Sabtu, 3 Julai 2010

Baarakallahulakum

selamat pengantin baru Lutfan dan Anida

semoga berbahagia hingga ke syurga

bestnyer...nampak ummi...huhu...rindu bangat


selamat pengantin baru k.ayu dan us.mud



alfun mabruk..semoga berbahagia hingga ke syurga


hmmm...pasni tunggu k.cik plak ek...jgn lupa gambar tuk orang di mesir ..
baarakallahulakuma di ucapkan kepada ngoh(lutfan) dan anida serta k.ayu dan us.mud.

Isnin, 28 Jun 2010

Selamat Datang orang Baru

selamat datang orang baru...a.k.a Muhammad al-Fateh ll
beliau telah selamat menjejaki alam dunia pada 27 jun 2010 bersamaan tarikh ulang tahun abangnya Muhammad a.k.a Muhammad al-Fateh l....MasyaAllah
selamat dilahirkan pada jam 11.15 mlm dengan seberat 3.3 kg.

alfun mabruk kepada abg Man dan k.Ayu...^_^
tak sabarnye nak pangku anak menakan yang ke-10 ni...
semoga Muhammad al-Fateh menjadi anak yang soleh dan juga PEMBELA AGAMA ALLAH!

Isnin, 14 Jun 2010

TENSION??

Tinggal lebih kurang 33 hari lagi untuk kami pelajar qiraat tahun 1 menduduki imtihan yang tertunda sebelum ini.Harap ini adalah yang terbaik tuk kami.Hari ini buat kesekian kalinya saya ke cc berseorangan dan bermakna saya buat kesekian kalinya telah melanggar qoror(peraturan) abang saya yang tidak membenarkan ke cc berseorangan,tapi nak buat cam mane,kut la nak ajak kawan temankan setiap kali nak ke cc...lagipun cc ni dekat je dengan rumah..(doakan adikmu selamat ek)..tu la,dulu abang suh beli komp tak nak..ye la mula-mula sampai tak tahu sangat keadaan kat Mesir macam mana..saya kata tak penting pun,klu nak tel mesia boleh je pergi c mana-mana.Tapi hari ini baru ku sedar kepentingan tu..huhu..maafla melalut kejap,bukan ni topik utama post kali ini...^_^

Kali ni saya nak cakap sal kenapa kita tension(tertekan)?...hmmm,rasenye perkara ini adalah lumrah bagi kita yang bergelar manusia,dalam melalui kehidupan seharian kita melalui pelbagai situasi dan pelbagai perkara...lagi-lagilah dalam fatrah sebagai pelajar,banyak perkara yang boleh menyebabkan kita tertekan kalau kita tak dapat kewal diri kita.

kenapa kita tertekan? mesti ada sebabkan kita tertekan...biasanyala,pada pengamatan saya, seseorang akan tertekan atau boleh tertekan bila dia tidak suka akan sesuatu perkara tersebut,contohnya dia terpaksa melakukan perkara yang dia tak suka atau terpaksa berada dan melalui situasi yang dia tak suka. kenapa saya berpendapat sedemikian,kerana perkara ini berlaku pada saya sendiri.kita akan buat ape saja yang kita suka walaupun perkara yang kita buat itu amat susah dan situasi yang kita lalui itu amat dasyat.Tapi disebabkan kita suka, semua benda jadi senang dan kita tak tertekan...betul tak??...nak seribu daya, tak nak seribu alasan..

kenapa kita tertekan?..
kita terlalu nak sempurna, semua yang orang buat tak kena dengan kehendak kita,kita tak boleh terima kekurangan orang lain..kita nak semua orang macam kita..kita nak duduk dengan orang yang sealiran,sefahaman dengan kita je..kita terlalu ikut jadual kita..misalnya , kita tak nak orang lain gangu jadual yang kita telah tetapkan,tak nak segala segala perancangan kita dalam masa tertentu diganggu oleh orang lain.Tak salah kita nak sempurna,tak salah kita terlalu ikut jadual,,tapi kenalah fleksibel,jangan terlalu rigid dengan jadual kita sampai tak nak bergaul dengan orang sekeliling.Semua sikap tadi akan menyebabkan pada satu tahap,kita tak nak bersama dengan orang lain..kita nak bersendirian,nak bawa diri..tak nak orang gangu hidup kita...ini adalah salah satu punca yang menyebabkan kita tertekan..betul tak?

salah satu sebab lagi kenapa kita tertekan adalahkita tak terima apa yang berlaku pada diri kita,keadaan sekeliling kita.kita tak redha dengan qodok dan qadar Allah...atau mungkin hubungan kita dengan Allah ada masalah..pergantungan kita pada Allah kurang...keimanan kita tidak mantap...

ape saje yang saya tulis ini adalah pendapat peribadi saya ek,kalau ada salah,mohon diperbetulkan..tertekan adalah perkara lumrah bagi kita manusia.tapi kita tak boleh terus tertekan dan layan perasaan sedemikian.kita kena berusaha keluar dari situasi semikian.Apa-apapun kita kena kembali pada Allah,kembali pada hakikat kehidupan kita sebagai hamba ,sebagai seorang MUSLIM.kita tidak dijadikan untuk melalui perkara yang kita suka sahaja.mungkin apa yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk kita.Hakikatnya sesuatu yang baik dan berharga itu kita kena lalui kesusahan untuk dapatkannya.cubalah untuk ikhlaskan diri terima ape yang kita tak suka,laluilah dengan keredhaan...insyaAllah ada kebaikan disebaliknya.

cubalah kita terima orang lain dan sesuatu seadanya...janganlah kita nak orang lain ikut kita je...jangan kita terikut dengan keadaan,jangan kita lari dari keadaan atau situasi,tapi kita kena mencipta situasi yang kita mahukan...hjangan lari dari masalah dan keadaan...tapi cubalah untuk selesaikan masalah tersebut...untuk buat sesuatu perkara jangan fikir diri kita je,fikirlah untuk rang lain juga...suka saya untuk berkongsi kata-kata ini:
merasa bersyukur dan menghargai
seseorang atau sesuatu dalam kehidupan,
akan menarik lebih banyak hal yang anda
hargai dan syukuri..
-Christine Northinp-
fikirlah dan renungkanlah, kita hidup di dunia ini buka untuk diri kita je...renungkan bersama ayat 216 surah al-Baqarah...apapun yang berlaku dalam kehidupan kita ada hikmah disebaliknya..Allah tak pernah zalim pada hambaNYA...JOM mulai saat ini katakan TAK NAK PADA TENSION!!
YAKINIBILLAHIYAKINI

Rabu, 19 Mei 2010

AQRAB di MESIR...sedikit duka di sebalik GEMBIRA

dikesempatan ini ana kongsikan bersama sekitar majlis khatam dan berinai salah seorang ahli aqrab yang bakal mendirikan masjid esok,iaitu....NIRAINI JUWITA MISTI bersama..semua da tau kan...^^
bakal pengantin semasa majlis khatam

kesempatan bersama bakal pengantin @ angah..
angah dah langkah bendulku nampaknya...huhu
pelamin...


pengantin bersama ahli usrah SOHBATUL MUNTAHA..
dalam mood kegembiraan untuk menanti majlis esok, kami semua warga Mansurah dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa ahli Qiraat tahun 1 yang juga warga AQRAB...mereka ialah Ain Asmah,Mhfuzah dan Ummu Sofia..mengikut sumber,mereka kemalangan semasa ingin membuat perjalanan ke Kaherah untuk WALIMAH aini esok pagi...alhamdulillah mereka semua ok,cuma masih trauma...mereka hanya mendapat luka-luka dan ada yang mendapat sedikit jahitan...doakan mereka cepat pulih,kuat semangat dan Majlis Esok BERJALAN DENGAN LANCAR....ameen



Rabu, 5 Mei 2010

Tiada kata dah yang mampu dan mahu diucapkan............


salam semua....
sekian lama ana mendiamkan diri....niat asalnya untuk menumpukan pada imtihan yang akan dilalui....
tetapi kita hanya merancang,Allah yang menentukan...
sehingga saat ini kami pelajar Qiraat tahun 1 Mansurah masih belum menduduki syafawi malah imtihan tahriri yang akan bermula 8 mei ini pun belum tentu menjadi milik kami...
status kami untuk dapat menduduki imtihan masih tiada kata putus serta tiada hitam putih lagi..
kami masih menunggu dan terus menunggu...
disini ana taidak berniat untuk menceritakan ape masalah yang berlaku....
kalian semua boleh la merujuk di blog2 yang ana lampirkan ini untuk mengetahui situasi dan cerita sebenar kami...antaranya:
1.http://ghulamwan.blogspot
2.http://ibnuirfadzil.blogspot
3.http://zulikhwanzahari.blogspot
dan yang paling penting kalian bolehla layari blog PMRAM dan DPM Mansoura untuk mengetahui berita terkini dan sahih mengenai dtatus kami pelajar Qiraat..
kami dah mencuba sedaya upaya dengan cara yang baik..tetapi hingga saat ini,perkembangannya agak mengecewakan...
atas dasar itu kami akan bertindak untuk membela nasub kami...kami tidak berniat untuk berbuat begini,,,,tetapi keadaan telah mendesak kami....
kepada semua sahabat di luar sana,dokan yang terbaik buat kami dan agar dipermudahkan segala urusan kami.
wassalam

Ahad, 28 Mac 2010

Pohon RESTU dan DOA....

bersama us.Toha


hari terakhir muhadarah bersama syeikh Hussein

Assalamualaikum semua....
alhamdulillah..
dikesempatan hari yang masih berbaki ini...saya dan sahabat2 semua ingin memohon restu dan doa dari semua..terutama ibu bapa kami,,para muallim,masyaikh,kakak2, sahabat sekalian...
kerana anda semua dan dengan keizinan Allah kami berada sampai pada tahap ini sekarang;)...

insyaAllah kami akan menghadapi exam dunia pertama kami di MESIR dalam lingkungan 17 hari lagi...syafawi Quran 30 juz,syafawi qiraat Toyyibah,tahriri quran dan qiraat,ulumul Quran,resam Quran dan Fawasil...nampak macam ringan tapi...sungguh menakutkan dan mendebarkan bagi kami yang akan melaluinya buat pertama kali...lagi-lagi ana yang kurang sikit berbanding kawan-kawan len dalam bidang Qiraat ni...huhu

tapi....dengan nasihat,semangat,tunjuk ajar serta doa daripada masyaikh dan kakak2 serta para sahabat ana semangat dan yakin akan janji itu.....ana sampai pernah mengadu face 2 face dengan syeikh,,,bahawa ana lemah sikit dalam bab qiraat ni...tapi syeikh beri semangat serta mendoakan ana akan faham serta kuasai Qiraat insyaAllah...dan yang paling terharu mendoakan ana dan kawan2 suatu hari nanti akan jadi syeikhah kabirah:(..;)....mudah-mudahan termakbul doa syeikh ek,doakan kami...itu cerita dengan syeikh Hussein..

Ustaz Toha plak,guru kami di Maahad Qiraat..beliau memanggil kami dengan gelaran dokturah..contoh,,dokturah fatanah iqra'i...kami semua rasa amat teruja dan berbangga kerana dipanggil dengan gelaran sedemikian...menjadi booster untuk kami lebih bersemangat untuk belajar..hehu..beliau juga kerap mendoakan kami akan menjadi syeikhah @ dokturah di Malaysia nanti...Ameeen..

kegusaran dan kebimbangan untuk menghadapi exam tetap ada..tapi pada usrah jumaat lepas ana dan adik beradik usrah ditanya oleh naqibah(ibu),,ape beza percaya dan yakin?................
konklusinya...ibu kata kita sebenarnya tak yakin dengan ape yang kita dah prepare dan dengan ape yang kita dah jawab tuk exam..YAKIN mengatasi segala-galanya...YAKIN dengan ALLAH...
SEMANGAT!!...yakinlah kawan2 dengan ape yang kitaa usaha selama nie:)

Jom sama-sama kita hadiahkan kejayaan tuk ibu bapa,masyaikh kita dan untuk ISLAM...
pesan SYEIKH masa ana,azyan,zainab jumpa 2 hari lepas.. niat kita belajar/muzakarah ni kerana Allah....insyaALLAH berkat....



Isnin, 15 Mac 2010

sejenak terjeda.......terkedu...terfikir....

...keletihan..penat..program penuh,berterusan sepanjang minggu ni...semalam program dari pagi membawa ke petang di sebabkan ada sedikit muskilah...dan selepas zohor kami berkesempatan hadir ke Maahad selepas mendapat pelepasan dari pihak penganjur...dan kami kembali semula ke program seusai kelas tamat pada jam 2.30 petang....alhamdulillah program tersebut tamat pada jam 5 petang.....

tiba dirumah diwaktu azan magrib berkumandang....selesai menyelesaikan apa yang patut...aku terus pengsan...mata terlalu berat...sedangkan banyak lagi tuntutan yang belum diselesaikan tuk hari itu....tapi aku kalah jua...tidur..

deringan hanset mengejutkan aku dari tidur...kalau bukan kerana deringan hanset ..mungkin aku tertidur sampai subuh..jazakillah awi-awi pada anak usrahku yang menelefon dari kaherah..:)...kredit untuk ummu yang mengejutkan m*** dari tidur...

selepas bercakap dengan anak usrahku,kami saling bertukar cerita mengenai kehidupan...aku terfikir sejenak...aku yang hanya mengikuti program bukan yang membuat program ni penat sebigini rupa apatah lagi mereka-mereka semua....kadang-kadang hati dan perasaan memberontak juga dengan program yang bersusun-susun,,ye la..sekarang adalah zon pecutan untuk exam yang bakal menjelma dalam sebulan lagi..kami sebagai pelajar tahun 1 wajib menghadiri kebanyakan program yang diadakan tersebut...kalau tak pergi program pun tak bermakna kita study pun kat rumah kan....huhu...aku la kut...

tapi bila dikenang, difikir balik.... semua itu adalah untuk diri aku jugak...program itupun majlis ilmu jugak...tak bermakna muhadarah yang dibatalkan kerana program2 merugikan aku dan kawan-kawan lain...kerana program itu tetap aku dapat ilmu darinya..cuma sedikit terkilan, ...banyak kelas dibatalkan...pergi program dengan keadaan terdesak...tapi aku teringat kalam IMAM AL-Ghazali yang diucapkan oleh salah seorang penceramah...IKHLAS itu bermula dari perasaan tidak IKHLAS...insyaAllah IKHLAS!

apepun aku dan kawan-kawan mesti bersyukur dengan perhatian daripada pihak yang berkenaan yang bertungkus lumus,berpenat lelah memberi santapan ilmu kepada kami..mereka tak dapat ape-ape pun...tapi kami dapat ILMU..aku teringat kisah yang diceritakan oleh sahabatku padaku semasa kami sama-sama study...dikala kepala serabut dengan program yang bersusun-susun...ceritanya mengisahkan,ape-ape sahaja yang kita buat sekarang adalah untuk diri kita...tak kira apepun yang kita buat..hadiri program..hadiri kuliah..ape sahaja..ape sahaja yang kita buat,,,buatlah dengan terbaik...jangan disebabkan kita terpaksa buat sesuatu perkara tu,maka kita sambil lewa...ala kullihal kita yang akan menerima natijah dari ape yang kita buat tu...contonhnya solat...kita buat kerana ape?...untuk diri kita jugak kan?....so lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita buat..

sahabiah-sahabiah sekalian...sama-samala kita guna masa dan peluang yang masih ada lagi ni untuk persedian mati dan exam yang bakal menjelma.....tiada alasan untuk kita beralasan dalam sesuatu perkara...kita yang menetukan segala-galanya...Allah tahu ape yang kita nak...ape yang kita usaha ape yang kita lakukan....insyaALLAH kita samna-sama najah SOFI DUNIA dan AKHIRAT...