Selasa, 2 Jun 2009

sebiji epal....kalau dah rosak............


m
inggu lepas aku berkesempatan menonton sebuah drama cina dari Singapore kat ntv7.....
tu pun dah dekat nak abis...dalam setengah jam terakhir....tak tau pun ape tajuk drama tu...

tapi aku amat tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan melalui drama tersebut.

drama tersebut berkisar mengenai kehidupan 2 remaja lelaki disebuah sekolah menegah.
(sekadar yang aku faham dalam tempoh setengah jam 2 la........)
seingat aku remaja tersebut bernama cheng chai dan ah fu.cheng chai adalah pelajar yang bermasalah di sekolahnya..selalu buat hal dan bukan pelajar yang pandai..pengetua sekolah mengumpamakan cheng chai seperti sebiji epal yang telah rosak.bagi pengetua tersebut,sebiji epal kalau dah rosak maka epal itu tak berguna lagi dan epal itu tidak dapat tidak mesti di buang........
akhirnya cheng chai telah di buang dari sekolah....

manakala ah fu pula adalah seorang pelajar yang asalnya tidak bermasalah......tapi lama kelamaan dissebabkan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa, dia menjadi remaja yang bermasalah..berkawan dengan cheng chai dan mula melakukan kegiatan mencuri bersama cheng chai....ah fu mempunyai seorang adik lelaki di sekolah rendah...

diringkaskan cerita.......

peleraian drama ini bermula dengan kisah adik ah fu dituduh mencuri duit mak cik kantin di sekolahnya..ibu dan ayah ah fu mengamuk dan merotan adik ah fu..ayah ah fu bertanya pada budak itu "tidak cukup lagi ke kemewahan yang kami beri pada kamu?".........dalam keadaan menagis teresak-esak adik ah fu menjawab..saya kumpul duit tu untuk membeli masa ayah dan ibu supaya dapat menonton persembahan saya di sekolah ....barulah mereka sedar akan kesilapan mereka selama ini........

selepas itu ayah ah fu mendapat panggilan telefon mengatakan anaknya ditangkap kerana mencuri bersama cheng chai...dalam masa yang sama dia ada meeting yang amat penting...antara anak dan harta/kerjaya...demi memikirkan sudah banyak dia membuat kesilapan terhadap anak2nya dia sanggup meninggalkan meting tersebut dan dia terus dibuang kerja...sebelum kejadian tersebut ayah ah fu telah membaca luahan hati ah fu mengenai ibu bapanya....ah fu kecewa dengan ayah dan ibunya yang langsung tidak memberi perhatian terhadapnya...sekadar memberi wang tetapi bukan kasih sayang dan perhatian...

cheng chai menjadi pelajar bermasalah kerana dia dididik dalam kondisi tanpa perhatian dan kasih sayang..hanya sekadar keperluan kehidupan yang di berikan oleh ayahnya...


A
khirnya 2 remaja tersebut menyesal dan ibu bapa mereka juga menyesal dan Cheng chai diterima semula untuk belajar...

MESEJ YANG INGIN DIKONGSI DARI DRAMA TERSEBUT.....

1.Sebiji epal kalau dah rosak jangan dibuang...tapi buang sekadar yang rosak cukuplah...SEKALI MELAKUKAN KESILAPAN BUKAN SELAMANYA SILAP,BERILAH PELUANG

2. wang dan harta bukan segala-galanya...

3.perhatian dan kasih sayang adalah amat penting...sewaktu kita mula belajar bertatih, ayah ibu sentiasa memberi dorongan dan semangat...sekali terjatuh, kita di beri kata semangat untuk terus mencuba...jika kita silap melangkah, kita diberi nasihat...tapi bila dewasa....ibuayah membiarkan kita membawa haluan sendiri..tiada lagi kata semangat...jika tersalah langkah,tiada lagi kata nasihat ataupun denda......

4. tidak silap jika kita mengatakan...anak-anak bermasalah disebabkan oleh ibu bapa mereka....ibubapa adalah segala-galanya..segala punca bermula dari ibubapa...hari ini ibu bapa terlalu mengejar harta hingga mengabaikan tugas untuk mendidik anak-anak..hanya mengharap kepada pendidikan di sekolah semata-mata..tidak hairan kes buli menjadi-jadi..merempit sana-sini..pergaulan bebas menjadi perkara biasa..solat entah kemana..aurat terdedah sana-sini

BUKAN NAK MENYALAHKAN IBUBAPA...BUKAN TIDAK MENGENANG BUDI IBU MENGANDUNG,AYAH MEMBERI NAFKAH,MENGHANTAR KESEKOLAH....TAPI HAKIKATNYA BEGITULAH........

KETAHUILAH IBU AYAH SEKALIAN...KAMI SENTIASA MEMERLUKAN KALIAN...BUKAN SEWAKTU KAMI KECIL SAHAJA...TAPI...DIMASA REMAJA DAN DEWASA INI KAMI BUTUHKAN PERHATIAN DAN TUNJUK AJAR DARIMU..KAMI MASIH PERLUKAN NASIHAT,PUJIAN,DENDA DAN LETERAN DARI MU......

sekadar perkongsian pendapat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan