Jumaat, 1 April 2011

Selamat berehat ayah!

wahai kaumku! sesungguhnya kehidupan dunia adalah kesenangan(sementara)
dan sesungguhnya akirat itulah negeri yang kekal.
~surah Ghafir ayat:39~

dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,
berupa perempuan2, anak2, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas
dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah lah tempat
kembali yang baik.
~surah Aali 'imran ayat:14~


ayah...sudah seminggu ayah di sana..insyaAllah ayah ok kan,ayah rehat2 dan tenang2 je kan..

ayah,

maaf jika air mata yang masih mengalir hingga ke hari ini dikala teringatkanmu, menyakitkanmu serta tidak disukaimu..sedih itu fitrah ayah..

bagiku ayah, mu tidak pernah mati..orang-orang yang penuh cinta dan kasih sayang tidak akan mati meskipun jasadnya telah tiada didunia ini..dalam agama kita, nabi MUHAMMAD memang wafat pada 14 abad yang lalu. Tetapi baginda tidak pernah meninggalkan ummatnya walau sedetik pun. Baginda bersemayam disetiap hati ummatnya yang mencintai dan merindukannya. Kerana ajaran dan petunjuknya dan kasih sayang kepada ummatnya, maka ummatnya tidak pernah melupakan baginda.

ayah sentiasa tetap di hati ini..

sebuah buku mengungkapkan..."hidup ini melampau keterbatasan usia dan fizikal..mereka yang berjasa akan dikenang sepanjang masa..siapa yang berjasa kepada kita?..ayah dan ibu kita..Itu maksudnya, selama kita mencintai dan mengenang kebaikan2nya, mereka masih hidup dihati kita..ayah! kamu masih hidup di hati ini!

ayah,

walaupun diri ini menghantar bekal yg tak seberapa kpd ayah, insyaAllah anakanda yakin ayah tenang dan ok di sana dgn rahmat Allah dan dgn apa yg ayah lakukan masa kt sini sebelum ni..

ayah,

meskipun anakanda terkilan kerana tak sempat menggembirakan hati ayah dan tak sempat meringankan beban serta tak sempat bagi ayah kerehatan kt sini..tapi anakanda yakin ayah gembira, rehat2 dan ringan2 je kt sana kan..InsyaAllah kami akan jaga umi dengan sebaiknya ayah..

insyaAllah anakanda kan belajar bersungguh2 untuk merialisasikan kejayaan untuk ayah!kerana ape yang anakanda belajar sekarang adalah salah satu permintaan dari ayah untuk pilih bidang ini...baru sekarang anakanda mengerti kenapa ayah beria-ria memujuk diri ini untuk teruskan pengajian dalam bidang ini...jazakillah ayah!

selamat berehat ayah!

al-fatihah

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'anhu

yang sentiasa mencintaimu!

fatanah,mansurah..egypt.