bersama ayah dan ummi seusai graduasi
Alhamdulillah akhirnya saat itu dilalui juga dengan perasaan bercampur baur......antara seronok
dan sedih...teringat ucapan dari Dato' Wan yang menyentuh perasaanku..."tahniah kepada ibubapa graduan,kerana kalianlah anak-anak ini melalui majlis konvokesyen tuk DIPLOMA TAHFIZ WAL QIRAAT"...(lebih kurang,tak ingat sangat ucapan Dato').....dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AYAH & UMMI kerana telah berjaya membimbingku hingga ke tahap ini...terlalu amat besar pengorbanan dan jasa kalian padaku.
tak lupa juga buat ustazah2 tasmik yang tanpa jemu membantu dan membimbing ku serta menjadi murabbiah kepada diri ini...1.ustazah Aizah Zameelah Abdullah Tahir(10 juz)
2.ustazah Nur Asiah Ramli(20 juz).
dan kepada sahabat2 seperjuangan yang bersama-sama berjuang untuk menamatkan pengajian
di DQ.... bersama-sama bermujahadah menghafal kalam Allah...yang memberi dorongan dan bimbingan pda diriku sehingga akhirnya dapat melalui saat ini....
bersama sahabat seperjuangan
moga-moga diri ini dan sahabat sekalian dapat menjaga serta mengadaptasi KALAM ALLAH dalam kehidupan....amat berat amanah yang kita pegang ini...sebagaimana yang kita mafhum,banyak peringatan yang telah diungkapkan dalam KALAMNYA tentang hamalatul quran...kita manusia yang bodoh lagi sombong sanggup memegang amanah ini...sedangkan semua makhluk lain di atas muka bumi ini tak sanggup memikul amanah ini...
jangan kita leka berseronok kerana telah selesai menghafal dan telah berjaya mendapat sijil DIPLOMA TAHFIZ....maka kita merasa tugas kita dengan AL-QURAN telah selesai............
TIDAK SAMA SEKALI....!
SALAM I'ADAH DAN SALAM ADAPTASI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan