Khamis, 8 Oktober 2009

TAFAQQUH FID DIN part 1

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang Allah inginkan agar ia
menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan
dia dalam (urusan) agama."
hadis sahih Muttafaq Alaihi

1.
Berdasarkan hadis di atas, nabi SAW memberikan penjelasan bahawa orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang tafaqquh dalam agamanya.

2.Maksud Tafaqquh fid Din ialah Allah SWT menganugerahkan kefahaman agama yang mendalam dan meluas kepadanya.

3.Lihat jawapan Nabi SAW kepada para sahabat yang bertanyakan berkenaan insan yang mulia. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW pernah bertanya: siapakah orang yang paling mulia?" Jawab baginda, "Orang yang paling bertakwa." Kata mereka,"Bukan tentang itu yang kami tanyakan. "Baginda menjawab, "manusia yang paling mulia ialah Nabi Allah bin Allah, Nabi Allah bin Khalil Allah iaitu Yusuf bin Yakqub bin Ishak bin Ibrahim SAA."kata mereka, "Bukan tentang ini yang kami tanyakan." Jawab Nabi SAW, "Oh! kalau begitu, tentang siapakah orang arab yang paling mulia yang kamu ingin tanyakan kepadaku? Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu pada masa jahiliyah, dia jugalah yang paling mulia di antara kamu di dalam Islam sekiranya dia Tafaqquh fid DIN." (Riwayat Bukhari)

4.Sepanjang pembacaan sirah para khulafa mahupun sekalian sahabat Nabi SAW, agak kita siapakah yang tampakketara kemuliannya sebelum dan selepas keIslamannya? Siapa lagi susuk tubuh itu kalau bukan Syidina Umar Ibnu al-Khattab r.a. Beliau adalah orang yang paling digeruni semasa jhiliyahnya. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan.




















'









Tiada ulasan:

Catat Ulasan