Ahad, 2 Ogos 2009
Sanah Helwah Ummi!
SANAH HELWAH UMMI YANG KE 55 PADA 30 JULAI 2009
semoga ummi sentiasa dalam rahmatNYA......
dikesempatan ini anakmu ingin mengucap ribuan terima kasih kerana ummi telah mendidik kami dan menjaga kami seramai 9 orang yang penuh dengan pelbagai kerenah ini dengan sehingga kami menjadi manusia..
tak lupa juga buat ayahnda tercinta yang membanting tulang untuk menyara kami semua hingga berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kami...SANAH HELWA juga buat AYAH!...
sudah menjadi kebiasaan kami menyambut ulang tahun umi dan ayah sekali....(jimat kos)hehe...x la...sebab ayah kata tarikh lahir dlm ic tu sebenarnya salah....so x pe la sambut bila2 pun...kami pun apa lagi.....hu
sempena ulang tahun ni,ana ingin berkongsi sedikit mengenai cara kami dididik oleh ayah ummi...
kami seramai 9 orang dididik dengan penuh kasih sayang tapi disiplin...
seawal usia 4 tahun kami telah diajar muqaddam dan belajar membaca dan mengira...
tadika kami 9 beradik adalah dirumah...alhamdulillah kami masuk tahun 1 dah pndai membaca dan mengira...dan bermula tahun 1 jgak kami dah kena mula solat lima waktu berjamaah dengan keluarga..x bleh ponteng2..
kami semua diajar untuk sentiasa menjaga masa...mesti sentiasa kena tengok jam.
waktu solat kena jaga,waktu bermain pun sama...makan bersama...waktu mengaji quran...dan banyak lagi..kami tak digalakkan sangat keluar berkawan dengan orang ramai..kalau nak keluar pun kena mnta izin,,,dan balik kena pada masanya,,,jangan langgar waktu solat semestinya...kerana kami solat diawal waktu..setiap pagi selepas subuh sebelum ke sekolah atau apa sahaja,kami diwajibkan membaca Quran...ummi ayah cakap makana rohani amat penting sebelum memulakan kehidupan setiap hari...
Alhamdulillah kami semua cemerlang dalam UPSR dan kami adik beradik ditawarkan masuk SBP dan MRSM....tapi tak dibenarkan masuk sekolah tersebut melain kan sekolah AGAMA,sek ARAB....alhamdulillah kami semua berjaya...
1.ABDULLAH sekarang sedang menyambung master di UM dalam bidang Bahasa dan
Linguistik.
2.ABDULRAHMAN -lepasan u.Ummul QURA,Makkah..Usuluddin
3.FAIZAH -tahun akhir di UPSI dalam bidang Geografi
4.ABDULFATTAH - Tahun 2 U.Mansoura..medic
5.FATANAH - isyaAllah bakal sambung di Mansoura dalam bidang Qiraat.
6.SYAKIRAH - tahun 1 di UM,dalam bidang pendidikan ISLAM
7.KHADIJAH - ting 4 di Maahad Tahfiz Sains
8.MUHAMMAD - TAHUN 5, sek rendah
9.WIDAD - tahun 3, sek rendah
Semoga Allah merahmati Umur ummi dan ayah kami...
dan dapat merasai hasil didikan mereka..dapat rasa titik peluh kami..
SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA MEREKA BERDUA..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan