Jumaat, 8 Januari 2010

23 tahun dah berlalu



Alhamdulillah pada 6 januari 2010 umur ana dan kembar ana dah genap 23 tahun...ikut Masihilah..klu ikut bulan ISLAM dah lama cukup...
sedar tak sedar dah 23 tahun kami memegang amanah Allah sebagai HAMBANYA...amanah sebagai seorang seorang anak...amanah sebagai tolibul ilmi...amanah sebagai khalifah..
adakah tertunai tanggungjawab,amanah kami......
yang penting semakin bertambah umur, semakin dekat dengan kematian...

teringat kata-kata sahabat ana....

"Iman bukanlah semudah yang dikata, juga bukan semudahnya dijaga.. namun begitu, usahakanlah ia agar tersemat kukuh seperti tali yang tersimpul erat dan tidak akan terlerai supaya sinarnya sentiasa terpancar pada gerak diri.. betapa perit dan jerihnya ia sampai kepada kita maka setinggi itulah perjuangan kita menjaganya.. Dunia ini ibarat bayang2..semakin ia dikejar, semakin ia pergi..Namun kita tak sedari Akhirat sentiasa menghampiri kita, ibarat kesan tapak kaki, bila kita berjalan, ia sentiasa mengikuti kita..Itulah juga ibarat kematian, yg kita selalu lupa&tinggalkan tentangnya, itulah yg bakal kita hadapi kelak.."~Sejauh manakah kita bersedia menghadapinya? ????????? ??? Fikir2kan (=^_^=)

"Ketika Rasulullah SAW ditanya: "Siapakah manusia terbaik?" Baginda menjawab: "Orang yang panjang usianya dan baik pula amalnya." Baginda kemudian ditanya lagi: "Lalu, siapakah manusia terburuk?" Jawab Nabi: "Orang yang panjang usianya tetapi buruk amalnya." (Hadis riwayat Tirmizi)


hadiah ni adik ummu sofiah n adik azyan...huhu


ni dari ayong..ahli bait...semacam je ek....:)

terima kasih kat semua, terutama ummi dan ayah yang selama nie menjaga mendidik serta bersabar dengan kerenah kami berdua selama nie..maafkan segala kesalahan kami selama nie..

terima kasih pada adik beradik, kakak, sahabat-sahabat yang wish dan mendoakan kami...
dokan kami...

1 ulasan:

  1. milad saeed ya sodiqati...arju minki an takunal muslimah solehah.... fiddin, fil usrah wa fi kulli hal.....kullu am wa anti bikhair....

    BalasPadam