Jumaat, 21 Januari 2011

Kita(MALAYSIA) dan TUNISIA...apa bezanya ek??

sempena isu hangat Dunia sekarang, saya terpanggil untuk memberi komentar terhadap isu Tunisia. Tapi ini sekadar komentar peribadi saya yang tidak hebat ilmunnya berbanding orang lain.

saya telah membaca pelbagai berita dan pendapat dari pelbagai sumber mengenai kajatuhan pemerintahan BEN Ali.

dan beberapa hari lepas saya ada mengikuti segmen ISU SEMASA yang disiarkan oleh radio ikim.fm.

so,apa yang saya dapat simpulkan dari sisi pandangan saya adalah seperti berikut,

kejatuhan pemerintahan itu berlaku di sebabkan:

  • penduduk tidak puas hati apabila seorang pemuda yang merupakan penjual bertindak membakar diri disebabkan memprotes pihak penguat kuasa yang menyita gerai beliau, dan tindakan penguat kuasa itu lebih kepada kepentingan mereka.
  • penduduk tidak puas hati apabila pemerintah gagal mengekang kenaikan mendadak harga barang keperluan asas.
  • Tunisia merupakan antara negara terkaya di benua Afrika, tetapi kekayaannya tidak di agihkan secara seimbang, yang kaya terus kaya yang miskin terus melarat.
  • pemerintahan BEN Ali bagus untuk segi pendidikan tetapi mereka gagal menyediakan keperluan pekerjaan yang secukupnya.
  • kita nampak dari luar TUNISIA adalah negara yang stabil, tetapi hakikatnya sebaliknya.
  • selepas Ben Ali dilantik menjadi presiden, beliau menjadikan jawatan beliau adalah jawatan seumur hidup.
  • beliau mencipta undang-undang untuk melindungi diri beliau.
  • menjadikan negara Tunisia sebagai negara POLIS, dengan memperuntukkan sebanyak 2 % dari seluruh bilangan penduduk Tunisia yang bekerja sebagai polis, padahal Tunisia adalah sebuah negara yang kecil. ini untuk membolehkan beliau menguasai rakyat dengan kuasa polis.
  • terlalu banyak penyelewang kuasa pada zaman pemerintahan beliau.
  • tidak membenarkan menyimpan janggut, Wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat awam, untuk solat di masjid setiap jemaah perlu memiliki kad untuk solat.
  • beliau memerintah selama 23 tahun secara kuku besi, tiada pelapis.
  • tiada kebebasan untuk bersuara
  • pemerintahan beliau disokong oleh Amerika dan Perancis.

cuba renung dan fikir-fikirkan balik, apa bezanya Tunisia dan Malaysia.

macam banyak je persamaan kan!

p/s:walaupun pemerintahan Ben Ali sebelum ni disokong oleh Perancis, tapi beliau dihalang untuk melarikan diri kesana...huhu

p/s:sampai bila kerajaan sekarang nak berubah ek! ke nak tunggu rakyat memberontak dulu!

Khamis, 6 Januari 2011

Tribute untuk ummi dan ayah

ummi dan ayah tercinta



tiada kata yang mampu di ucapkan, hanya ucapan seinfiniti kesyukuran serta tahmid pada ILAHI kerana diri ini mampu mencapai usia hingga ke tahap ini. ulang tahun kali ini seperti sebelumnya, macam biasa, walaupun hakikatnya usia makin bertambah cuma hakikatnya berjauhan dari insan-insan yang menjadi watak atau orang utama yang menjadi asbab adanya saya hingga saat ini...alhamdulillah

biasanya bila tiba befday seseorang, orang yang paling diraikan adalah befday girl/boy...padahal yang sepatutnya adalah ibu yang melahirkan befday girl/boy tersebut...yang selama ini banyak berkorban dan bersusah payah demi anaknya itu...

so,entry kali ini adalah khas untuk ummi dan ayah yang yang telah banyak berkorban dan berjasa untuk 'kami' berdua..kenapa 'kami'? sebab pada tanggal 6 januari 1987 keluarga Hj.Hamzah dan Hjh.Hafsah dikurniakan sepasang bayi..^_^alhamdulillah bayi-bayi tersebut membesar hinggalah ke saat ini..makin memebesar ke 'kita' ni en.buddy?


ummi ayah,
begitu banyak pengorbanan ummi dan ayah untuk membesarkan kami hingga ke tahap sekarang ini.bermula dari saat kami dalam kandungan lagi..nama dah anak kembar, so ujian dan pengalaman selama mengandungkan kami amatlah berbeza dari anak-anak lain..sungguh mencabar, mengikut apa yang diceritakan oleh ummi lah kan..selama 9 bulan lebih, ummi sentiasa membawa kami kemana saja ummi pergi..samapi masa 9 bulan pergerakan ummi sudah agak terbatas, untuk bangun terpaksa dibantu oleh orang lain..saat melahirkan satu lagi saat yang pengorbanan ummi pada kami..seorang dirumah manakala seorang lagi di hospital...proses membesarkan kami penuh cabaran dan susah payah,semuanya dua kali ganda..tenaga, prasarana dan perbelanjaan...moga Allah membalas jasa dan pengorbanan ummi!


ummi ayah,
kami mendapat pendidikan secara terus dari ummi dan ayah..kami seramai 9 orang adik beradik tiada yang memasuki tadika atau pasti. kami diajar alif ba ta, a b c, 1 2 3 oleh ummi dan ayah...alhamdulillah kami semua tidak ketinggalan malah mendahului rakan-rakan sekelas semasa darjah satu..alhamdulillah sampai sekarang kami semua dikatakan berjaya pada tahap masing-masing..jazakumullah ummi ayah!


ummi ayah,
walaupun kita bukan tergolong dalam kalangan orang berada, tapi alhamdulillah dengan hasil penat lelah ummi dan ayah mengusahakan kebun getah dan perusahaan jahitan secara kecil-kecilan mampu memberi pendidikan kepada kami seramai 9 orang..lebih-lebih lagi di saat menyediakan keperluan dan bajet untuk kami berdua, semuanya perlu disediakan dua kali ganda..duit dan material..namun ummi ayah tidak pernah berkira dengan anak dalam soal bajet untuk pendidikan asalkan yang terbaik untuk anak-anak!..ni yang best ngan ummi dan ayah ni!




sekarang, inilah hasilnya..



bakal Dr. Abdul Fattah bin Hamzah
tahun 4,university of Mansoura, Egypt.





bakal ape??huhu
Fatanah bt Hamzah
Tahun 2, takhassus Qiraat Maahad Qiraat Fatayat Mansoura, Egypt.


akhirnya sekarang..kami berdua ditakdirkan Allah masing-masing sedang melanjutkan pelajaran di Mansoura, Mesir...siapa sangka! cantik sungguh percaturan Allah itu! memang en.buddy tu nak ambik bidang medic..tapi bidang tu ada je kat mana-mana kan...tp Allah campakkan dia kat mansoura akhirnya...

hmmm...saya pulak, sebenarnya tak minat sangat dalam bidang Qiraat ni..huhu...masa nak isi borang untuk sambung pengajian selepas diploma di DARUL QURAN saya mintak keizinan dari ummi dan ayah tak nak isi borang UPU (senang kata, u dalam negeri), saya mintak nak sambung kat luar negara..ye lah,nk sambung belajar ni kna tanya pihak penaja kan FAMA..^_^..alhamdulillah, permohonan lulus..lepas tu saya mintak nak sambung selain mesir, coz da tau,klu mesir..mesti qiraat! tak nak2!ok, bincang-bincang ngan ummi..lepas dengan bersyarat, sbb ummi sbenarnya nak saya sambung bidang Qiraat jgak!huahua...tapi, tak ingat selang berapa hari atau berapa ketika, ayah telefon, (masa tu kt dq lagi) ayah pujuk suruh sambung mesir jugak..ummi skali...selepas dengar reason dan harapan dari ummi ayah..saya bersetuju sambil menagis(betul kah?) dengan janji dan syarat ummi dan ayah kena sentiasa menyokong dan mendoakan saya dalam bidang Qiraat ni..ayah dan ummi adalah tulang belakang saya di mesir sekarang!..saya kuat disini kerana mereka berdua..AYAH UMMI, love ummi ayah sangat-sangat!..hmm..kenapa saya merepek tiba-tiba pasal diri saya ek...bukan ape, nak kata ummi dan ayah saya amat penting dalam hidup saya!


disini saya sertakan hadis serta ayat-ayat al-Quran yang berkaitan jasa ibu ayah.....


Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Luqman: 14)

Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud berbunyi: Seorang anak itu belum dapat lagi membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapatinya sebagai hamba. Lalu dibelinya dan dimerdekakannya.


Dalam satu riwayat oleh Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh Abdullah bin Amru tentang amalan lebih dikasihi Allah. Lalu Baginda menjawab: Solat dalam waktunya.Tanya Abdullah lagi: Selepas itu apa?Baginda menambah: Berbuat (berbakti) baik kepada kedua ibu bapa. Abdullah bertanya lagi: Kemudian itu Rasulullah? Baginda menjawab: Berjuang di jalan Allah.


Sesungguhnya Rasulullah mengsabitkan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan dari golongan muslim. Tabrani meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: Bukanlah dari golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasahi anak kecil kami.


nah, kita lihat betapa tingginya pengorbanan ibu ayah kita sampaikan ada ayat al-Quran dan hadis berkaitan berbakti dan berbuat baik kepada mereka...sampaikan redha mereka adalah redha Allah jua...selagi peluang terbentang di depan mata, berbaktilah kepada mereka..kalaupun sudah kehilangan mereka doa dan berbuat baik kepada sahabat-sahabat merekaa adalah cara yang terbaik....


sampai disini untuk kali ini...jazakumullah UMMI dan AYAH!...sayang ummi ayah...doakan yang terbaik untuk kami berdua!
p/s 1:syukran jazilan pada semua yang tersangat excited wish befday saya...kalian memang the best 4 ukhwah...^_^

p/s 2: betul ke muka kami sama sangat2..sampai ad yang kata saya adalah fattah yg takde misai...huahua.

p/s 3:tuk study group saya, tq 4 suprise td n belanja makan...tp x puas hati sebab korang makan awal dari befday gurl dan korang lebih kenyang dari befday gurl..huhu..suka sangat2 hadiah dari korang..siap ada tuk fattah skali..sweet..



Jumaat, 31 Disember 2010

Yang Di Depan Sana ....Yang Di Belakang?

Dan bahawa Manusia hanya memperolehi apa yang telah
diusahakannya, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan
kepadanya, kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan
balasan yang paling sempurna, dan sesungguhnya kepada
TUHANmulah kesudahan segala sesuatu.
~surah an-Najm, ayat 39-42~
alhamdulillah, saat ini masih diberi kesempatan dan peluang untuk mencoret sesuatu untuk tahun baru masihi..sebenarnya post ini ingin dikeluarkan sebagai post terakhir untuk tahun 2010, tapi atas kesakitan yang dialami buat kesekian kalinya, terpaksa layan sakit dulu..huhu..walau apapun post ini menjadi post terakhir untuk tahun 2010 bagi waktu MESIR dan menjadi post pertama untuk tahun 2011 bagi waktu MALAYSIA.~selamat tahun baru 2011 semua!~
macam mana dengan kehidupan kita yang akan datang? sudah ada perancangan?..azam tahun 2010 dah selesai belum?..moga-moga azam tahun 2011 a.k.a azam tahun baru sudah ada dan azam itu hendaknya mantap dengan diri anda!..lagi haru kalau kita tiada azam..apapun jangan lupa apa yang telah kita tinggalkan dan lalui sebelum ini..jadikan apa jua yang terjadi pada tahun sebelumnya sebagai 'side mirror' bagi diri kita, sebagai rujukan dan sempadan untuk kita berubah kepada lebih mantap dan baik!
SEMANGAT! mulakan hari di tahun baru dengan semangat..kalau anda tidak/kurang bersemangat, carilah sEMANGAt itu..semangat itu ada, cuma 'dia' menyorok^_^..cuba umpan dan bagi upah untuk diri anda sendiri!..sebagaimana kita beri semangat kepada orang disekeliling kita..memang kita mudah untuk memberi semangat dan memberi nasihat kepada orang lain, tetapi kita susah untuk menasihati diri kita..kenapa ye?..tetapi siapa lagi yang boleh mengubah diri kita kalau bukan diri kita sendiri.~ayuh,sama-sama ubah diri, carilah
spirit' dalam diri anda itu..anda boleh!~
moga-moga yang di depan sana menjadi yang terbaik untuk diri kita, dan yang di belakang sana menjadi pengajaran dan rujukan untuk diri kita..sama-samalah tadabbur ayat-ayat di atas.
p/s:sanah helwah untuk sahabat baik saya dari sekolah rendah lagi, NUR FARAHIN dan untuk ahli bait saya acik Masruha...semoga kalian sentiasa dalam rahmatNYA..ameen.

Sabtu, 11 Disember 2010

sejukkkkkkkkkkk.....trrrrr....

salam alaik semua....lama tak mencoret atau bercerita disini...
musim sejuk sudah tiba..kesejukan semakin bertambah dari sehari kesehari dan hari ini amat drastik pertambahan kesejukannya berbanding semalam..mungkin sebab hujan semalam kut...dan dijangka hujan akan turun jugak pada esok hari...kena bersiap sedia ni...huhu..
kalau hari ni suhunya 19 celcius da tak tahan, esok lagi la...dijangka suhu esok mencapai 13 celcius...
bila tiba musim ni...macam-macam omelan dari kawan-kawan..bagi saya bukan rungutan tapi sekadar omelan je la..antara..sejukkkkkkkkkknya (sambil terketar-ketar)....malasnya nak masuk bilik air ni,kalau boleh nak jaga wuduk dari subuh sampai isyak..sejuknya nak mandi (walaupun da ada heater),sejuknya..sayangnya nak tinggal lihaf ni (selimut tebal)..asyik nak makan je,asyik nak menguyah je kerjanya..,malasnya nak basuh baju..air sejuk sangat..macam-macam lagilah omelan nakal kawan-kawan,mereka bukan merungut pada kejadian Allah itu,tetapi sekadar berceloteh tuk menghilang kesejukan...huhu...bestkan musim sejuk kawan-kawan^______^
kenapa Allah ciptakan musim sejuk ek,mesti ada kelebihannya kan?...
ape lagi kawan-kawan jom pakat-pakat puasa dan qiam ek...
dan sewaktu pengajian dengan syeikh pagi tadi kami semua duduk dalam keadaan menahan kesejukan, so syeikh pun berceritala pasal kelebihan musim sejuk ni siap pesan dan syorkan makan berkhasiat untuk kami...sebab beliau kata malizi ni tak tahan sejuk sebab tak makanan berkhasiat...huhu
syeikh kata kat kitaorang musim sejuk danwaktu hujan ni pintu langit terbuka,so doa kita insyaAllah akan diterima oleh Allah pada waktu ini...banyak-banyakkan berdoa kawan-kawan sume..moga-moga doa kita diterima DIA..
apepun setiap kejadian Allah ada hikmahnya^__^
p/s:suka sangat2 bila bercakap keluar asap dari mulut...tapi x suka sebab sejuk sangat2

Selasa, 16 November 2010

salam 'Idul Adha1431

salam 'Idul adha dari kami sekeluarga...
huhu...walaupun saya bukan bersama kuarga sekarang...namun,ikatan kekeluargaan tetap tersemat,tepateri kukuh dihati ini....
rindu semua...ummi ayah, adik beradik dan anak buah sekalian...

saat-saat sebelum dikorbankan...unta ini menangis


unta penat posing sebelum dia dikorbankan..

dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam 'Idul Adha kepada semua, terutamanya kepada ummi dan ayah tercinta,adik beradik dan anak saudara...
kepada saudara mara, para guruku, sahabat handai sekalian....
kullu 'am wa'antum bikhair


Khamis, 11 November 2010

Bingkisan buat adik-adikku yang tersayang fillah

Muhammad bin Hamzah

ayah mad bersama Qosim, anak saudaranya yang paling kecil

MUHAMMAD
pertamanya sekalung tahniah diucapkan kepada satu-satunya adik lelakiku kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR...Alhamdulillah,alfun mabruk..
terima kasih Muhammad kerana dapat memberi hadiah pada kemenangan pada ISLAM, pada guru-guru dan terutamanya pada ummi dan ayah kita...
walaupun kadang-kadang kenakalanmu agak memeningkan kami semua,tetapi alhamdulillah kejayaan bersamamu...ye la,ada orang kata, bukan nama budak lelaki kalau bukan nakal, suka main bola sepak, terlampau aktif (sejak dari bayi lagi), suka kacau orang...huhu
tetapi kami BANGGA dengan MUHAMMAD ^_^
Muhammad dahulukan agama, dengarlah kata-kata ummi dan ayah..agamalah akan membimbing kita pada masa akan datang..sesungguhnya kami,kakak-kakak dan abang-abangmu pernah melalui saat ini...keliru untuk memilih, lagi-lagi bila mendapat tawaran SBP atau MRSM....tetapi, ketahuilah pilihan ummi dan ayah kita tidak pernah silap...
semoga dapat meneruskan perjuangan kakak a.k.a khadijah di MTS.
KHADIJAH HAMZAH a.k.a kakak


bittaufik wannajah 4 SPM



KHADIJAH
ini pula alkisah kakak kepada Muhammad, beza umur mereka berdua agak jauh...cuba kira, SPM dan UPSR..berapa tahun beza umur mereka....hmmmm...dalam 4 tahun bezanya..
beliau akan menduduki SPM di Mahad Tahfiz Sains (MTS) bermula 23 nov ini. Semoga kakak di permudahkan urusan dan di beri petunjuk serta hidayah untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti...semoga keberkatan 30 juz bersama mu...
kakak,buktikan bahawa pelajar agama,pelajar tahfiz + sains tulen boleh berjaya jugak...buktikan al-Quran adalah segala-galanya..semoga yang terbaik untuk kakak!
" ingatlah adik-adikku, kita hidup di dunia ini adalah sebentar cuma,
maka, agama adalah pilihan yang terbaik, cubalah sedaya upaya
membalas jasa-jasa ummi dan ayah kita yang telah banyak
berkorban pada kita semua............."

Selasa, 26 Oktober 2010



Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerna masih lagi di beri kesempatan menjejaki kaki di ardul kinanah ini,masih menjadi salah satu nadi yang menghidupkan bumi Mansurah,..menyambung lagi pengajian yang masih menjadi tanggungjawabku buat masa ini.

Bumi Mesir,bumi Mansurah tidak banyak berubah sepanjang peninggalanku. Masih sentiasa sibuk jalan-jalannya..terutama di waktu malam..kerana sudah lama tidak biasa melintas jalan yang sibuk di mesir,aku menjadi takut untuk berbuat demikian..memerlukan masa untuk berbuat demikian dan aku pernah beberapa kali hampir dilanggar..dan yang paling mencemaskan sewaktu pulang dari maahad kelmarin dulu,nyaris –nyaris di rempuh oleh motorsikal..memang menggadai nyawa untuk melintas jalan di mesir ini..tapi alah bias tegal biasa..^_^

Menghadiri maahad Qiraat Fatayat Mansurah adalah tugas harian kecuali jumaat,bersama banat-banat I’dadi..seperti biasa,kanak-kanak kecil ramah menyapa kami pelajar Malaysia dengan soalan yang sudah mangli di telinga kami..ismakeh? (siapa nama)..kadang-kadang jenuh dan naik jemu nak menjawabnya disebabkan kami perlu melalui soalan itu setiap hari malah beberapa kali setiap hari..sambil tersenyum kami menjawab seadanya dengan nama yang pelbagai..kadang-kadang kami menjawab dengan nama buah-buahan, seperti betik,rambutan dan pelbagai lagi yang pelik-pelik..dengan niat supaya mereka susah nak menyebut nama kami dan mereka tidak akan bertanya lagi buat kesekian kalinya…huhu..macam-macam.

Memasuki pasar yang tetap meriah seperti sebelum ini..Cuma sedikit terkejut tatkala ingin membeli tomato, 8 geneh sekilo!..sebelum ini segeneh dan kalau paling mahal pun dalam 2,3 geneh..huhu..hajat untuk membeli tomato terpaksa dibatalkan..terlalu mahal kerana bukan musim dia..ammu yang menjual ikan kegemaran baitku masih tetap di gerai ikannya,ammu im yang menjual barang runcit masih murah dengan senyumannya..tidak ada perubahan..Cuma kedai yang menjual bekas polisterin dan plastik sudah tidak kelihatan,mungkin sudah berpindah..harga buah macam biasa..buah musim sejuk belum lagi kelihatan..

Kembali ke Mansurah dengan bahu yang hampir senget dek tanggunggjawab yang menanti..kembali ku dalam keadaan kurang bersedia, mental masih belum sepenuhnya bersedia..sedar-sedar diri ini sudah berada di Mansurah..masih belum bersedia meninggalkan Malaysia, terutama ummi dan ayah tersayang..tapi,insyaAllah dengan semangat yang masih ada dalam diri ini,semangat dari sahabiah ,dari rahmat DIA, hidup ini akan dapat dilalui dengan jayanya..dapat melunaskan tanggungjawab yang terpundak di bahuku ini..hidup ini sudah diatur oleh ALLAH ,tinggal kita sahaja untuk melakonkannya sambil kita terus berusaha melakonkan/melakukan yang terbaik..

Pelbagai cerita dan informasi,pengalaman serta ilmu yang aku tertinggal sepanjang aku di Malaysia.Berbagai cerita,ada yang patut dan ada yang menyesakkan dadaku..cerita yang tak perlu terlakar di bumi Mesir ini..noktah!..masalah kumpulan minoriti yang suka membuat hal..memaksa majoriti mengikut kehendak minoriti..sampai bila istilah berlapang dada dijadikan sandaran..suatu hal yang membazirkan masa, tenaga dan fulus..sekalung penghargaan dan tabik hormat kepada sahabat dan sahabiah yang bersengkang mata, berpenat lelah ,berhabis wang melalui skrip kehidupan yang sedemikian..

Moga penggal hidup kali ini adalah yang terbaik buat diriku..menjadi hamba DIA yang terbaik..menjadi anak yang meyejukkan perut ummi menenangkan jiwa ayah mengembirakan mereka..nadi penggerak agama Allah..dapat memasyikan serta menghadamkan AL-QURAN..