Jumaat, 15 Mei 2009

Muktamar,AGM,Mesyuarat Agung......

salam......

semenjak dua menjak ni kebanyakan orang sibuk dengan 3 perkara tersebut..

macam-macam cerita dan isu yang timbul dari 3 perkara itu...

seribu satu kisah yang berlaku...ada yang gembira,ada yang kecewa,sedih dan ada juga yang tak rela...kenapa? ada yang main kotor,ada yang mengambil kesempatan dan ada yang di ambil kesempatan,ada yang betul2 ikhlas.......macam-macam

marilah sama-sama kita merenung satu mafhum hadis daripada rasulullah s.a.w

daripada abdul Rahman bin Samurah:
"Rasulullah s.a.w berkata kepadaku : Hai, Abdul Rahman! Janganlah kamu meminta kedudukan imarah(amanah), kerana klu kamu diberikannya padahal kamu tidak minta, maka kamu akan diberi pertolongan, tetapi jika kamu diberikan lantaran kamu meminta, maka kamu akan di bebani."
Bukhari, Muslim

ada yang gembira untuk lepaskan jawatan dan ada yang sebaliknya......
tak kurang juga ada yang tak yakin untuk menyerahkan jawatan pada generasi yang baru.....

hakikatnya yang lama perlu digantikan.........
berilah kepercayaan kepada generasi baru untuk memimpin......
insyaAllah berbekalkan kefahaman dan kekuatan tarbiah rohaniah mereka akan berjaya memikul amanah tersebut.
mereka akan matang bersama masa yang semakin bertambah........

sama-sama kita meneruskan perjuangan yang tiada penghujung ini....
sama-samalah saling mengingati antara satu sama lain......