Rabu, 5 Mei 2010

Tiada kata dah yang mampu dan mahu diucapkan............


salam semua....
sekian lama ana mendiamkan diri....niat asalnya untuk menumpukan pada imtihan yang akan dilalui....
tetapi kita hanya merancang,Allah yang menentukan...
sehingga saat ini kami pelajar Qiraat tahun 1 Mansurah masih belum menduduki syafawi malah imtihan tahriri yang akan bermula 8 mei ini pun belum tentu menjadi milik kami...
status kami untuk dapat menduduki imtihan masih tiada kata putus serta tiada hitam putih lagi..
kami masih menunggu dan terus menunggu...
disini ana taidak berniat untuk menceritakan ape masalah yang berlaku....
kalian semua boleh la merujuk di blog2 yang ana lampirkan ini untuk mengetahui situasi dan cerita sebenar kami...antaranya:
1.http://ghulamwan.blogspot
2.http://ibnuirfadzil.blogspot
3.http://zulikhwanzahari.blogspot
dan yang paling penting kalian bolehla layari blog PMRAM dan DPM Mansoura untuk mengetahui berita terkini dan sahih mengenai dtatus kami pelajar Qiraat..
kami dah mencuba sedaya upaya dengan cara yang baik..tetapi hingga saat ini,perkembangannya agak mengecewakan...
atas dasar itu kami akan bertindak untuk membela nasub kami...kami tidak berniat untuk berbuat begini,,,,tetapi keadaan telah mendesak kami....
kepada semua sahabat di luar sana,dokan yang terbaik buat kami dan agar dipermudahkan segala urusan kami.
wassalam

Ahad, 28 Mac 2010

Pohon RESTU dan DOA....

bersama us.Toha


hari terakhir muhadarah bersama syeikh Hussein

Assalamualaikum semua....
alhamdulillah..
dikesempatan hari yang masih berbaki ini...saya dan sahabat2 semua ingin memohon restu dan doa dari semua..terutama ibu bapa kami,,para muallim,masyaikh,kakak2, sahabat sekalian...
kerana anda semua dan dengan keizinan Allah kami berada sampai pada tahap ini sekarang;)...

insyaAllah kami akan menghadapi exam dunia pertama kami di MESIR dalam lingkungan 17 hari lagi...syafawi Quran 30 juz,syafawi qiraat Toyyibah,tahriri quran dan qiraat,ulumul Quran,resam Quran dan Fawasil...nampak macam ringan tapi...sungguh menakutkan dan mendebarkan bagi kami yang akan melaluinya buat pertama kali...lagi-lagi ana yang kurang sikit berbanding kawan-kawan len dalam bidang Qiraat ni...huhu

tapi....dengan nasihat,semangat,tunjuk ajar serta doa daripada masyaikh dan kakak2 serta para sahabat ana semangat dan yakin akan janji itu.....ana sampai pernah mengadu face 2 face dengan syeikh,,,bahawa ana lemah sikit dalam bab qiraat ni...tapi syeikh beri semangat serta mendoakan ana akan faham serta kuasai Qiraat insyaAllah...dan yang paling terharu mendoakan ana dan kawan2 suatu hari nanti akan jadi syeikhah kabirah:(..;)....mudah-mudahan termakbul doa syeikh ek,doakan kami...itu cerita dengan syeikh Hussein..

Ustaz Toha plak,guru kami di Maahad Qiraat..beliau memanggil kami dengan gelaran dokturah..contoh,,dokturah fatanah iqra'i...kami semua rasa amat teruja dan berbangga kerana dipanggil dengan gelaran sedemikian...menjadi booster untuk kami lebih bersemangat untuk belajar..hehu..beliau juga kerap mendoakan kami akan menjadi syeikhah @ dokturah di Malaysia nanti...Ameeen..

kegusaran dan kebimbangan untuk menghadapi exam tetap ada..tapi pada usrah jumaat lepas ana dan adik beradik usrah ditanya oleh naqibah(ibu),,ape beza percaya dan yakin?................
konklusinya...ibu kata kita sebenarnya tak yakin dengan ape yang kita dah prepare dan dengan ape yang kita dah jawab tuk exam..YAKIN mengatasi segala-galanya...YAKIN dengan ALLAH...
SEMANGAT!!...yakinlah kawan2 dengan ape yang kitaa usaha selama nie:)

Jom sama-sama kita hadiahkan kejayaan tuk ibu bapa,masyaikh kita dan untuk ISLAM...
pesan SYEIKH masa ana,azyan,zainab jumpa 2 hari lepas.. niat kita belajar/muzakarah ni kerana Allah....insyaALLAH berkat....



Isnin, 15 Mac 2010

sejenak terjeda.......terkedu...terfikir....

...keletihan..penat..program penuh,berterusan sepanjang minggu ni...semalam program dari pagi membawa ke petang di sebabkan ada sedikit muskilah...dan selepas zohor kami berkesempatan hadir ke Maahad selepas mendapat pelepasan dari pihak penganjur...dan kami kembali semula ke program seusai kelas tamat pada jam 2.30 petang....alhamdulillah program tersebut tamat pada jam 5 petang.....

tiba dirumah diwaktu azan magrib berkumandang....selesai menyelesaikan apa yang patut...aku terus pengsan...mata terlalu berat...sedangkan banyak lagi tuntutan yang belum diselesaikan tuk hari itu....tapi aku kalah jua...tidur..

deringan hanset mengejutkan aku dari tidur...kalau bukan kerana deringan hanset ..mungkin aku tertidur sampai subuh..jazakillah awi-awi pada anak usrahku yang menelefon dari kaherah..:)...kredit untuk ummu yang mengejutkan m*** dari tidur...

selepas bercakap dengan anak usrahku,kami saling bertukar cerita mengenai kehidupan...aku terfikir sejenak...aku yang hanya mengikuti program bukan yang membuat program ni penat sebigini rupa apatah lagi mereka-mereka semua....kadang-kadang hati dan perasaan memberontak juga dengan program yang bersusun-susun,,ye la..sekarang adalah zon pecutan untuk exam yang bakal menjelma dalam sebulan lagi..kami sebagai pelajar tahun 1 wajib menghadiri kebanyakan program yang diadakan tersebut...kalau tak pergi program pun tak bermakna kita study pun kat rumah kan....huhu...aku la kut...

tapi bila dikenang, difikir balik.... semua itu adalah untuk diri aku jugak...program itupun majlis ilmu jugak...tak bermakna muhadarah yang dibatalkan kerana program2 merugikan aku dan kawan-kawan lain...kerana program itu tetap aku dapat ilmu darinya..cuma sedikit terkilan, ...banyak kelas dibatalkan...pergi program dengan keadaan terdesak...tapi aku teringat kalam IMAM AL-Ghazali yang diucapkan oleh salah seorang penceramah...IKHLAS itu bermula dari perasaan tidak IKHLAS...insyaAllah IKHLAS!

apepun aku dan kawan-kawan mesti bersyukur dengan perhatian daripada pihak yang berkenaan yang bertungkus lumus,berpenat lelah memberi santapan ilmu kepada kami..mereka tak dapat ape-ape pun...tapi kami dapat ILMU..aku teringat kisah yang diceritakan oleh sahabatku padaku semasa kami sama-sama study...dikala kepala serabut dengan program yang bersusun-susun...ceritanya mengisahkan,ape-ape sahaja yang kita buat sekarang adalah untuk diri kita...tak kira apepun yang kita buat..hadiri program..hadiri kuliah..ape sahaja..ape sahaja yang kita buat,,,buatlah dengan terbaik...jangan disebabkan kita terpaksa buat sesuatu perkara tu,maka kita sambil lewa...ala kullihal kita yang akan menerima natijah dari ape yang kita buat tu...contonhnya solat...kita buat kerana ape?...untuk diri kita jugak kan?....so lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita buat..

sahabiah-sahabiah sekalian...sama-samala kita guna masa dan peluang yang masih ada lagi ni untuk persedian mati dan exam yang bakal menjelma.....tiada alasan untuk kita beralasan dalam sesuatu perkara...kita yang menetukan segala-galanya...Allah tahu ape yang kita nak...ape yang kita usaha ape yang kita lakukan....insyaALLAH kita samna-sama najah SOFI DUNIA dan AKHIRAT...

Rabu, 24 Februari 2010

kenapa Qiraat?...kenapa Mesir?....

assalamualaikum....
alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencari bekal ke Akhirat nanti...
post kali ini ana sisipkan beberapa pendapat dan pandangan sahabat2 ana sepanjang berada di Mesir selama beberapa bulan...adik-adik atau sesiapa saje yang sedang mencari tempat untuk sambung pelajaran selepas dip atau lepasan STAM boleh la tengok pandangan2 mereka ini...terutamanya adik-adik dip Qiraat yang akan grad tahun ni..tapi pandangan mereka ini adalah sekadar pandangan peribadi sahaja..

responden 1
dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang...
alhamdulillah syukur menjejak kaki dan menjadi penuntut ilmu Allah di bumi anbiya'.
disini,kita bukan sahaja dapat mendalami ilmu Qiraat bahkan diberi peluang menguasai ilmu2 lain yang boleh diperolehi dalam Tafaqquh Fiddin, program2, jaulah2 usrah dan sebagainya.
'Alakullihal yang utama perlu kita ketahui, koreksilah dan carilah ilmu untuk mendekatkan diri kita kepada yang HAQ.
"Ilmu yang hakiki adalah ilmu yang memberi keyakinan bahawa
maksit itu racun yang membunuh.dan ketahuilah bahawa akhirat itu lebih
utama daripada kehidupan dunia"
-Imam Al Ghazali-
responden 2
Assalamualaikum..
اهبطوا مصرا فاءن لكم ما سالتم
Buat adik2 atau sahabat2 yang bercita-cita untuk ke bumi MESIR ini...
saya ucapkan Ahlan wasahlan
pesanan dari saya...
Niatlah dari awal lagi..dari Malaysia lagi yang baik-baik..
insyaAllah, sampai di bumi ini, apa yang diniatkan atau dihajatkan dipermudahkan
oleh Allah jalan itu..=mesir bumi tarbiyah...padanya khazanah ilmu=
yok adik2 datang sini!
~mahfuzah~
responden 3
assalamualaikum...
syukur kerna didizinkan Allah berada di bumi barakah ini..belajar disini banyak mentarbiah
luaran dan dalaman..benar kata akak naqibahku: MESIR ni kawan ilmu, segala macam ilmu ada disini jadi kita kena berusaha jadi sudu atau sudip yang terbaik..dan paling penting IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH..
kat sini baru ku tahu betapa bertuahnya aku dapay mendalami ILMU QIRAAT,ilmu yang menjadi 'masdar' bagi ilmu-ilmu yang lain..
Moga adik2 dan sahabat2 tak melepaskan peluang..KEMBARALAH & IKHLASKAN NIATMU WAHAI PEJUANG ILMU..
~tilmizah 01~
responden 4
bumi mansurah best sangat2 sebab dekat dengan ulama' banyak sangat ilmu yang kita dapat
kat mansurah ini..bukan hanya Qiraat kita belajar tapi banyak lagi ilmu lain yang kita dapat..
pendek kata, datang sini dan rasa sendiri macam mana bestnya duduk kat sini.
~huffaz_cute~
responden 5
~firman Allah:maka ketika mereka (nabi Yaakub & keluarganya) masuk (ke mesir)
menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk ibubapanya, sambil
berkata:"masuklah kamu ke negeri MESIR, insyaAllah kamu berada dalam keadaan
AMAN~ yusuf:99
~MESIR: bumi anbiya' ..kiblat ilmu..melahirkan ramai ulama'...TAPI jangan lupa MESIR ni bumi firaun..jadi..terserah pada diri masing-masing untuk memilih..samada untuk menjejaki perjuangan para anbia ataupun sebaliknya..
~QIRAAT: sejujurnya bila dah belajar kat sini, rasa sangat seronok belajar qiraat..dan sangat bersyukur kerna terpilih untuk belajar kat sini..blajar kat cini memang mendidik jiwa dan mentarbiah diri..
untuk akhirnya..duhai jiwa2 yang cintakan ilmu, usah gentar untuk berjuang dalam kembara ilmu!..Ayuh kembara bersama!
~sufiqalb_02@yahoo.com @Qiraat Best!~
sekadar ini untuk waktu ini...doakan kami semua
tuk iadah dan study tuk exam nanti...

Sabtu, 13 Februari 2010

Kenapa QIRAAT?

syeikh husein

salam alaik...........
kenapa qiraat?
kenapa nk kena belajar qiraat (kt mesir)...huhu
kenapa ek?..bagi kami , banyak kelebihannya..best sangattttttttt..
bagi sesiapa yang masih mencari2 haluan nk sambung kt mana lepas dip qiraat ni...
maka boleh la cuba masukkan dalam list tk sambung qiraat kat mesir eak..hu
klu sbelum ni kita belajar qiraat kat malaysia kita tak rasa zouknya,pentingnya,'azimnya ilmu qiraat..tapiiiiiiii kat mesir ni barulah kita akan merasainya..InsyaAllah
kita akan berkesempatan untuk bertalaqi dengan mana-mana syeikh..

khusus untuk akhawat(mansurah)...kita akan dapat mengutip banyak ilmu daripada syeikh Husein..beliau akan ajar kita sampai betu2 faham..selain ilmu qiraat banyak lagi ilmu yang kita dapat ambil kat mesir ni dan dengan syeikh husein sendiri..

setakat ana duduk kat sini banyak benda baru yang ana dapat dan pelajari..
sahabiah sekalian...tuk kita berubah, kita perlu berkorban dan mencari tempat lain untuk kita berubah...berpindah dari tempat yang kita duduk sekarang...moga-moga kita dapat mencari diri kita yang sebenar...moga-moga jalan yang kita lalui kt mesir itu adalah jalan yang pernah dilalui oleh Al-Amru bin Asr semasa pembukaan mesir dulu..moga-moga kita dapat mengambil keberkatan darinya..

satu benda ana nak bagitau,,disebabkan perbezaab wajah qiraatlah adanya khilaf ulamak dalam mazhab2...dan banyak lagi....

Jumaat, 12 Februari 2010

JAULAH ISKANDARIAH, KUBU SOLAHUDDIN

tepian pantai Iskandariah
depan kubu solahuddin

pintu masuk






pandangan dari sutuh











pintu masuk kubu






dari tingkat 2






tingkat 2

tingkat 3

masyaAllah, rupa-rupanye batang2 pokok kurma bukan batu sepenuhnya
tapi amat kukuh..

bilik2


bawah tanah







baru-baru ni ana berkesempatan jaulah ke Iskandariah.antara tempat yang ana kunjungi adalah salah satu daripada kubu Solahuddin AL-Ayubi..makam2 para wali dan banyak lagi.

nama iskandariah diambil sempena pahlawan terkenal Yunani, Alexander The Great.Ada pendapat yang mengatakan ia adalah sempena nama Iskandar Zulkarnain yang dinyatakan Allah dalam surah al-Kahfi mengenai pengembarannya mengelilingi dunia, namun pendapat ini lemah.

menurut catatan sejarah. pada tahun 332SM merupakan titik permulaan munculnya kota Iskandariah.
sekadar ini yang sempat coretkan untuk kali ini...insyaAllah lain waktu kalau ana berkesempatan kita sambung lagi.......

Rabu, 10 Februari 2010

Jaulah sekitar gamaah ,Mansurah

tepi sungai nil






depan kuliah tib fattah


jalan-jalan kat gamaah..
sabtu lepas bawak husna jalan-jalan kat jamiah mansurah