Sabtu, 11 Julai 2009

TARBIYAH

JENIS2 TARBIYAH

Baru-baru ni ada seorang adik seperjuanganku meminta aku meneragkan serba sedikit mengenai jenis-jenis tarbiyah yang berikut….
Aku yang bukan fakih sangat mengenai ilmu tarbiyah tersebut sekadar dapat memberi penerangan serba sedikit…

Ape yang akan aku kongsi pada post kali ini moga-moga dapat menambah lagi sedikit kefahaman dan pengetahuan kepada adikku khususnya dan kepada kita semua amnya..

Tarbiyah merupakan aspek terpenting dalam sesebuah gerakan Islam di seluruh dunia.
Tanpa tarbiyah ahli gerakan Islam tidak terarah ke satu matlamat yang telah menjadi dasar dalam perjuangan.ALLAH matlamat hidup, RASUL contoh teladan dan ikutan,
AL-QURAN sebagai perlembagaan, JIHAD adalah cara hidup dan mati pada jalan Allah….dan kita semua adalah ahli gerakan Islam,pejuang agama Islam….

Tarbiyah-tarbiyah berikut……….yang diperlukan bagi setiap ahli gerakan Islam

1.Tarbiyah Ruhiyyah
Iaitu menjana satu program berbentuk kerohanian seperti Qiamullai sesama ahli
Yang dilakukan di masjid, surau, rumah-rumah ahli secara bergilir, ia bartujuan
Bagi melahirkan keseimbangan jasmani dan rohani ahli dalam menghadapi kepel-
Bagaian tekanan dan tribulasi hidup.

2.Tarbiyah Jasadiyyah
Mengadakan sukan bersama dengan memelihara akhlak seperti berseluar panjang
Dan pada waktu-waktu yang sesuai hingga tidak menghalang ahli untuk bersolat
Jemaah di masjid atau surau, kemudian mengadakan sesi tazkirah ringkas yang
berhubung dengan konsep sukan menurut kaca mata Islam dan sebagainya. Ia
pernah diemplementasikan oleh Imam Hasan al-Banna sendiri.

3.Tarbiyah 'Aqliyyah/Fikriyyah
Ia lebih kepada kemampuan cara berfikir ahli yang dilatih tubi untuk menyelesaikan masalah umat Islam dan manusia sejagat, seperti penyelesaian atau punca kepada penularan virus A H1N1 kesan dan risiko kepada manusia, pandangan Islam mengenainya.

4.Tarbiyah Jihadiyyah
Iaitu satu bentuk tarbiyah yang memahamkan ahli kepada kesungguhan dalam beramal, berdakwah, menjadi rujukan masyarakat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan, kerana setiap ahli itu menjadi role model kepada masyarakat yang sentiasa diberi kepercayaan dalam sesuatu kehidupan bermasyarakat.

5.Tarbiyah Imaniyyah
Iaitu mendidik ahli agar memiliki keimanan yang padu dan jitu dengan dengan menjauhi segala perkara yang melibatkan bidaah, khurafat, tahayul, syirik dan penentangan terhadap hukum-hakam Allah SWT secara terang. Ahli perlu tahu bahawa iman boleh naik dan turun. Justeru, keadaan sentiasa berjemaah akan menjauhkannya daripada terjebak dalam iman yang sentiasa menurun. Pada masa yang sama memelihara rukun-rukun iman yang enam disamping memperkukuh kefahaman 'Aqidah Ahlus Sunnah wal jamaah.

6.Tarbiyah Akhlakiyyah
Setiap ahli adalah disaran agar memelihara akhlak terutama akhlak terhadap Allah, Rasul, al-Quran, Sunnah baginda Rasulullah s.a.w, terhadap kedua ibubapa dan mereka yang lebih tua selagi mana tidak mengarah kepada maksiat dengan menentang syariat Islam.

7.Tarbiyah 'Ilmiyyah
Iaitu merekrutkan ahli dengan segala bentuk bahan ilmu yang diperlukan, terutamanya ilmu-ilmu alat.Ilmu-ilmu syariah Islam dan Usuluddin.

SUMBER DARI US.ZAINUDIN HASHIM

Selasa, 7 Julai 2009

Sejenak.............

salam buat semuat sahabat-sahabat....
tak tau nak tulis pasal ape tuk post kali ini....
aku nak coret2 cerita 2,3 hari ni...

sekarang kat klate,baru sampai kemarin DULU dari KL. So x de internet kat umah..ni pun singgah kejap kat cc..banyak benda nak diPOSTkan tapi pendrive tinggal kat umah..:)tak berhajat pun nak singgah kat cc ni..

alkisah bermula jumaat lepas..dari melaka bertolak ke seremban dan dari seremban terus ke kota Damansara..sampai kt kota damansara jam 6.00 ptg...fuh penat

tgh hari hari sabtu p sg.congkak jap,ada program sekolah kakak iparku kat sana..blk dr sg.congkak sampai kt k.damansara jam 8.00 mlm...kelam kabut kemas barang,usai solat dan makan terus ke hentian putra...bas ke klate jam 10.00 mlm...nseb bek sempat sampai 10 mnit sblm bas bertolak...

sampai kat umah area 5.20 pg ahad...
lps solat subuh kakak msg suruh ambik dia kat airport...dia akn smpai kul 8.35 am..
terpaksa gagahkan diri bangun wlupun mengantuk sangat...disebabkan ayah tak berapa sihat kerana letih berulang alik dari MANEK urai dan demam chikugunya belum berapa baik lagi terpaksalah aku drive jgak p airport...kakak dah ugut klu x ambik.dia akan nangis kat tengah2 airpot tu...huhu

lps makan sebiji kueh sardin gulung dan secawan susu datuk(teh susu sebenarnye,tp anak2 sdare ku panggil mcm tu coz datuk mereka yang buat susu tu setiap pagi tuk kami sekeluarga..klu orang lain buat anak2 buah ku akan komen tak sedap, kena datuk jugak yang buancuhkan....)dan tanye sedikit cerita pasal manek urai ku bertolak..sejam lebih jugak nak sampai kat airport..

aku dah lambat...bertolak jam 7.55 pg...berbekalkan mata separuh terbuka dan sekeping repot polis aku drive keta sorang2...ini kerana purse aku hilang minggu lepas...so aku drive ari tu dengan takde ic dan lesen la...TAWAKAL jela...
sampai kat airpot,dah 15 mnit kakak aku tunggu...sorry ek k.nudra..
terus bertolak balik...otw balik sesekali aku hanyut masa drive..nyaris2 nak bergeser ngan keta lain...kakak ku di sebelah tdo,ngantuk katanya..mlm td bermlm kat airpot tak bleh tido...

sampai umah jam 10.00 am..terus sarapan nasi goreng bersama ayah dan umi..then kakak ku suh jd driver dia plak p tangkap gambar pasport..aku rancang smbil2 2 bleh buat ic skali..kami kluar lagi ke bandar jam 10.45 am..trus ke pjbt pendaftaran n giliran ku sampai lebih kurang kul 12.00 tgh hari...yang terkejutnya kena denda rm110 tuk wak ic baru..dahla purse hilang,nak wak ic kna byr plak...nasib2..pastu p tngkp gamba
pasport kakakku dan dia p shopping barang2 tuk p asrama uitm plak ptg nanti.

sampai umah jam 1.30 ptg...umi dah siap solat n masak TOMYAM kesukaanku..terus makan nasi..tak tahan lapar then solat...jam 3 lebih kemas barang2 kakak ku dan bertolak ke UITM Machang...sampai sana aku hanya menurunkan barang2nya dari kereta je..tak tolong angkat naik ke bilik dia...skali lg sorry kak nudra ek....aku nak kejar masa ke pejabat JPJ Machang tuk buat lesen plak..sampai kat jpj kul 4.00 lebih..nak tunggu turn aku sampai, mataku semakin layu...berat sangat....ngantuknye..PENAT..
turnku sampai jam 5.05 ptg..nseb bek proses buat lesen 2 5 mnit je..

terus bertolak pulang dengan azam sampai umah nak tido puas2...
sampai hampir kul 6.00 ptg...solat then tengok tv ngan adik jap tuk elak tertido sblm smpi magrib..
semasa makan petang jam 6.45 ayah ummi ajak p masjid coz ada kuliah malam tu kat masjid..aku bagi alasan mengantuk kat mereka tp alasan ku tak diterima...huhu
usai solat magrib ku berundur ke belakang ke port adikku(darjah 3)lepak sewaktu kuliah magrib..ku bersandar didindinG sambil baca himpunan hadis tuk elak dari mengantuk...
tup-tup...aku rasa bahu ku disentuh dan digoyang2kan..rupa2nya ada seorang nenek mengajutkan aku supaya tido dan bersandar elok2 ckit...katanye takit sakit leher nanti...malunye...rupanye ruang solat dah penuh dengan makcik2 dan nenek yang mendegar kuliah...aku yang muda ni tido plak sedangkan mereka semua mendengar kuliah..huhu

balik dari masjid makan me goreng semankuk sambil tengok tv dengan adk lelakiku yang darjah 5..rupa2nya rancangan MENTOR...NTAH ape2 rancangan tu..then aku trus masuk tido mata tak tahan sangat dah...

paginya aku tersedar bila umi kejut untuk sahur jam 5.15 pg...aku rasa tido mlm tu adalah yang pling nyenyak...hehe

isnin, penamaan calon di Manek URAI...ummi dan ayahku tak pergi kerana ayah tak berapa sihat lagi...

malam ni aku bertiga je dengan adikku kat umah,coz ayah n ummi akan p bermalam di Manek URAI...HUHU...SEMEMANGNYA aku diarahkan pulang tuk menjadi bdak sitter kepada adik2ku 2 orangtu...coz ayahummi kena turun bekerja kat Manek URAI....
MOGA KEMENAnGAN DI MANEK URAI ADALAH MILIK pejuang2 AGAMA ALLAH...

Sampai disini je coretan untuk kali ini...
DOAKAN KITA SEMUA MASIH DIJALANNYA DAN DITETAPKAN IMAN KITA DIJALAN YANG BENAR ...

Jumaat, 3 Julai 2009

PERJUANGAN YANG TAK SUDAH



BUAT ANAK-ANAK MAMA DAN IBU MASIHKAH KAU INGAT KATA-KATA INI........

BUAT SAHABAT-SAHABATKU TERUSKAN PERJUANGAN KITA

Sabtu, 20 Jun 2009

Panas,bergolak,bercelaru atau................

itulah yang dirasai semenjak dua menjak ini....

ape sebabnya?...adakah disebabkan el nino yang dijangka akan mencapai kemuncaknya
ramadhan nanti?

jerebu?

politik malaysia?

Manek Urai?........

atau ape-ape aje..........

cuma nak bagi pandangan pasal politik dalaman yang berlaku sekarang,,,

ana berharap kita semua dapat menilai dengan baik..
jangan buat kesimpulan meluru
jangan pandai-pandai nak bagi pendapat masing-masing
jangan pandai-pandai nak buat ulasan
cuba kaji sebaik mungkin
bertukar pendapat dengan orang lain
berbincang

kita tak merasai pahit maung perjuangan sebenar
perit jerih untuk mentadbir
untuk merancang

jangan kita cuba untuk memburukkan keadaan
jangan membuka pekung
jangan buka aib
jangan selak kain ayah @ keluarga kita sendiri

sama-samalah kita mendoakan agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan lancar.

ingatlah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...

sama-sama kita bersedia untuk menyambut bulan REJAB...

SELAMAT BERIBADAH DAN SALAM I'ADAH..

Ahad, 14 Jun 2009

Gambar Walimah Ku

Atas permintaan sahabat2 ana postkan lagi beberapa gambar semasa walimah ustazah Ku Rohana ari tu....





Sabtu, 13 Jun 2009

FIKIRKAN

Sama-sama kita buka minda dengan artikel yang di ambil dari blog mso ini....

Fikir Kadir Jasin
Mengapa Kita Tidak Meragui Kuan Yew?

PENGAMATAN yang dilontarkan oleh blogger A Kadir Jasin dalam posting terbaru dalam blognya dibawa tajuk: Lee Kuan Yew - fahami yang tersurat dan tersirat, patut dibaca oleh semua waga politik negara ini. Tulisan ringkas itu memberi gambaran kemungkinan-kemungkinan yang wujud di sebalik lawatan bekas Perdana Menteri Singapura itu dan mungkin tidak ‘terkelih’ oleh mata lain.

Kesimpulan kepada tulisan Kadir itu bahawa beliau ada perasaan curiga atas lawatan Kuen Yew itu bukan sebagai satu lawatan biasa hanya untuk berbernostalgia tetapi ada maksud-maksud lain lagi.
Menurut Kadir ada beberapa tujuan Kuan Yew membuat lawatan ke Malaysia. Antara yang digarapnya untuk direnungi bersama ialah;

1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia;

2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas;

3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN; LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura;

4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran;

5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan

6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

Sekiranya apa yang diamati Kadir mengenai perkara 1, 2 dan 3 itu benar maka lawatan Kuan Yew itu tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Lawatan itu seolah mahu menghentikan ombak perubahan dan peralihan politik negara ini yang kini mula meluas dan mengganas.

Kalau kunjungan itu benar untuk memberi semangat dan signal kepada pengundi Cina agar menyokong BN seharusnya kunjungan itu ditentang leh Pakatan Rakyat. Ada juga kemungkinan disebut Kadir itu kerana tidak boleh dinafikan masih ada segelintir komuniti Cina negara ini yang begitu megkagumi stail dan politik Kuan Yew. Malahan uslub politik Kuan Yew boleh mempengaruhi mereka.

Malangnya “maknawi” ini tidak terhidu oleh penyokong Pakatan Rakyat dan melihat sahaja kunjungan Kue Yew seolah ia tidak membawa apa-apa misi melainkan untuk melancung ke Tanah Melayu. Dan bagi Najib Razak dan UBN pula tentulah gembira kalau kunjungan itu seperti mana dibayangkan Kadir Jassin itu kerana mereka akan mendapat lapa politik masa depan.

Dalam pada itu Kadir juga membayangkan rasa terkilannya dengan sambutan yang diberikan kepada Kuan Yew. Padanya sambutan itu berlebih-lebihan yang tidak standing dengan apa yang mungkin Singapura berikan kepada Malaysia.

Kadir yang dikenali sebagai pengkagum Dr Mahathir menyoal apakah kalau negawaran Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Pulau Temasik itu Dr Mahathir akan diberi sambtan negarawa seperti Malaysia berikan kepada Kuan Yew itu?

Mengenai kebimbangan Kadir bahawa kunjungan Kuan Yew ada motif tertentu beliau mengkiaskan bagaimana maharaja Cina tidak mudah untuk menjejak kaki ke tanah asing melainkan ada niat tertentu.

Menurutnya maharaja Cina yang menganggap dunia lain termasuk orang jajahan takluknya sebagai orang liar (barbarians) dan orang tidak beragama (heathens). Ertinya pandangan dan penerimaan mahaja Cina kepada orang lain begitu hina. Jadi bila Kuan Yew yang dianggap sebagai ;maharaja Cina; itu datang ke Tanah Melayu tentulah ada yang tersurat di sebalik yang tersirat.

Memang kita baik dan berbudi tinggi dan lambat dalam menilai sesuatu. Hanya dengan sekali datang sahaja Kuan Yew boleh menerobos masuk semua pejabat pembasar di negara ini dari pejabat Perdana Menteri, Menteri Besar dan Istana Negara. Inilah mungkin dikatakan Kadir sebagai layanan agak berlebihan yang tidak wajar diberikan kepada Kuan Yew.

Akhirnya Kadir menyimpulan lawatan Kuan Yew itu sebagai risikan untuk mencari maklumat. Dalam hal ini tentulah bagi mengukuhkan kedudukan kuasa politik, sosial dan ekonominya.

Sekiranya apa dibimbangi Kadir itu satu kebenaran, soalnya kenapakah kita jadi semudah itu dan setulus itu terhadap pemimpin negara jiran yang banyak menyakiti hati kita itu?

Dimana peranan pakar strategi pertahanan, pakar risik, para diplomatik kita dan bagaimana mereka membuat simpulan atas tujuan lawatan Kuen Yew itu. Iya mungkin sebagai lawatan balas ke atas kunjungan Najib ke republik itu namun ia harus juga diselidiki apakah motif lain di sebalik kunjungan berkenaan.

Hanya Najib Razak yang kini perdana menteri sahaja yang mengetahui apa yang tersurat di sebalik lawatan itu.

Khamis, 11 Jun 2009

Andai Kita Tahu Ajal Kita...........

Andai ku tahu...
Kapan tiba masaku...
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Andai ku tahu...
Malaikatmu kan menjemputku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...

Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...
Aku manusia yang takut neraka...
Namun aku juga tak pantas disurga...

Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku...
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yg terus membayangiku...
Ampuni aku dari segala dosa dosaku...
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...


dimana kita sekarang?
kalau dfikir-fikirkan di mana tahap kita sekarang..

amalan..

QURAN yang kita hafal selama ni macam mana?

adakah bekalan untuk keSANA dah cukup?
bak kata sedara aku semasa aku safar ke Kedah aritu...

"hidup kat dunia ni senang je..tang cari bekalan tuk keSANA susah sikit"

sama-sama kita koreksi DIRI...