Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan......sebuah kenangan terindah 2

menonton siaran langsung solat sunat taraweh dari masjidil haram menggamit kenangan menjalani Ramadhan di Tanah Haram......

antara aktiviti yang sempat dilakukan sepanjang Ramadhan di tanah haram...

selepas sahur,solat subuh di masjid.......
disebabkan selalu mengantuk selepas solat subuh,aku dan kembar mengambil inisiatif untuk menunaikan umrah setiap kali lepas solat subuh...
dan bermula misi kami..seusai solat subuh setiap hari..kami berdua menaiki bus dengan tambang sebanyak 2riyal ke Tan'em untuk niat UMRAH di masjid Saidatina Aishah...baliknya kami biasanya menaiki van dan tambangnya adalah sama....sesampai di masjidilharam kami terus tawaf..biasanya semasa tawaf kami masih lagi bersama...dan hanya ketika sair aku dan kembar biasanya bawa haluan masing2..dia biasanya tak akn terus siapkan sairnya..sair 2,3 round dia tido...aku bersendirian meneruskan sair hingga selesai,bertahallul dan seterusnya pulang berseorangan ke tempat penginapan...mula2 tak biasa dan takut jgak jalan berseorangan,tapi lama-lama dah jadi biasa..

rehat sekejap sebelum ke masjid semula untuk solat zohor dan asar...selepas solat asar,klu berkesempatan ku mengikut abang2ku membeli bahan masakan untuk iftor...dan selepas tu memasak bersama umi dan menyiapkan air milo susu satu termos untuk dibawa kemasjid dan diagihkan kepada jemaah sewaktu iftor nanti...

setiap hari aku dan ummi membawa 1 termos air milo susu,sedikit roti dan 2 bekas tamar rutob untuk diagihkan kepada jemaah untuk iftor....
untuk membawa masuk air dan makanan,terlebih dahulu diperiksa oleh askar di pintu masjid..
hanya air dan kurma yang dibenarkan..termosku juga dicheck,ape yang ada dalam termosku..kerana biasanya tok2 arab bawa syai dan gahwah je...maka aku nagn ummi terpaksa bersoal jawab dulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid...baru lepas satu step...lepas tu aku akn berulang alik memunggah masuk roti plak..nasib bek pakai telekung sembahyang,boleh sorok roti2...hehe..then,bermula tugasku mengagihkan air,rutob dan roti kepada jemaah berdekatan kami...aku pernah ditegur oleh jemaah dari malaysia.."dah berapa lama kerja kat sini?"aku tersenyum..makcik tu sangka aku ni orang Indon yang kebanyakan jadi BIBIK pada tok2 arab....huhu..ada rupa kut aku jadi bibik ek..

selepas iftor dan solat mgrib,kami pulang untuk makan makanan berat...then ke masjid semula untuk solat insyak n teraweh...
pada sepuluh akhir ramadhan diadakan solat tahajud berjemaah di massjidilharam...alhamdulillah aku sempat merasainya...tapi macam2 ragam manusia ada time 2...jemaah semakin ramai membanjiri tanah haram untuk bersama-sama khatam QURAN dalam solat sunat taraweh..time tahajjud aku terpaksa bersindirian ke masjid...biasanya ummiku qiam di rumah sahaja...

dikesempatan masa dan peluang yang ada kami sempat menziarahi tempat2 bersejarah..antaranya Hudaibiyah,mina,gua Hira' dan banyak lagi..aku juga diberi peluang oleh Allah untuk menjejaki kaki di THOIF,negeri yang mana penduduknya pernah mencerca NABI MUHAMMAD serta menghalau dan menyakiti nabi sehingga badan nabi cedera....di Thoif kami sempat ke tanah tinggi,melawat pasar borong dan berkunjung ke masjid salah seorang perawi hadis terkenal..lupa dh namanya..

alhamdulillah kami dapat sama-sama mengaminkan doa khatam yang didoakan oleh imam AS-SUDAIS...dapat menyambut 1 syawal di tanah haram..di sana hari raya hanya sehari..2 syawal terus puasa enam..alhmdulillah kami raya puasa enam di MAKKAH..disebabkan kami balik selepas raya,kami berempat balik sindirian..jemaah travel dah pulang sebelum raya lagi..hanya kami berempat orang melayu dalam pesawat dari jeddah ke DOHA...dari DOHA ada kami ditemani orang INDON...

SEMOGA IBADAH UMRAH DAN IBADAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN ITU DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

MOGA KAMI MASIH LAGI BERPELUANG MENJADI TETAMU MU YA ALLAH

secebis kenangan dari tanah haram..banyak lagi kenangan di bumi barakah itu
ku sentiasa merindui saat2 beribadah disana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan