Sabtu, 11 Julai 2009

TARBIYAH

JENIS2 TARBIYAH

Baru-baru ni ada seorang adik seperjuanganku meminta aku meneragkan serba sedikit mengenai jenis-jenis tarbiyah yang berikut….
Aku yang bukan fakih sangat mengenai ilmu tarbiyah tersebut sekadar dapat memberi penerangan serba sedikit…

Ape yang akan aku kongsi pada post kali ini moga-moga dapat menambah lagi sedikit kefahaman dan pengetahuan kepada adikku khususnya dan kepada kita semua amnya..

Tarbiyah merupakan aspek terpenting dalam sesebuah gerakan Islam di seluruh dunia.
Tanpa tarbiyah ahli gerakan Islam tidak terarah ke satu matlamat yang telah menjadi dasar dalam perjuangan.ALLAH matlamat hidup, RASUL contoh teladan dan ikutan,
AL-QURAN sebagai perlembagaan, JIHAD adalah cara hidup dan mati pada jalan Allah….dan kita semua adalah ahli gerakan Islam,pejuang agama Islam….

Tarbiyah-tarbiyah berikut……….yang diperlukan bagi setiap ahli gerakan Islam

1.Tarbiyah Ruhiyyah
Iaitu menjana satu program berbentuk kerohanian seperti Qiamullai sesama ahli
Yang dilakukan di masjid, surau, rumah-rumah ahli secara bergilir, ia bartujuan
Bagi melahirkan keseimbangan jasmani dan rohani ahli dalam menghadapi kepel-
Bagaian tekanan dan tribulasi hidup.

2.Tarbiyah Jasadiyyah
Mengadakan sukan bersama dengan memelihara akhlak seperti berseluar panjang
Dan pada waktu-waktu yang sesuai hingga tidak menghalang ahli untuk bersolat
Jemaah di masjid atau surau, kemudian mengadakan sesi tazkirah ringkas yang
berhubung dengan konsep sukan menurut kaca mata Islam dan sebagainya. Ia
pernah diemplementasikan oleh Imam Hasan al-Banna sendiri.

3.Tarbiyah 'Aqliyyah/Fikriyyah
Ia lebih kepada kemampuan cara berfikir ahli yang dilatih tubi untuk menyelesaikan masalah umat Islam dan manusia sejagat, seperti penyelesaian atau punca kepada penularan virus A H1N1 kesan dan risiko kepada manusia, pandangan Islam mengenainya.

4.Tarbiyah Jihadiyyah
Iaitu satu bentuk tarbiyah yang memahamkan ahli kepada kesungguhan dalam beramal, berdakwah, menjadi rujukan masyarakat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan, kerana setiap ahli itu menjadi role model kepada masyarakat yang sentiasa diberi kepercayaan dalam sesuatu kehidupan bermasyarakat.

5.Tarbiyah Imaniyyah
Iaitu mendidik ahli agar memiliki keimanan yang padu dan jitu dengan dengan menjauhi segala perkara yang melibatkan bidaah, khurafat, tahayul, syirik dan penentangan terhadap hukum-hakam Allah SWT secara terang. Ahli perlu tahu bahawa iman boleh naik dan turun. Justeru, keadaan sentiasa berjemaah akan menjauhkannya daripada terjebak dalam iman yang sentiasa menurun. Pada masa yang sama memelihara rukun-rukun iman yang enam disamping memperkukuh kefahaman 'Aqidah Ahlus Sunnah wal jamaah.

6.Tarbiyah Akhlakiyyah
Setiap ahli adalah disaran agar memelihara akhlak terutama akhlak terhadap Allah, Rasul, al-Quran, Sunnah baginda Rasulullah s.a.w, terhadap kedua ibubapa dan mereka yang lebih tua selagi mana tidak mengarah kepada maksiat dengan menentang syariat Islam.

7.Tarbiyah 'Ilmiyyah
Iaitu merekrutkan ahli dengan segala bentuk bahan ilmu yang diperlukan, terutamanya ilmu-ilmu alat.Ilmu-ilmu syariah Islam dan Usuluddin.

SUMBER DARI US.ZAINUDIN HASHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan