Rabu, 18 Mac 2009

kata-kata motivasi

“A person who has a dream knows what he is willing to give up in order to go up”. Maksudnya, seseorang impikan kejayaan akan sanggup mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu. Dia akan sanggup mengorbankan perkara-perkara yang pada fikirannya tak penting lalu menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Blog iMotivasi dibina untuk merealisasikan impian seorang anak muda mahu melihat adanya panduan-panduan motivasi percuma di ruang internet. Apa pula impian Anda?
Mungkin, Anda nak jadi pelajar cemerlang, pekerja cemerlang dan berjaya atau usahawan cemerlang. Bukan sekadar usahawan cemerlang yang biasa, tapi mungkin yang paling cemerlang di kalangan usahawan-usahawan cemerlang. Walau apapun impian Anda, bersedialah mengorbankan satu perkara untuk memberi laluan kepada perkara yang lain.
Kejayaan yang membuat kita berasa benar-benar puas adalah kejayaan yang dicapai hasil titik peluh sendiri juga hasil pengorbanan-pengorbanan kita. Seorang usahawan berjaya terpaksa mengorbankan masa untuk menguruskan perniagaan, menjalankan aktiviti pemasaran dan memenuhi kehendak pelanggan. Kekadang, dia kekurangan masa untuk bersama keluarga.
Kesibukan sebegitu membuat dia terpaksa melupakan perkara menyeronokkan misalnya bersuka ria di tepi pantai atau bersantai-santai menonton DVD di ruang tamu rumah setiap kali selepas makan tengahari. Dia terpaksa lupakan tu semua buat sementara waktu, selagi dia masih belum jadi usahawan berjaya.
Seorang ibu yang mahu melihat anak-anaknya berjaya sudah tentu sanggup berkorban bangun awal pagi setiap hari, menyiapkan sarapan dan ada sesetengah ibu tunggal, keluar mencari rezeki demi sesuap nasi. Impian si ibu nak melihat anak-anaknya berjaya mendorong dia bersemangat kuat mengharungi kepayahan hidup. Itulah hebatnya sebuah impian.
Tanpa impian, kita tak akan tahu ke mana nak dituju dan arah mana untuk kita berjalan. Anda mesti set impian Anda, kerana selain kejayaan, penghormatan dan sanjungan menanti Anda di hujung sana. Biar kita susah sedikit sekarang ini, supaya kita senang banyak di masa akan datang.
Moga Anda beroleh kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan sama ada dalam kerjaya, pelajaran, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan Anda. Masa untuk bersantai-santai dah tamat. Sibukkan diri memburu impian!

salam bicara

assalamualaikum.........



bertemu kembali setelah beberapa hari tak update post baru...sebenarnya ana tak berapa rajin dalam bab2 ni dan yang berkaitan ngn komputer ni...



ana masih kat area selangor tak berkesempatan lagi untuk blk ke kelantan..minggu ni semua family ana turun ke kl trmasuk ayah n ummi utk melihat ahli baru keluarga kami..anak kepada abg sulung ana...Arwa bt Abdullah bt Hamzah..semua adik bradik ana berkumpul seramai 8 org kecuali seorang kembar ana yang berada di Mansoura Mesir...bla kami semua dpt berkumpul semua skali 9 bradik...

sa

salam