Rabu, 16 Mei 2012

Guru segala guru!



Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa,
 sbb org tua pnybb adany kita skrng dan kidupan yg fana,
 smntara guru pnybb hidup yg kekal,
 kalaulah tidak ada guru,nescaya apa yg dihasilkan dan diarahkan oleh org tua akan celaka selamanya. .IMAM GHAZALI 


Hari ini hari Guru
 Smua orang pakat wish kat guru masing2

 bak kata sahabat saya,smua orang disekeliling kita adalah guru kita
 kehidupan kita adalah sekolah dan guru kepada kita
 jazakumullah smua ats segalanya

 cuma kat sini nak ucap kepada guru yang paling bermakna dalam hidup saya
 yang mula2 mengajar erti kehidupan
 ajar mengenal Allah
 mengenal alif ba ta, 123, abc

 kami seramai 9 beradik smua ber'tadika' dirumah
 kami hanya mengenal bangku sekolah seawal darjah satu
 kami dipastikan dapat membaca dengan lancar sebelum mengenal alam persekolahan
 mengenal al-Quran @ habis muqaddam sebelum mengenal alam sekolah
 mesti menghafal smua bacaan dlm solat sblm masuk alam sekolah
 menulis mengira dengan lancar

 menjadi guru peribada saat menghadapi UPSR
 menjadi teman study saat PMR
 menjadi pendorong dikala SPM
 menjadi penguat sampai SAAT INI

 terima kasih ummi,
 selamat hari GURU,selamat hari IBU

 Ayah,
 terima kasih ayah
 aku kehilangan seorang guru yang amat berjasa pada diri ini
 disaat diri ini masih perlukan tunjuk ajar dan DOA terutamanya darimu
 "sungguh beruntung orang yg masih mempunyai 'lubuk' doa dr seoarang ayah"

 hanya Allah yang dapat membals jasa kalian
 Allahummaghfirli waliwa lidayya warhamhuma kama Robbayani soghiro

 ayah,
 Allahummaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fuanhu

 fatanah hamzah
 mansourah, mesir
 16 mei 2012

 p/s:selamat hari guru kepada smua cikgu2 saya!^^

Isnin, 12 Mac 2012

Hidup ini memang PAYAH!

Sungguh, kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah.
Apakah dia(manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatupun yang berkuasa atasnya?
~surah al-Balad ayat 4-5~

memang Allah menciptakan kita hidup dengan penuh kepayahan penuh dengan ujian..penuh dengan pilihan..kerana syurga itu MANIS!

dunia ini adalah 'darul ibtila' '..penuh dengan ujian

tapi.....
ingat kita ada Allah tempat untuk mengadu, meminta, memohon pertolongan..ape saja yg kita mahu..Allah berKUASA atas segalanya.
Allah tak pernah zalim pada kita...

Jumaat, 25 November 2011

salam Hijrah 1433h

Persefahaman Asas Perpaduan



selamat menyambut tahun baru hijrah semua...alhamdulillah sampai jugak kita pada tahun 1433H...

walaupun kami dimesir sedikit fening dan keliru bila sebenarnya tarikh bermula tahun baru,esok atau lusa..mesir kata esok bersamaan dengan 26 nov..malaysia pulak kata lusa bersamaan 27 nov...konfius2...jalan terbaik,baca je doa akhir tahun dan awal yahun hari ni dan esok^^

semoga tahun baru ini memberi anjakan paradigma dan semangat yang baru pda diri kita untuk kearah lebih terbaik insyaAllah..

SEMANGAT BARU, AZAM BARU!


Jumaat, 2 September 2011

Salam 'Idulfitri 1432 hijrah

raya pertama kali tanpa Ayahnda

Salam 'Idulfitri
kullu am wa'antum bikhair

Sabtu, 18 Jun 2011

HATI..terlalu SATU untuk banyak perkara


jagalah hati anda!

terlalu satu untuk banyak perkara

rosaknya memakan diri anda, biar ianya tak nampak dilihat orang...tapi ianya melibatkan diri kita dgn Allah..

lebih-lebih lagi sebagai ahli gerakan Islam,

jgn biarkan diri kita diistidraj dgn masalah hati!

~jagalah hati jgn kau kotori~

Khamis, 9 Jun 2011

kembali

assalamualaikum...

sekian lama..bermula imtihan sehingga kini saya sudah 20 hari menghirup udara versi negeri Kelantan di bawah naungan PAS..agak lama...lebih kurang sbulan lebih tak update post baru..masih terasa dengan kehilangan ayah tersayang..sibuk imtihan..sibuk nak balik mesia..semua bercampur..

kembali..
kini saya kembali ke bumi mesia...
masih terkial-kial mengikut rentak adik-adik yang banyak berdikari sejak pemergian ayah...semuanya terpaksa dilakukan sendiri...
setiap hari saya masih tertunggu-tunggu kepulangan ayah...yang hakikatnya telah pergi selamanya..masih terbayang-bayang ayah dimana-mana..
masih memerlukan masa..

dikesempatan ini saya mengucapkan setinggi kesyukuran kerana kami semua alhamdulillah najah sofi dalam imtihan hari tu..
sebenarnye risiko besar yang diambil oleh saya kerana balik ke mesia tanpa menunggu result keluar...jazakillah pada semua kawan-kawan yg banyak membantu saya selama nie...

rindu mesir
rindu sahabiah semua
rindu tarbiyah!



Isnin, 25 April 2011

30 hari berlalu...

“Tiadalah seseorang melewati kuburan sesama mukmin yang mana orang itu dikenalnya, seraya mengucapkan salam kepada orang mukmin yang mati yang dikenalnya itu, melainkan orang yang mati itu pasti mengenal orang yang memberikan salam kepadanya dan membalas ucapan salamnya itu.”
~hadis dari Abdullah bin Abbas r.a~

“Tiadalah seseorang yang menziarahi kubur saudaranya seraya duduk di dekat kuburnya itu, melainkan penghuni kubur akan merasa senang kepadanya sehingga orang itu beranjak pergi dari kuburnya.” (H. R. Imam Abu Dawud, lihat kitab Al-Manasik jilid 2 halaman 224).

Riwayat ini menunjukkan bahwa ziarah kubur itu menyenangkan hati para ahli kubur!


24 march 2011 mesir bersamaan 25 march 2011 malaysia.

Tengah bersiap-siap untuk keluar..jam menunjukkan dalam pukul 7 lebih…sudah solat isyak..

Tiba-tiba frogy saya berbunyi(handset)…

+6014-XXXXXxX

Salam..ap khbr?blh x tepon segera

Saya berfikir nak balas ke tak..siapa la yang mesej malam-malam buta ni..ye la kan kat Malaysia sudah pukul 12 lebih..


Saya balas..

Wslm..sape ni?urgent ke?


Sejeda kemudian..


Kak..urgent

..no adik saya yang kat um tu rupanya..


Jiwa saya terus terdetik…tak sedap hati..kenapa malam-malam begini suruh telefon..

Sepupu yang kebetulan bersama turut gundah.


Ketika itu saya di rumah kawan,najmin…terus mintak nak guna internet untuk call adik saya

Sambil berdebar…buka smartvoip..mendail no adik saya..


Sekali deringan terus di angkat…

Abang sulung saya pulak yang angkat call saya..dahla tu no adik saya yang perempuan..

Bertambah cuak…

Abang saya biasa je bertanya khabar…

Sihat ke?

Bila exam?

Belajar macam mana?

Saya jawab sekadarnya sambil menahan debar…

Abang saya berhenti sekejap..

Nak bagitau ni..

Nah kena sabar eak..

Cuak tahap gaban..


“….ayah dah tak de..baru sekejap tadi…dalamkul 12 lbih waktu mesia..”

Pengakhiran ayat abang saya diakhiri dengan suara menahan tangis…

Terjeda….terkesima

Innalillah..hanya itu yang mampu di ucapkan..

Baru semalam saya bercakap dengan ayah…suara ayah ceria je..sekarang..


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

25 april 2011


Hari ini genap 30 hari ayah saya di sana..

Saat ini Saya masih tidak mampu mengekang air mata dari menitis dikala teringatkan ayah..

Masih belajar menerima hakikat

Ayah pergi dikala saya masih perlukan ayah…

Masih belajar untuk membalas jasa ayah…

Dikala saya jauh diperantauan..

Tidak dapat memberi kucupan dan lambaian terakhir..


Amat perit

Bukan tidak redha dengan takdir

Tapi masih perlukan masa untuk menerima hakikat ini..

Tempoh 30 hari saya lalui penuh payah dan pasrah..

30 hari dari hari tersebut exam final tahun 2 akan menjelang…


Cabaran ..

Mengaji je akan menangis..buka biasa-biasa tangisnye…

Tidak boleh melihat gambar ayah..sebak

Tidak boleh melihat ammu-ammu yang sebaya ayah saya…tiba-tiba jadi sebak

Tidak boleh tidur..susah untuk lelapkan mata..teringatkan ayah

Sampai tahap siang pun tak boleh tidur jugak

Tak boleh focus tuk iadah quran dan study…exam makin dekat!

Emosi turut tak stabil..

Tak lalu makan..


Lawan perasaan teruskan iadah dan study group…jazakumullah buat ahli sg saya, kalian terpaksa berkorban untuk saya…kalian banyak mengajar saya…walaupun kadang-kadang saya tak dapat focus sangat..


Ayah,

Perancangan untuk menghadiahkan 30 juz sebulan untuk ayah sedikit tergangu untuk bulan pertama ni…target saya lari ayah..maaf kalau ayah menunggu bekal khas dari anak ayah tu..pada permulaan saya tak dapat baca quran ayah…terpaksa mengalah pada tangis saya..tapi saya tetap bagi bekal setiap hari…sebab saya wajib iadah setiap hari,dan pahala iadah tu sampai secara langsung pada ayah sebab ayah yang ajar saya mengenal al-Quran…mengajar saya membaca al-Quran hingga lancar..insyaAllah bulan depan dan seterusnya saya akan ikut target.saya janji ayah!


.”Orang yang telah meninggal dunia mengetahui orang yang menziarahi kuburnya. Nabi SAW bersabda:

(ما من أحد يمربقبر أخيه المؤمن كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا عَرَفَهُ ورد عليه السلام)

“Tidak seorang pun melewati kuburan saudaranya yang mukmin yang dia kenal selama hidup di dunia, lalu orang yang lewat itu mengucapkan salam untuknya, kecuali dia mengetahuinya dan menjawab salamnya itu.” (Hadis Shahih riwayat Ibnu Abdul Bar dari Ibnu Abbas di dalam kitab Al-Istidzkar dan At-Tamhid).”


Ayah,

Sekarang kita masih berhubung…Cuma tak macam dulu-dulu je…kita tak dapat dengar suara masing-masing kan..

Ayah,saya ada baca beberapa hadis…sekarang hubungan kita ada dua jenis..pertama hubungan dengan doa..dua,hubungan dengan menziarah rumah baru ayah(kubur).Alhamdulillah sekarang kita sentiasa berhubung dengan doa dan al-Quran.


Ayah,

Saya tak sabar nak nak lakukan hubungan yang satu lagi…ziarah rumah baru ayah..dalam hadis tersebut ada menyebut..kalau seseorang menziarahi kubur seseorang…simati dapat melihat si penziarahnya..

Saya tak sabar nak ziarah ayah…walaupun saya tak akan Nampak ayah..cukuplah ayah Nampak saya..


Cukuplah setakat ini untuk kali ini..

Ayah,saya akan cuba dan lakukan yang terbaik untuk exam final ini..

Tak sabar nak balik Malaysia

Nak ziarah ayah!


Al-fatihah

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu

Yang akan terus mencintaimu!

Fatanah binti Hamzah

Mansourah,Egypt

25 april 2011


p/s:jazakumullah ahli beit saya, yang banyak memahami diri ini..di saat serabut dan emosi tak stabil

buat ahli sg saya semua…

buat sahabiah semua…terutama Qiraat tahun 2

buat seluruh sahabiah saya…seluruh pelusuk tempat…atas semangat dan doa dari kalian

buat para syeikh dan mudirah mahad..atas doa,semangat dan perhatian kalian