Khamis, 11 November 2010

Bingkisan buat adik-adikku yang tersayang fillah

Muhammad bin Hamzah

ayah mad bersama Qosim, anak saudaranya yang paling kecil

MUHAMMAD
pertamanya sekalung tahniah diucapkan kepada satu-satunya adik lelakiku kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR...Alhamdulillah,alfun mabruk..
terima kasih Muhammad kerana dapat memberi hadiah pada kemenangan pada ISLAM, pada guru-guru dan terutamanya pada ummi dan ayah kita...
walaupun kadang-kadang kenakalanmu agak memeningkan kami semua,tetapi alhamdulillah kejayaan bersamamu...ye la,ada orang kata, bukan nama budak lelaki kalau bukan nakal, suka main bola sepak, terlampau aktif (sejak dari bayi lagi), suka kacau orang...huhu
tetapi kami BANGGA dengan MUHAMMAD ^_^
Muhammad dahulukan agama, dengarlah kata-kata ummi dan ayah..agamalah akan membimbing kita pada masa akan datang..sesungguhnya kami,kakak-kakak dan abang-abangmu pernah melalui saat ini...keliru untuk memilih, lagi-lagi bila mendapat tawaran SBP atau MRSM....tetapi, ketahuilah pilihan ummi dan ayah kita tidak pernah silap...
semoga dapat meneruskan perjuangan kakak a.k.a khadijah di MTS.
KHADIJAH HAMZAH a.k.a kakak


bittaufik wannajah 4 SPM



KHADIJAH
ini pula alkisah kakak kepada Muhammad, beza umur mereka berdua agak jauh...cuba kira, SPM dan UPSR..berapa tahun beza umur mereka....hmmmm...dalam 4 tahun bezanya..
beliau akan menduduki SPM di Mahad Tahfiz Sains (MTS) bermula 23 nov ini. Semoga kakak di permudahkan urusan dan di beri petunjuk serta hidayah untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti...semoga keberkatan 30 juz bersama mu...
kakak,buktikan bahawa pelajar agama,pelajar tahfiz + sains tulen boleh berjaya jugak...buktikan al-Quran adalah segala-galanya..semoga yang terbaik untuk kakak!
" ingatlah adik-adikku, kita hidup di dunia ini adalah sebentar cuma,
maka, agama adalah pilihan yang terbaik, cubalah sedaya upaya
membalas jasa-jasa ummi dan ayah kita yang telah banyak
berkorban pada kita semua............."

Selasa, 26 Oktober 2010



Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerna masih lagi di beri kesempatan menjejaki kaki di ardul kinanah ini,masih menjadi salah satu nadi yang menghidupkan bumi Mansurah,..menyambung lagi pengajian yang masih menjadi tanggungjawabku buat masa ini.

Bumi Mesir,bumi Mansurah tidak banyak berubah sepanjang peninggalanku. Masih sentiasa sibuk jalan-jalannya..terutama di waktu malam..kerana sudah lama tidak biasa melintas jalan yang sibuk di mesir,aku menjadi takut untuk berbuat demikian..memerlukan masa untuk berbuat demikian dan aku pernah beberapa kali hampir dilanggar..dan yang paling mencemaskan sewaktu pulang dari maahad kelmarin dulu,nyaris –nyaris di rempuh oleh motorsikal..memang menggadai nyawa untuk melintas jalan di mesir ini..tapi alah bias tegal biasa..^_^

Menghadiri maahad Qiraat Fatayat Mansurah adalah tugas harian kecuali jumaat,bersama banat-banat I’dadi..seperti biasa,kanak-kanak kecil ramah menyapa kami pelajar Malaysia dengan soalan yang sudah mangli di telinga kami..ismakeh? (siapa nama)..kadang-kadang jenuh dan naik jemu nak menjawabnya disebabkan kami perlu melalui soalan itu setiap hari malah beberapa kali setiap hari..sambil tersenyum kami menjawab seadanya dengan nama yang pelbagai..kadang-kadang kami menjawab dengan nama buah-buahan, seperti betik,rambutan dan pelbagai lagi yang pelik-pelik..dengan niat supaya mereka susah nak menyebut nama kami dan mereka tidak akan bertanya lagi buat kesekian kalinya…huhu..macam-macam.

Memasuki pasar yang tetap meriah seperti sebelum ini..Cuma sedikit terkejut tatkala ingin membeli tomato, 8 geneh sekilo!..sebelum ini segeneh dan kalau paling mahal pun dalam 2,3 geneh..huhu..hajat untuk membeli tomato terpaksa dibatalkan..terlalu mahal kerana bukan musim dia..ammu yang menjual ikan kegemaran baitku masih tetap di gerai ikannya,ammu im yang menjual barang runcit masih murah dengan senyumannya..tidak ada perubahan..Cuma kedai yang menjual bekas polisterin dan plastik sudah tidak kelihatan,mungkin sudah berpindah..harga buah macam biasa..buah musim sejuk belum lagi kelihatan..

Kembali ke Mansurah dengan bahu yang hampir senget dek tanggunggjawab yang menanti..kembali ku dalam keadaan kurang bersedia, mental masih belum sepenuhnya bersedia..sedar-sedar diri ini sudah berada di Mansurah..masih belum bersedia meninggalkan Malaysia, terutama ummi dan ayah tersayang..tapi,insyaAllah dengan semangat yang masih ada dalam diri ini,semangat dari sahabiah ,dari rahmat DIA, hidup ini akan dapat dilalui dengan jayanya..dapat melunaskan tanggungjawab yang terpundak di bahuku ini..hidup ini sudah diatur oleh ALLAH ,tinggal kita sahaja untuk melakonkannya sambil kita terus berusaha melakonkan/melakukan yang terbaik..

Pelbagai cerita dan informasi,pengalaman serta ilmu yang aku tertinggal sepanjang aku di Malaysia.Berbagai cerita,ada yang patut dan ada yang menyesakkan dadaku..cerita yang tak perlu terlakar di bumi Mesir ini..noktah!..masalah kumpulan minoriti yang suka membuat hal..memaksa majoriti mengikut kehendak minoriti..sampai bila istilah berlapang dada dijadikan sandaran..suatu hal yang membazirkan masa, tenaga dan fulus..sekalung penghargaan dan tabik hormat kepada sahabat dan sahabiah yang bersengkang mata, berpenat lelah ,berhabis wang melalui skrip kehidupan yang sedemikian..

Moga penggal hidup kali ini adalah yang terbaik buat diriku..menjadi hamba DIA yang terbaik..menjadi anak yang meyejukkan perut ummi menenangkan jiwa ayah mengembirakan mereka..nadi penggerak agama Allah..dapat memasyikan serta menghadamkan AL-QURAN..

Rabu, 29 September 2010

Tulislah Sendiri Sejarah Kamu...

Seorang Muslim umpama seekor lebah. Segala sesuatu yang ada pada dirinya mengandungi faedah, hingga kamu boleh melihat seorang Muslim mendermakan harta yang dimilikinya dengan sepenuh hati, memberikan makanan kepada orang lain, meminjamkan buku-bukunya kepada sesiapa yang memerlukan dan ingin membacanya, menghulurkan bantuan kepada orang yang sedang ditimpa musibah, membantu orang fakir, menjenguk orang yang sedang sakit, menghormati orang tua, memuliakan orang alim, membenci orang yang berbuat anianya, ramah kepada semua orang, berperilaku baik terhadap kaum muslimin dan kerap memberikan pertolongan dengan kedudukan yang dimiliki.

pada intinya, seorang Muslim memanfaatkan umur yang dimilikinya untuk kebaikan. Segala bentuk kebaikan dan keluhuran yang mampu dilakukannya tidak akan sia-siakan. Tidak hanya itu, seorang Muslim sentiasa berusaha untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain selepas dia meninggalkan dunia, seperti mewakafkan buku-buku yang bermanfaat, menuklis buku, membina masjid, meninggalkan anak soleh yang menggantikannya, menanam pokok yang boleh berbuah dan melibatkan diri dalam mendirikan yayasan amal.

dengan demikian sama-samalah kita tulis dan cipta sejarah yang paling terbaik dalam kehidupan kita...dengan berlandaskan IMAN dan Islam...Berjuang dan ciptalah sejarah selagi termampu..

*tulisan ini dipetik dari buku 'Demikianlah masa menceritakan kepada kita' karya Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni...dan ada sedikit penambahan pada akhirnya...semoga bermanfaat untuk kita bersama




Ahad, 29 Ogos 2010

sekadar coretan........

assalamualaikum semua...

setelah sekian lama saya tidak mencoret sesuatu di ruangan ini...kalau adapun sekadar sedikit coretan pada minggu lepas,itu pun kerana desakan sahabat2 yang inginkan khabaran terkini dari saya..huhu..seingatnya paling last saya menulis sebelum imtihan aritu...dan hari ni saya dah lebih kurang 3 minngu di Malaysia..saya ingin menulis mengenai 2,3 perkara..tak ada pun sangat...sekadar khabaran tuk sahabat2 saya yang tersayang nun di sana..

pertamanya..huhu,macam karangan pulak, saya ingin gunakan kesempatan ini untuk mengucapkan Alfun Mabruk kepada semua sahabat2 Qiraat tahun 1 kerana kita semua NAJAH SOFI..Alhamdulillah,syukur sangat2..selepas pelbagai keperitan dan mehnah yang kita lalui,akhirnya terbalas jua dengan kejayaan ini..berbanyak terima kasih diucapkan kepada pihak DPM Mansoura,Shoubra dan Pmram yang banyak membantu serta bersusah payah untuk kami semua..tak lupa kepada semua sahabat yang kuat dan saling mrmbantu dalam menghadapi semua ujian baru2 ini..sama2 kita meningkatkan lagi semangat kita untuk menuntut ilmu dan menambah ilmu kita semua..

ok da abis part tu...masuk part len plak...alhamdulillah sya selamat sampai di malaysia..ingin menjawab persoalan sahabat2 yang mengatakan saya menyepi...huhu...ada je ni...cuma diam je..tak kemana-mana pun,kat rumah je..awal2 puasa jadi supirah untuk ummi,hantar ummi ke tempat-tempat tadarus...ummi kena conduct tadarus di kampung2 tertentu..dan setiap hari menjadi supirah kepada adik bongsuku yang tiba2 masuk bulan puasa ni malas nak mengayuh basikal ke sekolah.

mingu lepas baru siap tolong ummi selesaikan tempahan tudung labuh yang mencecah ratusan jgop...huhu,baru tau betapa penatnya nak dapat duit..nk kena potong dulu...jahit biasa,jahit kelim plak...dan yang paling mencabar masa nak packing..sebab nasa tu la jumpa yang rosak kainnya,yang kotor...kena basuh,yang berkedut...terpaksa kena ion,yang tak elok jahitannya..huhu,alhamdulillah dah settle tadi..

selebihnya masa berbaki saya tolong ummi ayah,macam biasala..tak kerja pun,hanya duduk kat rumah...huhu..jadi suri rumah..selain itu tengah mengkaji keadaan serta suasana politik dan sosial di Malaysia..amat teruk keadaan politik dan sosial sekarang,tenat dan memenatkan..apa nak jadi dengan malaysia dan kerajaan malaysia sekarang.politik tak salah,orang yang membawa politik itulah yang membuatkan politik itu salah dan kotor...macamnilah jadi kalau politik dan islam dipisahkan...sedarlah wahai rakyat Malaysia!

akhirnya...semoga kita dapat sama2 menggandakan ibadah kita disepuluh hari terakhir Ramadhan ini...sama-sama memburu keampunan serta memburu lailatulQODAR...

Rabu, 18 Ogos 2010

setelah sekian...........

assalamualaikum semua.....

huhu...setelah sekian mendiamkan diri, bukan berniat pun nk buat macam ni...
mintak maaf kat 'p.a' saya terutamanya...huhu...maaf ek^_^
bila balik rumah kali ni saya lebih bersifat perumah....malas nak kuar rumah..
padahal x buat ape pun kat umah...lagi2 bulan puasa..adik2 semua pergi sekolah..pukul 3,4 baru balik...alik2 ngaji,makan,,,ulp puasa la..x ingat..huhu..tido, baca buku,paper..
dan tugasku sekarang adalah menjadi supirah pada adik bongsu dan ummi...huhu..
rindu sangat kat sahabat2 kat mesir....
yg kat mesia pun x sempat jumpa lagi...huhu
hmmm satu sebab saya mendiamkan diri adalah...intenet kt umah masalah ckit...huhu

nway saya sentiasa mengingati antum semua...selamat menjalani bulan ramadhan dengan sebaiknya...
see u next time^_^

Selasa, 6 Julai 2010

GO go go kawan-kawan...ganbate!


alhamdulillah, akhirnya semalam jadual imtihan telah keluar....
imtihan tahriri akan bermula 17-25 julai ini..manakala syafawi adalah diantara tarikh tahriri berikut...just bersedia bila-bila masa..^-^
tinggal 10 hari lagi untuk imtihan..huhu..ada orang kata, bilangan hari tuk xam tak penting...yang penting usaha kita..betul tak?
di saat menghampiri imtihan ini, bagi saya SEMANGAT adalah penting...dengan SEMANGATlah kita dapat terus istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhirnya..
jangan sesekali anda membiarkan diri anda rasa tidak bersemangat,rasa down...
kerana sekali kita membenarkan diri kita down,sekali kita membiarkan diri kita tak bersemangat lama-lama perkara tersebut akan menjadi kebiasaan pada diri kita...
kalau rasa nak down cepat-cepat bangun,cari kawan-kawan,cari motivasi,keluar dari keadaan tersebut...kita boleh!diri kita adalah milik kita..kawal diri kita
ada jugak orang kata,berapa kali kita down,berapa kali kita tak semangat tu tak penting..yang penting! berapa kali kita bangun dari keadaan tersebut,berapa kali kita usaha...
Allah tak pandang pada kejayaan kita,tapi DIA pandang pada usaha kita kawan-kawan.
so, dalam baki hari yang masih ada ini jom kita usaha,pulun sebaik mungkin...dengan NIAT semua yang kita lakukan ini kerna DIA,kerna ISLAM..10 hari adalah masa yang banyak untuk kita buat macam-macam..go go go,ganbate! aja-aja fighting!
insyaAllah kejayaan milik kita bersama...NAJAH SOFI!