kami kemana saja kami pergi....dan menjadi tempat kami pinjam duit dan sebagainya....huhu

sepatutnya kelas kami dah bermula pada sabtu lepas,3 okt.....tapi atas masalah dan urusan yang belum selesai kami akan memulakan kelas pada 10 okt ni insyaAllah....
semalam kami sempat jaulah ke maqam2 auliya'i sekitar mansoura.....

banyak cerita nak dikongsikan.....tapi len kali la ek....

doakan ana dan sahabat len dikuatkan semangat sepanjang berada di sini dan dipermudahkan segala urusan dan dipermudahkan pembelajaran...

sesiapa nak berhubung dengan ana,boleh guna no ni....

+20113591782